BERITA mengenai anggota kumpulan @PM iaitu Jun.K yang dilaporkan lumpuh di bahagian mukanya akibat mengalami kemalangan ketika sedang menjalani latihan ketenteraan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.
Pelbagai spekulasi timbul sejak itu termasuk Jun.K dikatakan melakukan pembedahan plastik pada bahagian rahang pipi kanannya bagi mendapatkan bentuk wajah lebih menarik sebelum menyertai latihan ketenteraan.
Akibat kemalangan yang berlaku pada bahagian pembedahan plastik itu, ia memberi kesan kepada saraf sehingga menyebabkan wajahnya lumpuh.
Bagaimanapun berita itu disangkal sepenuhnya oleh pihak pengurusannya JYP Entertainment yang menjelaskan keadaan Jun.K tidak seperti dilaporkan sebaliknya mengalami kecederaan kecil pada bahagian bahu.
Sementara itu, seorang kaki tangan dari bahagian latihan ketenteraan memberitahu penyanyi itu tidak mengalami kecederaan seperti dilaporkan dan meminta peminat bertenang.
"Anda tidak perlu risau. Dia dalam keadaan baik dan boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya serta melakukan yang terbaik sebagai ketua platun," katanya seperti dilaporkan
Allkpop. -mstar
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon