Percayakah Anda Lara Alana Antara Calon ABPBH 29!

Si cilik Lara Alana, setahun, anak kepada pasangan pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya antara calon yang bakal menyerikan anugerah berprestij ini. Ternyata kerenah si kecil ini berjaya memikat hati netizen.


Tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29) nyata mengejutkan bapanya Awal, 35 dan tidak menyangka bahawa penganjur akan menyenaraikan anaknya sebagai salah seorang calon dalam kategori yang dipertandingkan.

“Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah mempromosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi.

“Ini kerana saya tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon,” jelas awal kepada sebuah portal akhbar tempatan.

Tambah Awal lagi, pencalonan Lara menerusi kategori Personaliti Media Sosial Popular adalah berpunca daripada populariti yang diraih anaknya itu menerusi laman Instagram milik Lara yang dikendalikan sendiri olehnya.

Akaun Instagram milik Lara yang diwujudkan sejak anaknya masih kecil lagi kini mempunyai followers seramai 1.6 juta dan ianya sekadar suka-suka. Bukan itu sahaja, Facebook milik si cilik ini juga menerima 816,532 penggemar.


Pengacara Melodi ini juga turut meluahkan rasa bersalah apabila puteri sulongnya mendapat perhatian pihak media.

“Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu.

“Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula.

“Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen,” ujarnya.

Suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya ini turut mengakui tidak ada sebab untuknya berbangga, teruja atau gembira apabila anaknya tercalon.

Apa yang membezakan Lara dan kanak-kanak lain adalah, segala aktiviti si cilik ini dikongsi menerusi laman sosial. –MYNEWSHUB

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon