Fathia Sekeluarga Selamat Tiba di Switzerland Selepas Terkandas di Jerman

Keseronokan pelakon Fathia Latiff dan keluargana tidak berpanjangan apabila mereka berdepan ujian terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland, awal pagi semalam.

Lapor BH online , Fathia memaklumkan, pesawat yang mereka naiki untuk ke Switzerland terpaksa dilencongkan ke Jerman disebabkan masalah cuaca.

"Kami terkandas kerana ribut petir sedang melanda Switzerland. Untuk meneruskan perjalanan, kami perlu menaiki kereta api ke destinasi yang sepatutnya kami berada sekarang," tulisnya di Twitter.

Menerusi laman sosialnya, pelakon Ariana Rose itu kini dalam rangka percutian bersama ibu bapa dan adiknya menjelajah Eropah bermula di London, sejak empat hari lalu.

Sebelum berlepas, Fathia sempat mengucapkan Selamat Hari Raya lebih awal buat seluruh peminatnya yang berada di tanah air.

Selain masalah terkandas, Fathia turut meluahkan kerisauan apabila bagasi yang mengandungi barangan peribadi termasuk ubat bapanya masih tidak dapat dikesan.

"Emak mahu membuat aduan mengenai kehilangan bagasi di lapangan terbang di sini, tetapi tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan. Kami masih menunggu bas ke Switzerland.

"Ini kali kedua saya tidak menerima bagasi selepas mendarat. Saya berharap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak berkaitan untuk mengatasi masalah ini," katanya lagi.

Selepas tujuh jam perjalanan, Fathia akhirnya berkongsi perkembangan terkini di Instagram kira-kira jam 7 pagi Ahad mengatakan mereka sudah selamat tiba di St Gallen, Switzerland.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon