Hukuman Penjara Bekas Isteri Jimmy Shanley Jadi 3 Hari

Hukuman penjara ke atas bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi, diputuskan kekal oleh Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam di sini pada Khamis.

Nursuhaila Eliani

Laporan media tempatan menyebut tempoh hukuman tersebut bagaimanapun berjaya dikurangkan kepada tiga hari sahaja, daripada asalnya ialah tujuh hari yang telah diputuskan sebelum ini.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Rayuan Syariah, Datuk Aidi Moktar yang menolak permohonan Nursuhaila Eliani, 29; untuk mengetepikan perintah komital (pemenjaraan).

Beliau memberi alasan Mahkamah Tinggi Syariah telah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri.

Nursuhaila diarahkan menjalani hukuman bermula hari ini di Penjara Wanita Kajang.

Sekitar Januari tahun lalu, Nursuhaila Eliani dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari selepas didapati ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.

Dia kemudiannya meminta agar hukuman itu ditangguhkan. Jimmy dan Nursuhaila Eliani berkahwin pada 1 Oktober 2010, sebelum sah bercerai pada Oktober 2012.

Pada 7 Mei 2013, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 35, memfailkan permohonan perintah komital terhadap Nursuhaila Eliani yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah.

Jimmy Shanley mendakwa masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya. – Agensi/Mynewshub/HAA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon