Isteri Ajak Shiro Bagi Greenlight Boleh Kahwin Lagi!!

Pelawak Ajak Shiro mengakui mendapat kebenaran dari isterinya untuk berkahwin lagi, tetapi dia telah menolak tawaran tersebut kerana isteri yang dimiliki kini sudah sempurna buatnya.


“Isteri saya pernah mengutarakan hasratnya dan memberikan kebenaran untuk saya menambah cawangan (isteri), tetapi segala kesempurnaan yang saya cari dalam diri wanita ada pada dia.

“Jadi tak perlu untuk saya berkahwin lagi untuk mencari kesempurnaan yang telah dijumpai.

“Tipu kalau saya tidak ada keinginan untuk berkahwin lain, tetapi saya perlu berhati-hati adakah wanita itu ikhlas dan bukan bersandarkan populariti semata-mata,” katanya kepada BH Plus.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohd. Hanaffi Razak, 30; juga menjelaskan bahawa keinginannya untuk menambah isteri hilang apabila mendapat kebenaran dari isterinya, Nur Afifah Amin.

“Sudah jadi lumrah, apabila dilarang kita ingin melanggar perkara itu. Jadi bila dah dapat greenlight, hilang pula keinginan tersebut,” tambahnya. -Mynewshub

Yuna Diiktiraf Rolling Stones, Antara Album Terbaik R&B

Album terbaharu, Chapters, milik penyanyi yang semakin rancak mencipta namanya di Amerika Syarikat (AS), Yuna telah diiktiraf antara album genre R&B terbaik bagi tahun 2016.


Pengiktirafan itu diberikan kepada Yuna oleh pengarang majalah hiburan antarabangsa, Rolling Stones, Mosi Reeves menerusi satu rencana ‘Best R&B Albums of 2016 So Far‘.

Pengiktirafan itu mengifatkan album Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai itu berjaya memaparkannya sebagai seorang artis yang berbakat besar dalam menulis lirik lagu yang luar biasa.

Menurut Reeves, Yuna hanya memerlukan satu atau dua sahaja lagi lagu yang popular untuk membolehkannya mencipta nama yang mantap dalam kalangan peminat muzik, sebagaimana yang diaporkan oleh Astro Awani.


Yuna, 29; juga meluahkan perasaannya gembira atas pengiktirafan yang diberikan kepadanya melalui akaun Instagram miliknya.

Majalah Rolling Stone merupakan majalah hiburan dan budaya muzik pop paling popular dan diterbitkan bukan sahaja di AS, tetapi juga di sekurang-kurangnya 20 buah negara lain, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, single Yuna, ‘Crush’, iaitu duet bersama penyanyi terkenal Usher pernah menduduki carta Billboard Amerika di tangga ke-18. -Mynewshub

Adele Sendawa Ketika Sedang Selfie Dengan Peminat

Penyanyi bersuara emas, Adela, mengalami pengalaman yang memalukan apabila dia sendawa ketika sedang berselfie dengan peminatnya, Maria, di atas pentas di Glastonbury.


“Oh tuhan saya baru sendawa,’’ kata Adele sambil ketawa di hadapan kira-kira 100,000 peminatnya yang lain.

Dalam keadaan yang malu itu, Adele turut memberitahu dia telah makan burger sebelum membuat persembahan di situ.

Maria bagaimanapun tidak marah sebaliknya teruja kerana berpeluang naik ke atas pentas untuk bersama dengan Adele.

Dia juga berasa gembira apabila Adela memeluknya dan berkata `jumpa lagi Maria’.

Penonton yang menyaksikan persembahan Adele itu adalah yang paling ramai sejak 2013, iaitu ketika Rolling Stone membuat persembahan di situ.

Adele juga nyata gembira dengan sokongan yang diterima daripada peminatnya dan menyifatkan ia sebagai detik-detik menarik dalam hidupnya. -Mynewshub

Johnny Depp Bersama Wanita Misteri

Pelakon Johnny Depp dilaporkan telah berparti sehingga pukul 2 pagi dengan seorang wanita misteri di sebuah hotel di Sweden selepas pelakon itu dimaklumkan dia tidak akan berdepan pendakwaan kerana mencederakan bekas isterinya, Amber Heard.

Johnny Depp Bersama Wanita Misteri.jpg

Depp, 52, berada dalam keadaan santai bersama rakan perempuannya itu di hotel yang mengenakan bayaran sebanyak £8,000 semalam. Mereka berada di situ selama sejam.

Bar berkenaan sebelum itu telah ditutup namun selepas Depp bersama wanita dan rakan-rakannya masuk ke hotel berkenaan, ia telah dibuka khas untuk mereka.

Depp berada di Sweden dalam siri jelajah bersama kumpulan The Hollywood Vampires.

Dia sebelum itu dilaporkan mengurung diri di dalam biliknya apabila tidak mengadakan persembahan.

Ketika tiba di negara berkenaan, tahap kawalan keselamatan ke atas Depp telah dipertingkatkan dengan lapan pengawal peribadi ditugaskan mengiringinya.

Malah pengawal peribadi terbabit didengari berkata `kita harus melindungi Johnny tidak kira apa pun’ dan memutuskan untuk menggunakan pintu masuk yang telah digunakan oleh Justin Timberlake ketika dia berkunjung ke hotel berkenaan awal bulan ini.

Dalam pada itu, laporan polis menunjukkan tidak ada bukti bahawa berlaku keganasan domestik ketika mereka ke rumah pasangan berkenaan pada 21 Mei lalu.

Malah menurut seorang pegawai polis, Heard langsung tidak menyebut bahawa dia dipukul oleh aktor terbabit dan tidak menemui sebarang bukti mengenai kecederaan atau lebam.

“Kami tidak tahu bagaimana dia mendapatnya (lebam),” kata polis yang merujuk kepada lebam di muka Heard selepas mendakwa dia dipukul oleh Depp.

Tahniah, Soo Wincci Kini Bergelar Doktor Falsafah!

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi terkenal Soo Wincci yang berjaya menamatkan pengajian PhD-nya sekaligus bergelar doktor falsafah.

Soo Wincci.jpg

Berita gembira itu didedahkan oleh Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 menerusi satu video yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya malam tadi.

Menerusi video tersebut Winci kelihatan tidak dapat mengawal emosinya dan menangis teresak-esak apabila mendapat tahu dia lulus PhD.

“Dah 6 tahun berjuang bersendirian, 6 tahun kurang tidur dan 6 tahun stress, hanya untuk title Dr ini.

“Jutaan penghargaan kepada sokongan anda dan terima kasih kepada semua fans yang menemani Wincci sepanjang 6 tahun ini. Sekarang Wincci boleh tidur puas-puas,” tulisnya.

Pada masa sama, Wincci mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah Open Universiti Malaysia yang banyak membantunya sepanjang perjalanan bergelar pelajar.

Rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas pencapaian selebriti kesayangan mereka itu.

Malah, ada juga yang memuji bintang berpangkalan di Taiwan ini dengan menyifatkannya sebagai ‘The real clever girl’ kerana bukan sahaja cantik tetapi juga pandai.

Selain itu, Wincci juga pandai memasak dan pernah menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia. -Mynewshub.cc

Zalif Sidek Mengamuk Di Lapangan Terbang?

Baru-baru ini, muncul gosip hangat menyatakan pelakon Papa I Love You, Zalif Sidek telah mengamuk di sebuah lapangan terbang dalam negeri gara-gara beg yang dibawa melebihi had berat ditetapkan.

Zalif Sidek.jpg

Gosip dalam akhbar tempatan tersebut turut mendakwa bintang yang terkenal menerusi iklan Digi suatu ketika dahulu ini telah menghempas beg miliknya di hadapan kaunter syarikat penerbangan terbabit.

Rentetan itu, Zalif, 31, yang terkejut mendengar gosip tersebut mengakui dirinya terkilan dengan tuduhan melampau yang dilemparkan itu.

“Saya terkejut apabila timbul gosip sebegini kerana wartawan itu tiada inisiatif mengesahkan cerita itu daripada mulut saya sendiri walhal saya boleh dihubungi bila-bila masa.

“Kalau ikutkan ada rakan yang menyarankan saya menyaman pihak terbabit namun jika boleh saya mahu menyelesaikannya secara baik.

“Saya memahami tugas wartawan mencari berita tetapi jenis sebegini belum pernah saya jumpa tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan editornya.

“Secara logiknya, mana mungkin seorang manusia waras seperti saya ingin membuat onar di tempat awam. Saya tidak meninggikan suara langsung inikan pula mengamuk. Hanya salah faham berlaku apabila staf di bahagian kaunter tersalah beg tetapi diselesaikan secara baik,” katanya kepada BH Online.

Tambah kecewa, Zalif kesal apabila wartawan itu melabelkan dirinya ‘sendu’ tanpa mengetahui perkembangan terbaharunya dan kisah percintaannya turut diheret sama dalam isu itu.

Dalam perkembangan lain, Zalif kini menubuhkan syarikat produksi dinamakan WAB Resources Sdn Bhd.

Selain itu, Zalif turut dilantik selaku duta asas tani yang merupakan projek di bawah Kementerian Pertanian. -Mynewshub.cc

Emma Maembong ‘Tak Serius’ Dengan Kamal Adli?

Sebelum ini Kamal Adli ada mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan Emma Maembong dan cuma menunggu restu dari ayah Emma tetapi, sehingga kini hubungan mereka dikatakan masih tidak mempunyai hala tuju.

Emma Maembong.JPG

Ada pihak yang mendakwa Emma kelihatan seperti bermain tarik tali dan sengaja mahu menyembunyikan hubungannya bersama Kamal.

Namun menurut Emma, dia dan Kamal sama seperti pasangan lain yang masih dalam proses mengenali hati budi satu sama lain.

“Ada pihak tidak faham dan menghentam kerana rasa kami tidak serius merancang masa depan.

“Ada juga yang mempertikaikan kenapa saya seakan-akan bermain tarik tali.

“Sebenarnya kami juga seperti pasangan yang lain, kami juga mahu mengenali insan yang dicintai lebih mendalam. Proses itu memakan masa,” kata Emma kepada BH Online.

Tambah Emma, dia tidak mahu terlalu hanyut dalam hubungan cinta sehingga menyebabkan jiwa melara apabila hubungan putus di tengah jalan.

Dia juga kini lebih berhati-hati kerana pengalaman cinta lalu. -Mynewshub.cc