Siti Nurhaliza Nafi Dipergunakan Anak Tiri

Penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan cakap-cakap orang konon anak tirinya mempergunakan popularitinya menjana perniagaan menerusi cara pengiklanan review Instagram di laman sosial penyanyi tersebut.

Siti Nurhaliza

Sebagai ibu tiri, Siti merasakan tidak salah sekiranya beliau ingin membantu anak tirinya, Ashraf Khalid dalam memajukan syarikat pengurusan yang diusahakan miliknya sendiri, A Klasse Management.

“Saya cuma menyokong dan membantu anak bujang saya. Kitakan dah dalam satu keluarga, jadi tidak salah jika saya menolong dia. Semua anak-anak Dato K suka melakukan bisnes, cuma agresif atau tidak sahaja.

“Asyraf memang agresif dan sejak dari kecil lagi dia sudah ada minat dalam dunia perniagaan. Dia pernah menjual telefon bimbit dan dengan sikapnya yang mudah bergaul.

“Saya yakin cabang perniagaan ini memang sesuai dengan dia terutamanya yang membabitkan dunia hiburan,” katanya yang dipetik portal Tonton Extra.

Siti sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mengikut jejak langkah kebanyakan selebriti yang membuat review di Instagram sebagai salah satu daripada punca pendapatan mereka.

Namun, Siti hanya akan berkongsikan review yang ditulis oleh A Klasse Management dan memaparkan menerusi laman sosialnya itu kelak.

Setakat ini, penyanyi tersohor negara itu mempunyai sebanyak 1.9 juta pengikut di laman Instagramnya. -Mynewshub

Hisyam Hamid Sekat Pengikut Instagram

Pelakon Hisyam Hamid mengambil pendekatan untuk menyekat mana-mana pihak yang memberi komen buruk di akaun laman sosial Instagram miliknya.

Hisyam Hamid

Hisyam, 30, berkata, komen-komen negatif itu dianggap tidak memberi manfaat kepadanya apatah lagi apabila ia bersifat kritikan tanpa sebab.

"Biasalah, sebagai seorang selebriti, kritikan itu pasti ada. Tetapi ia ada dua jenis iaitu kritikan yang boleh perbaiki diri dan maki hamun tanpa sebab.

"Itu saya akan tapis dan sekat mereka yang bersikap berlebih-lebihan apabila memberi komen. Saya tak faham apa sebab mereka memberi komen sebegitu sedangkan mereka hanya kenal saya mahupun artis lain berdasarkan di televisyen dan laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Tambah Hisyam, dia juga kesal dengan segelintir pengikut yang mengutuk isterinya yang tiada kaitan dalam industri seni tempatan dan perkara itu akan membuatkan dia lebih bengang.

Sementara itu, mengenai karier lakonan pula, kata Hisyam, walaupun sibuk dengan penggambaran untuk produksi tempatan, dia juga masih lagi menerima tawaran lakonan di Singapura.

"Saya masih lagi berlakon di Singapura, tidak meninggalkan industri seni di sana terus. Lagipun masih ada lagi tawaran di sana dan rasanya saya tidak boleh sia-siakannya.

"Andai kata jadual saya kosong, apa salahnya. Yang penting tempoh masa penggambaran tidak boleh terlalu lama kerana ia menyukarkan kerjaya saya di Malaysia pula," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, lakonan Hisyam dapat disaksikan menerusi drama telenovela Memori Cinta Suraya setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang bermula 17 Ogos 2015 di Astro Bella dan Astro Mustika HD. -mStar

Daniel Radcliffe Botak Demi Watak FBI

Pelakon yang dikenali dengan watak Herry Porter Daniel Radcliffe memotong rambutnya demi menjayakan watak anggota FBI muda dalam filem Imperium.

Daniel Radcliffe

Seperti dipetik daripada Ace Showbiz, pelakon itu bakal membawakan watak sebagai Nate Foster merupakan seorang detektif yang ditugaskan merungkai kejahatan sekumpulan penganas.

Filem ini dibuat berdasarkan pengalaman benar yang dilalui oleh seorang anggota FBI bernama Michael Germant.

Bekas anggota FBI juga menjadi salah seorang penulis naskah filem ini.

Produksi filem Imperium sudah mula penggambaran di Virginia sejak awal September lalu.

Setakat ini, hanya nama Daniel Radcliffe sahaja yang diumumkan sebagai pelakon utama filem ini. -mStar

Natasha Kongsi Gambar Anak

Sekalung tahniah buat pelakon Natasha Hudson dan suaminya, Carleed Khaza kerana dikurniakan cahaya mata ketiga pada 14 September lalu.

Natasha

Bayi perempuan seberat 3.26 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi di Hospital Umra, Shah Alam pada jam 1.10 petang.

Menerusi khidmat aplikasi WhatsApp yang dikirimkan kepada rakan SS, Natasha memberitahu, dia dan suaminya sepakat menamakan anak ketiga mereka itu Faatimah Mohd Khalid.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Australia ini, dia memohon maaf kerana lambat berkongsi berita gembira itu dengan peminat kerana sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran Faatimah.

Pelakon itu turut memberitahu dia bertuah kerana suami menjaganya sepanjang tempoh berpantang. Pada masa sama, Natasha turut berkongsi gambar bayinya itu khusus untuk tatapan pembaca Rap serta peminat setianya.

Dalam kenyataan sebelum ini, Natasha pernah memaklumkan dia dan suami ada perancangan menambah jumlah zuriat.

Natasha dan Carleed bernikah pada April 2012 dan dianugerahkan dua zuriat iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Sebelum itu, Natasha memiliki seorang anak perempuan iaitu Neesa Helena.

SS berdoa semoga Faatimah menjadi anak yang solehah, sekali gus membahagiakan ibu bapanya kelak. Semoga kehadiran anak itu melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga Natasha dan Carleed. -hmetro

Selena Gomez Nafi Bercinta Dengan Charlie Puth

Menerusi satu gambar yang dimuat naik di laman Instagram, Selena Gomez dan Charlie Puth kini digosipkan sedang berpacaran.

Selena Gomez - Charlie Puth

Gambar mereka berdua yang dimuat naik di laman Instagram milik pelantun lagu hit popular, See You Again dan Marvin Gaye itu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan peminat mereka.

Selena Gomez - Charlie Puth [2]

Walau bagaimanapun, Selena yang baru sahaja keluarkan lagu baru yang berjudul Same Old Love itu dengan pantas telah menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan mereka berdua hanya kawan rapat di laman makro Twitternya.

Charlie juga bertindak melakukan perkara yang sama di laman Twitternya bagi mengukuhkan lagi penafian yang dibuat Selena. -Mynewshub

Nabil Selamat di Makkah

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 32, yang kini berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah haji memaklumkan dia berada dalam keadaan selamat.

Nabil Selamat di Makkah

Nabil berkata, dia dan kumpulan jemaah haji lain dari Malaysia masih berada di Makkah dan akan ke Mina untuk melontar jamrah malam ini selepas Isyak waktu tempatan.

Menurutnya, dia tidak berada di tempat kejadian ketika insiden rempuhan di Mina.

"Alhamdulillah, saya bersama kumpulan jemaah lain berada dalam keadaan selamat kerana kami akan keluar melontar jamrah di Mina selepas waktu Isya' di sini," katanya kepada Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp.

Nabil turut melahirkan rasa sedih dan pilu di atas kematian jemaah haji lain dalam tragedi itu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara terbabit. Bagaimanapun, tidak ada apa perlu ditakutkan kerana ajal dan maut adalah kuasa Allah SWT.

"Doakan semoga saya dan jemaah lain diberi kekuatan untuk menyempurnakan ibadah ini," katanya.

Nabil yang bertolak bersama 20 jemaah lain pada 19 September lalu dijangka pulang ke tanah air pada 30 September ini. -hmetro

Yahaira Leanne Nama Anak Sulung Lisa-Yusry

Pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim sepakat menamakan cahaya mata sulung mereka Yahaira Leanne.

Yahaira Leanne

Perkara itu dikongsikan portal berita Astro Awani menerusi laman mikro Twitternya.

Lisa, 29, melahirkan Yahaira di Pantai Medical Centre, Bangsar tepat jam 11.44 malam, 15 September lalu.

Lisa dan Yusry bernikah pada 23 Februari 2012 di Putrajaya selepas beberapa tahun menyulam cinta. -Mynewshub

Rita Rudaini Akui Ramai Peminat Minta Nasihat Rumah Tangga

Siapa sangka, setelah bangkit dari kegagalan rumah tangga yang dilalui, aktres jelita Rita Rudaini mendedahkan dirinya menjadi tempat rujukan peminatnya yang sering meminta pandangan dan nasihat berkaitan masalah rumah tangga.

Rita Rudaini

Bagaimanapun, ekoran bimbang nasihat yang bakal diberi bakal mengeruhkan lagi rumah tangga individu tersebut, pelakon Mami Jarum Junior mengambil langkah tidak membalas komen mahupun mesej secara peribadi.

“Kebanyakan wanita selalu tanya boleh tak minta alamat e-mel untuk berkongsi masalah rumah tangga kerana dugaan yang mereka lalui itu lebih kurang macam saya.

“Ada juga yang bertanya pada saya apa yang mereka perlu buat mengenai masalah perkahwinan yang timbul itu?

“Serba salah jadinya tetapi saya mengambil langkah untuk tidak membalas mesej dan komen mereka. Takut tersalah bagi nasihat pula,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Rita pernah berkahwin dengan bintang bola sepak Aidil Zafuan Abdul Radzak dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul menerusi filem Love, Supermoon yang bakal ditayangkan pada 22 Oktober depan. –mStar

Nabil Terima Jemputan Tunaikan Haji Tahun Ini

Jemputan menjadi tetamu Allah S.W.T bagi melaksanakan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah haji merupakan impian bagi semua umat Islam.

Nabil

Berpeluang menjadi antara yang terpilih, pelakon dan pelawak terkenal Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu.

Menurut Nabil, dia bakal berangkat ke Tanah Suci bersama jemaah lain pada 19 September ini (Sabtu) bagi penerbangan terakhir.

“Syukur sahaja yang mampu saya ucapkan kerana doa dimakbulkan atas peluang dan jemputan untuk menunaikan haji pada usia muda.

“Insya-Allah peluang saya dijemput ke sana dapat menaikkan semangat orang lain untuk Makkah pada usia muda juga.

“Setakat ini persediaan untuk ke sana hampir lengkap dan saya bersama rombongan lain berkesempatan menyertai kelas persediaan untuk ke Tanah Suci yang diadakan oleh ustaz pengiring kami.

“Banyak ilmu yang kami pelajari menerusi kelas berkenaan termasuk berkenaan adab, doa dan niat yang perlu dilakukan dan saya cukup teruja,” ujarnya kepada mStar Online.

Bercerita mengenai jemputan haji tersebut, Nabil memberitahu dia mendapat berita dapat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini kira-kira sebulan lalu oleh rakan yang turut bertanggungjawab membawanya mengerjakan umrah pada Ramadan lalu.

Sementara itu, Nabil berkata, akan tetap meneruskan kerjaya seninya dan dalam masa yang sama lebih peka terhadap tindak-tanduknya selepas pulang dari Tanah Suci. -Mynewshub

Kaka Azraff Akui Tak Boleh Lupa Detik Disentuh Nicholas

Diberi peluang berlakon bersama bintang pujaan dari Indonesia, Nicholas Saputra menerusi filem Interchange merupakan pengalaman paling bermakna buat penyanyi, pelakon dan pengacara Kaka Azraff.

Kaka Azraff

Apatah lagi, filem arahan Dain Said memerlukan Kaka bergandingan bersama-sama dengan aktor kacak itu dalam beberapa babak.

Bercerita mengenai pengalamannya, Kaka mengakui berdebar dan dalam masa yang sama tidak dapat melupakan detik-detik tatkala wajahnya disentuh Nicholas.

“Walau hanya tampil sebagai cameo sahaja, namun ia pengalaman cukup besar dan bermakna buat saya kerana filem ini melibatkan kerjasama antarabangsa.

“Awalnya saya tidak tahu akan berlakon dengan Nicholas sehinggalah hari pertama di lokasi. Rasa berdegup-degup jantung ketika itu melihat Nicholas di depan mata kerana saya juga adalah peminatnya menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta.

“Memori yang tidak boleh dilupakan ketika dia menyentuh muka saya. Perasaan ketika itu bagaikan bertemu dengan lelaki yang kita suka,” ujarnya kepada Mangga Online.

Sementara itu, Kaka memberitahu penglibatannya dalam dunia lakonan hanyalah suka-suka memandangkan keutamaannya adalah pada bidang nyanyian.

Filem Interchange yang dijangka berada di pawagan tahun depan ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nadiya Nisaa dan Prisia Nasution. -Mynewshub

AF Tak Perlu Ganti Tempat Ditinggalkan Che Ta

Pengarah muzik dan pengkritik tetap Akademi Fantasia (AF) 2015, Datuk Ramli MS mencadangkan kerusi juri tetap yang ditinggalkan Rozita Che Wan atau Che Ta tidak perlu digantikan oleh mana-mana pihak.

Ramli MS AF

Ini kerana menurutnya bagi menghormati keputusan yang telah dibuat oleh aktres berusia 42 tahun itu.

Memetik Harian Metro, Ramli berkata, “Saya bimbang jika digantikan dengan sesiapa, secara tidak langsung akan timbul persepsi umum yang mempertikaikan kewibawaan Che Ta sebagai pengkritik tetap sebelum ini.

“Ia seolah-olah seperti Che Ta tidak layak (jadi pengkritik) sehingga jadi isu begitu dan terpaksa digantikan pula dengan orang lain.

“Sedangkan dia dilantik atas kapasiti pengkritik umum yang mewakili suara dan pandangan orang awam. Cuma kebetulan Che Ta terkenal kerana dia seorang selebriti,” katanya.

Sementara itu, Ramli turut tidak menyalahkan Che Ta di atas segala kontroversi yang berlaku sebaliknya memahami tugas yang perlu dipikul aktres itu sepanjang AF 2015 bersiaran.

“Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini,” katanya yang dipetik portal tempatan mStar.

Sebaliknya, Ramli merasakan pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim sendiri dan tenaga pengajar yang lain bersifat prejudis dengan pihak pengkritik.

“Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham,” ujarnya lagi.

Che Ta mengambil keputusan menarik diri daripada AF 2015 selepas dirinya diherdik Edry secara live sebaik selesai persembahan pelajar bernama Sufi yang disifatkannya sebagai tidak cukup rock ketika menjayakan konsert bertemakan rock, minggu lalu. -Mynewshub

Dane Cook Nafi Kekasih Baru Miley Cyrus

Pelakon yang popular menerusi filem komedi Good Luck Chuck, Dane Cook menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan penyanyi Miley Cyrus.

Dane Cook - Miley Cyrus

Menafikan dengan cara yang cukup kelakar, Dane berkata, “saya sentiasa menjadi orang terakhir tahu mengenai hal-hal macam ini, tolong beritahu Miley yang saya akan membawanya bertemu janji jam 8 malam ini.”

Miley, 23, dan Dane, 43, sudah lama berkawan baik malah kedua-duanya pernah keluar bersama rakan-rakan lain sebelum ini.

Penyanyi wanita yang cukup popular dengan pelbagai kontroversi lewat kebelakangan ini putus cinta dengan anak aktor Arnold Schwarzenegger, Patrick Schwarzenegger, Mac lalu selepas lima bulan berpacaran. -Mynewshub

Jue Aziz Sangkal Berhijab Sebab Nak Jual Tudung

Jika diperhatikan semakin ramai selebriti wanita tempatan mula berhijrah ke arah lebih baik dengan menggenakan hijab seperti yang dituntut dalam ajaran Islam.

Jue Aziz

Dan kebiasaannya apabila sudah berhijab, kebanyakan akan tampil dengan jenama tudung rekaan mereka sendiri seperti mana yang sudah dilakukan oleh Neelofa, Uqasha Senrose, Yana Samsudin dan Hanis Zalikha (sekadar menyebut beberapa nama).

Terbaharu, Jue Aziz dikaitkan bakal memulakan perniagaan tudung jenamanya sendiri selepas pelakon cantik itu mengambil keputusan untuk berhijab, baru-baru ini.

Namun, Jue menyangkal dakwaan tersebut kerana perkara itu tidak menjadi agendanya buat masa ini.

“Saya ada baca komen dan kritikan pihak-pihak yang menganggap saya bertudung atas sebab tertentu dan mereka kata saya mahu jual tudung.

“Saya tidak fikir pun untuk bisnes tudung, walau pun selepas bertudung sejak sebulan lalu banyak tawaran untuk saya menjadi duta produk tertentu,” katanya dipetik portal mStar.

Tidak dinafikan Jue kelihatan semakin manis sejak bertudung dan diharapkan aktres bersuara serak-serak basah ini akan terus istiqamah dengan penghijrahannya. InsyaAllah. -Mynewshub

Nurul Depp Dedah Terima Mesej ‘Stranger’ Ajak Buat Seks

Penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Depp mendedahkan baru-baru ini dia diganggu dengan kiriman mesej berbaur lucah daripada individu yang tidak dikenali.


Menurut penyanyi Cinta Azali ini, mesej berunsur gangguan seksual itu dikirimkan kepadanya oleh individu yang menggunakan nama Jaha Lat menerusi emel.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Nurul menerima mesej sedemikian. Malah, suaminya Eric Depp juga dikatakan telah memberi amaran terhadap stranger berkenaan namun tidak memberi sebarang kesan.

Ekoran berang dengan hal tersebut, Nurul bertindak memuat naik ‘screenshot’ mesej lucah berkenaan menerusi laman Instagramnya.

Malangnya, tindakannya mendedahkan hal tersebut mengundang pelbagai reaksi dari peminatnya yang beranggapan mesej tersebut tidak sesuai dikongsi kepada umum dan seolah-olah buka aib diri sendiri.

Bagaimanapun, Nurul kemudian menjelaskan tindakannya dan mendakwa niatnya hanyalah mahu beri peringatan kepada wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati jika dapat mesej seperti itu daripada pengirim e-mail tersebut.


“Tujuan utama saya memuat naik mesej berbaur lucah itu bagi memberi amaran kepada individu terbabit untuk menghentikan perbuatan tidak bermoralnya.

“Saya berjaya menghentikan tindakan terkutuk individu terbabit dengan berkongsi mesej itu di laman sosial. Namun, sebaliknya saya pula dikutuk kerana membuat pendedahan berkenaan.

“Ada sesetengah individu terlalu cepat mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa. Apa saja dikongsikan artis dijadikan bahan jenaka dan diperlekehkan walaupun ia adalah perkara serius.

“Saya juga manusia biasa seperti orang lain yang punya hati dan perasaan. Tidak salah menegur cuma kadang kala tidak kena pada tempatnya. Kita bukan maksum untuk menilai dan mencari kesalahan orang sesuka hati,” katanya kepada BH Online.

‘All The Best’ Ucap Edry Bila Che Ta Tarik Diri Dari AF

Industri seni baru-baru ini heboh dengan penarikan diri pelakon dan pengacara Rozita Che Wan selaku juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF).


Masalah ini dikatakan berpunca dek kerana Rozita atau Che Ta tidak puas hati dengan sikap tidak profesional pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim yang bertindak mengherdiknya selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

Rentetan itu, Edry meminta semua pihak agar tidak mengaitkan isu tersebut sebagai masalah peribadi.

Jelasnya, selaku pengetua dia berhak untuk mempertahankan pelajar #AF2015 dari sebarang kritikan yang tidak membina.

“Saya tak nak mahu isu ini jadi isu peribadi, itu hak Che Ta dan saya tidak ada masalah dengan dia.

“Cuma saya tidak berapa gemar cara dia mengkritik kerana bagi saya itu bukanlah kritikan yang membina.

“Sebagai contoh minggu lalu tentang kritikan terhadap Rachel, bagaimana kita nak ubah ‘slang’ Rachel sedangkan orang tahu perkara itu agak sukar untuk dibuat?

“Dah masuk minggu ketujuh, saya rasa tidak perlu lagi ada kritikan-kritikan tak membina seperti itu,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Edry turut meluahkan rasa tidak bersetuju dengan dakwaan Che Ta yang menganggap dirinya sebagai seorang yang emosi dan tidak profesional.

Bagi Edry, dia boleh terima kritikan dengan terbuka asalkan dapat bantu tingkatkan prestasi pelajar.

Pada masa yang sama, Edry menyifatkan keputusan yang diambil Che Ta adalah terbaik memandangkan aktres jelita itu tidak tahan tekanan.

“Saya rasa itu adalah demi kebaikan dia juga, mungkin dia tidak tahan dengan tekanan yang diberikan sebagai pengkritik.

“Saya faham ini bukan bidang dia dan jika itu keputusannya, saya hormati dan ‘all the best’ untuk Che Ta.

“Andai kata diberikan pengkritik yang baru kalau boleh saya mahu yang terbaik,” ujarnya. -Mynewshub

Diherdik Edry KRU, Che Ta Umum Tinggalkan AF 2015

Tidak dinafikan, rancangan realiti dan aksi gimik berpisah tiada. Bagaimanapun, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan mengejutkan ramai dengan keputusan drastiknya apabila mengesahkan tidak mahu meneruskan tugas selaku juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 bermula minggu depan.


Semuanya dek kerana Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim bertindak mengherdik aktres jelita itu ekoran tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap persembahan pelajar AF iaitu Sufi tempoh hari.

Barangkali terkilan dengan hal itu, Rozita atau Che Ta akui keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

“Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional.

“Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.

“Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,” katanya.

Sementara itu, Edry mendakwa dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. -Harian Metro

Linda Rafar Mohon Pengesahan Lafaz Cerai

Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37, menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed Aiman, 40, di pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, hari ini.

Linda Rafar

Linda yang juga bekas anggota kumpulan Elite selaku plaintif menghantar borang itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Linda yang berpakaian jubah hitam tiba pada 9.30 pagi bersama beberapa ahli keluarganya.

Linda berkata, suaminya melafazkan cerai terhadapnya kira-kira 7.30 pagi Selasa lalu di kediaman mereka di sini dengan disaksikan ibu dan dua anaknya.

Linda yang kini hamil tiga bulan berkata, dia sukar menerima tindakan suaminya itu kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan malah sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan dalam rumah tangganya.

"Saya fobia dan tawar hati dengan dia terhadap apa yang berlaku ini malah dia tidak mengaku dengan apa yang dilafazkan," katanya.

Syed dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Rezariiq, 3.

Menerusi perkahwinan pertama Linda bersama Keifli Othman, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 14, dan Rezaiman Keiflin, 12.

Bagaimanapun Rezaiman atau Memen meninggal dunia akibat kanser perut 5 Julai tahun lalu. -Hmetro

Hamil 3 Bulan, Linda Rafar Dakwa Dicerai!

Tiada angin, tiada ribut pasangan yang tidak pernah digosipkan dengan sebarang masalah rumah tangga, pelakon dan penyanyi Linda Rafar mendakwa telah diceraikan suaminya, Syed Aiman pagi tadi.


Linda yang kini hamil tiga bulan, mendedahkan suaminya melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan dengan disaksikan oleh ibu dan anaknya.

“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya.

“Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,” jelasnya kepada Harian Metro hari ini.

Sementara itu, Linda memaklumkan akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu.

Sebelum ini, Linda menimbulkan tanda tanya selepas memuat naik gambar memaparkan pasangan berkahwin dengan coretan “Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal” berserta logo bertulis ‘Akte Cerai’ di Instagram, pagi tadi.


Dalam pada itu, Syed yang dihubungi menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah.

“Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja.

“Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,” katanya. -Mynewshub

Diana Rafar ‘Dibahan’ Kerana Sound Suami Pasal Vape

Sekarang ini, boleh dikatakan menghisap rokok vapor menjadi kegilaan dan trend semasa di mana-mana.


Salah seorang yang terjebak adalah pelakon yang juga suami kepada Diana Rafar, Zamarul Hisham.

Bagaimanapun sama seperti isteri-isteri lain di luar sana, Diana nampaknya kurang senang apabila suaminya itu keterlaluan demi hobi terbaru ini.

Menerusi akaun Instagram, Diana memuat naik keluhan bersama gambar Zamarul sedang mengulit barang vapornya berbunyi:

Ya Allah tak dapat diungkap ngan kata2.. Hanya mampu memendam jelah… Nk tegur kang kecik hati pulak .. Minta tolong folowers kesayanganku semua tegur kan abg @zamarulhisham93 kita ni boleh tak… Tak kisah kalau dia nak hisap vape tp boleh tak suh dia berhenti kumpul vape pls… Dosa papa Allah marah membazir Allah tak suka… Semua colour semua brand dia nak beli… Cam mana nak buat ni. Rasa nak suh tutup je kedai vape @hembusvapor kat bawah ni. Vapeoff pls…. Sape sokong diana tolong bg nasihat kat @zamarulhisham93 ni mesti semua geng abg lah ni. Sorry pa...

Niat Diana memuat naik status ini mungkin kerana ingin berkongsi perasaan dengan peminatnya namun mungkin kerana aktiviti ini sedang ‘in’ maka tindakannya kurang disenangi beberapa pihak yang membalas di ruangan komen.

Kebanyakan yang tidak setuju dengan tindakan Diana ini kerana dianggap memalukan suami sendiri apabila membuat teguran secara terbuka di laman sosial.


Pemeriksaan di Instagram Zamarul mendapati, ada juga rupanya peminat Diana yang menegur berkenaan hal vape ini sebagaimana diminta.


Apa pun diharapkan Zamarul dapat terima dengan hati terbuka begitu juga dengan mereka yang terlalu gilakan rokok vapor di luar sana sampai dah tahap membazir. -Mynewshub

Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami Masa Bertunang Bersebab

Aktres Raja Farah menjelaskan tujuannya merahsiakan wajah dan identiti suaminya Iskandar Ismail, 33, ketika majlis pertunangan mereka pada 9 Ogos lalu adalah kerana mahu majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar.

Raja Farah

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27 berkata, tindakan itu juga bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini timbul yang boleh menjejaskan majlis tersebut.

"Tiada alasan lain saya merahsiakan identiti dia ketika majlis pertunangan dahulu, saya hanya mahu rancangan perkahwinan kami berjalan lancar sahaja.

"Saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini dan lagi pula kami belum berkahwin, tidak elok untuk dihebohkan," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, dekat sini, Ahad.

Raja Farah berkata demikian ketika diminta mengulas keputusannya enggan mendedahkan identiti pemuda tersebut kepada umum sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi Ahad.

Pelakon tersebut turut menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Sementara itu, Raja Farah yakin dengan keputusannya untuk membina rumah tangga buat kali kedua ini, biarpun baharu dua bulan mengenali jejaka tersbut.

Katanya, dia menerima cinta Iskandar sepas melihat kesungguhan pemuda itu untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

"Kami bertemu dua hari sebelum Ramadan lalu di sebuah restoran Arab, ketika itu dia ternampak saya dan ketika itu saya bersama kawan saya dan dia juga bersama temannya.

"Dari situ dia berusaha untuk mengenali saya dengan lebih dekat dan ia sangat membuatkan pintu hati saya terbuka untuk bercinta sekali lagi," ujarnya.

Tambah Farah, Iskandar juga lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa membuatkan dirinya berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Iskandar berkata, pada awalnya tidak menjangka akan diterima oleh wanita tersebut yang dianggap mempunyai nama besar dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, dia meneruskan usaha untuk mendekati Raja Farah.

"Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya.

"Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri," ujarnya.

Iskandar berkata, dia juga menonton kesemua filem yang pernah dilakonan Raja Farah sebelum ini menerusi YouTube bagi mengenalinya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan rumah tangga, Iskandar berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah.

"Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mahu cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah," ujarnya.

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September ini di Hotel De Palma, Ampang.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata. -mStar

Kemenangan Fazura Bukan Tiket Tinggi Diri

Pelakon Fazura memberitahu kemenangannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia pada Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) Sabtu lalu bukan tiket untuk meninggi diri.

Fazura FFM 27

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 32, berkata, kemenangan tersebut adalah sebuah pengiktirafan yang menjadi kayu ukur untuk dia melakukan lebih baik.

"Selalunya kalau seseorang artis itu menang Pelakon Wanita Terbaik orang akan takut nak ambil kerana akan disangka mahal atau sombong.

"Ini adalah pengiktirafan yang seharusnya memberi semangat kepada kita untuk buat lebih baik dalam bidang ini dan bukan membuatkan kita mendongak ke langit," ujarnya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis kemuncak Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) yang berlangsung di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, malam Sabtu.

Aktres itu memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik menewaskan Dawn Cheong (Cuak), Sara Ali (Kami Histeria), Maya Karin (Sejoli) dan Lisa Surihani (Dendam Orang Mati).

Sementara itu, Fazura mengakui, anugerah Pelakon Wanita Terbaik merupakan satu-satunya penghargaan yang diimpikan sejak bergelar anak seni.

Kata Fazura, ia juga merupakan salah satu matlamatnya dalam bidang lakonan yang sudah tercapai.

"Saya belum setanding dengan nama-nama besar dalam industri, namun tidak dinafikan anugerah ini meletakkan saya kepada satu tahap yang lain yang saya sudah capai.

"Sekurang-kurangnya jika saya berkahwin atau saya bersara, saya sudah ada pencapaian yang boleh dibanggakan," katanya.

Dalam pada ini, mengulas tentang saingan pada kategori itu, Fazura berkata, kesemua pelakon mempunyai kekuatan tersendiri dan dia yakin kemenangan tersebut sudah ditentukan Allah. -mStar

Rumah Tangga David Beckham Dan Victoria Retak?

Hubungan pasangan romantik Victoria dan David Beckham dikhabarkan sudah pun retak sejak beberapa tahun lalu.

David Beckham Dan Victoria

Seperti dipetik Gossipcop, menurut sumber, kemesraan hubungan yang dibina pada 1999 itu hanya sekadar lakonan di hadapan khalayak untuk kepentingan bisnes mereka semata-mata.

Sumber memberitahu, kedua-dua mereka kini sudah tinggal berasingan dan hanya bertemu di majlis-majlis yang melibatkan mereka.

"Jika mereka bukan selebriti, sudah tentu mereka sudah bercerai. Mereka kini sudah tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu," ujar sumber.

Sumber turut memberitahu David kini menetap di kawasan South Beach, Florida, manakala Victoria menetap di England bersama keluarganya.

Bagaimanapun, baru-baru ini juga, salah seorang ahli keluarga pasangan ini sudah menafikan berita ini dan menganggap ia sebagai palsu. -mStar

Wartawan Ditangkap Fitnah Video Seks Lee Si Young

Wartawan Mr. Shin telah ditangkap oleh polis pada Selasa lalu bagi siasatan atas tuduhan menyebarkan fitnah penyebaran video seks aktres Lee Si Young.

Wartawan Mr. Shin

Wartawan tersbeut merupakan individu pertama yang menulis artikel tentang video seks tersebut sehingga menjejaskan nama baik pelakon itu.

Selain itu, seorang rakan wartawan yang juga dipercayai sumber berita itu turut ditahan bagi siasatan.

Menurut sumber polis, rakan wartawan itu telah berkongsi tentang cerita video seks bekas kekasih Junjin Shinhwa ketika makan malam. Perkara tersebut telah ditulis oleh wartawan berkenaan tanpa sebarang usul periksa di akhbar tabloid milik syarikat dia bekerja.

Selain itu, polis memberitahu terdapat 11 wartawan lain yang menulis tentang khabar angin itu akan dikenal pasti untuk disoal siasat.

Terdahulu, agensi pengurusan Lee Si Young membuat laporan polis terhadap fitnah tentang video seks artis dibawah naungan mereka yang tersebar luar. -mStar

Jay Z Dan Kim Kardashian Curang?

Suami penyanyi Beyonce iaitu Jay Z dikhabarkan berlaku curang apabila mempunyai hubungan istimewa dengan isteri Kenya West iaitu Kim Kardashian.

Jay Z Dan Kim Kardashian Curang

Seperti dipetik Inquisitr, hubungan tersebut dikesan terjadi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Mungkin Jay bertemu dengan Kim sekitar dua kali sebulan. Dia bertemu Kim ketika wanita itu sedang bekerja, kemudian kedua-dua mereka akan pergi berpesta hingga larut malam," ujar sumber.

Sumber memberitahu, kecurangan tersebut terjadi ketika hubungan rumah tangga Jay Z dan Beyonce dikhabarkan retak.

Lebih parah lagi, perkara tersebut berlaku disebabkan Kim mengetahui tentang kecurangan yang dilakukan oleh suaminya Kenya West dengan wanita lain. -mStar

Abaikan Isteri Punca Asfan Makan Penumbuk Adik Ipar

Sebelum ini kisah penyanyi Asfan Shah, 31, yang mendakwa dirinya ditumbuk oleh adik iparnya, pelakon Bil Azali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Bil Azali
Bil Azali.

Menerusi laporan mStar hari ini, Bil atau nama sebenarnya, Mohd Nabil Razali, 23, menjelaskan sebab utama kenapa dia menumbuk dan ‘membelasah’ abang iparnya itu.

Ini kerana dia sudah tak tahan dengan sikap Asfan yang berlagak seperti lelaki yang masih bujang sehingga mengabaikan isteri serta dua anaknya.

Menurut Bil, dia mengetahui sepatutnya tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga Asfan dan kakaknya namun dia mempunyai alasan tersendiri kenapa dirinya bertindak sedemikian.

“Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka.

“Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram,” katanya.

Insiden tersebut berlaku pada Sabtu lalu, yang mana Bil dipercayai telah menumbuk Asfan beberapa kali pada bahagian muka dan badan ketika abang iparnya itu sedang menanti kepulangan isteri dan anak-anaknya dari bercuti di Perancis.

“Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah.

“Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari,” katanya lagi.

Harap-harapnya hal keluarga mereka dapat diselesaikan dengan cara baik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dan semoga rumah tangga Asfan baik-baik sahaja ya! -Mynewshub

Berita Lisa Surihani Sudah Bersalin Adalah Palsu!

Nampaknya pelbagai cara dilakukan oleh blogger di internet untuk cepat menjadi popular dan mendapat ranking tinggi. Antaranya dengan menyebarkan berita palsu yang paling tergempar.

Lisa Surihani Sudah Bersalin

Kebiasaanya, selebriti adalah insan yang sering menjadi mangsa taktik kotor ini.

Jika sebelum ini berlaku kepada Adi Putra yang kononnya didakwa menghidap kanser, terbaharu menimpa pula kepada pelakon jelita Lisa Surihani apabila tersebarnya khabar angin menyatakan dia telah selamat bersalin disertakan lengkap dengan gambar bayi milik pasangan selebriti itu.

Kesal dengan berita palsu itu, Lisa yang sinonim dengan jolokan ‘Malaysian Sweatheart’ menafikan berita tersebut menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.

“Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar.

“Walaupun headline ditulis dengan ‘soalan’ , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini. Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa-apa, saya masih belum bersalin buat masa ini.

“Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar.

“Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? terima kasih,” tulisnya.

Difahamkan, laporan palsu yang menyatakan Lisa Surihani telah selamat bersalin mula disebarkan dan menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Diharapkan semoga Lisa Surihani selamat melahirkan bayi sulungnya itu. -Mynewshub

Desak PM Letak Jawatan, Soo Wincci Sedia Terima Padah

Nama penyanyi dan pelakon Malaysia yang kini berpangkalan di Taiwan, Soo Wincci tiba-tiba hangat diperkatakan selepas bertindak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.


Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 ini melakukan desakan itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu.

Tidak takut sebarang ancaman, Soo Wincci mengakui sanggup menerima padah termasuk disenaraihitamkan oleh mana-mana pihak akibat tindakannya itu.

Menurut Soo Wincci, sebagai selebriti dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dilucut taraf kerakyatan.

“Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima.

“Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia tidak berniat melukakan hati mana-mana pihak namun tindakan yang dilakukan adalah demi generasi masa hadapan.

Untuk makluman anda, minggu lalu, Soo Wincci telah memuat naik video perhimpunan Bersih 4.0 sambil meluahkan rasa terharu melihat masyarakat turun menyertai perhimpunan itu.

Pada masa yang sama, selebriti ini turut mendesak Najib meletak jawatan segera ekoran sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang. –mStar Online

Rita Rudaini Sound Mak Datin ‘Berlagak’ Di Instagram

Bagi sesiapa yang biasa mengikuti perkembangan Rita Rudaini menerusi akaun media sosialnya pasti tahu, pelakon ini seorang yang berani meluahkan sebarang kritikan terhadap perkara yang dirasakannya tidak betul secara terbuka.


Ayat yang digunakannya pun boleh tahan.. memang makan dalam!

Terbaharu, Rita menyelar sikap seorang ‘datin’ yang menengkingnya ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia dari London.

Dia menempelak datin tersebut sebagai bongkak, sombong, selfish, berlagak, poyo dan muka ketat kerana menurut Rita, adalah biasa bagi penumpang kapal terbang kelas ekonomi terasa tempat duduk bergoyang sedikit apabila penumpang di belakangnya bergerak.

Seperti apa yang berlaku pada hari itu, anak Rita sedang tidur lalu mengigau dan secara tidak sengaja tertendang tempat duduk datin tersebut.

Jom baca luahan Rita di bawah untuk ketahui apa sebenarnya berlaku…

Mcm ni keadaan anak-anak bila dah letih atas flight dgn nk menempuh 13 jam penerbangan.. apa2 pon kami tetap selesa dgn MAS.. tp yg XSELESA nya manusia MELAYU BELAGAK dpn seat aku ni (sori ckp AKU sbb geram) dpn aku ni satu family, lakinya aku difahamkn pangkat dato kerja brjawatan bos (YG PENTING BUKAN CEO) di salah sebuah syarikat suratkhabar bahasa malaysia terkenal di negara kita (xpyh sebut nama nnti org kenal,glamer plak)… dorg duduk 3 beranak dpn aku, bini, ank ppn n lakinye… bini dia ble TENGKING aku dgn kasarnya sambil bgn n pusing belakang dan tuding2 kt aku dgn bongkaknya ‘PLS ASK UR KIDS DONT KICK MY SEATTT!!!’


Wowwww hebatnya melayu mcm kau.. kau xle ckp elok2 ke? Mana adab n budi bahasa melayu kita? Mat saleh pon beradab bila brckp dgn kita..hanya sbb ryan mengigau n nk beralih position n kaki ryan tersentuh brlakang seat dia..COME ON LA MAKCIK DATIN.. budak je kot n tgh tido mana dia sedar..ko pon bukan tgh tido,ko dok melayan cite omputih sbb ko feeling matsaleh, sbb tu dgn aku org melayu sebangsa ko pon ko nk jerit ckp omputih…aku malu nk mengaku kau bangsa aku..BONGKAK,SOMBONG,SELFISH,BELAGAK,POYO,MUKA KETAT smua pakej ada kt kau..

KLAU KO NAK SELESA N NK PRIVACY,KO DOK LA BIZNEZ CLASS BARU LAA CLASS MCM TITLE KO ‘DATIN’ .. Aku mmg diam xmenjawab apa yg ko tengking sbb aku xnak jd LOW CLASS MCM KO TERJERIT2 ATAS FLIGHT…bukn sbb aku takut..klau dgn budak kecik pon ko berkira,ko mmg jenis PPN MELAYU YG HATI BUSUK SEBUSUK2NYA..biasa laa klau kita dok class economy,sape yg bergerak belakang kita,akan terasa laa biasa la tuu kan..apasal masa kerusi goyang sbb cuaca xelok ko xpergi tengking pilot kt kokpit tu?? aku bukan nk puji matsaleh..tp mmg kenyataan,masa atas flight nk pergi london pon,ramai budak2 buat bising lg atas flight tu n ank2 aku dok belakang bangsa lain bising2,dorg ble senyum n gelak je..baru pangkat datin ko dah SOMBONG SEMACAM,blum KAYA MCM ARAB KT LONDON tu lg..laki ko kt sebelah pon xmalu ke tgk perangai bini ko mcm tu n ble buat kering je..bagus didikan ko kt bini n ank ko👎 pangkat n kekayaan ko xbole bwk g kubur..esok2 ko mati pon masuk dlm tanah jugak bukan dok atas SEAT EMAS! korg mmg MELAYU YG LUPA DIRI TU MELAYU! SEKIAN!!

Peh memang pedas ayat digunakan oleh Rita dan kami percaya mak datin baran yang dimaksudkan dalam kejadian ini pasti berasap hati membacanya.

Apa-apa pun ingatlah, di mana pun kita berada budi bahasa boleh menjadi penentu aras bagaimana rupa personaliti kita sebenarnya. -Mynewshub