Jue Aziz Sangkal Berhijab Sebab Nak Jual Tudung

Jika diperhatikan semakin ramai selebriti wanita tempatan mula berhijrah ke arah lebih baik dengan menggenakan hijab seperti yang dituntut dalam ajaran Islam.

Jue Aziz

Dan kebiasaannya apabila sudah berhijab, kebanyakan akan tampil dengan jenama tudung rekaan mereka sendiri seperti mana yang sudah dilakukan oleh Neelofa, Uqasha Senrose, Yana Samsudin dan Hanis Zalikha (sekadar menyebut beberapa nama).

Terbaharu, Jue Aziz dikaitkan bakal memulakan perniagaan tudung jenamanya sendiri selepas pelakon cantik itu mengambil keputusan untuk berhijab, baru-baru ini.

Namun, Jue menyangkal dakwaan tersebut kerana perkara itu tidak menjadi agendanya buat masa ini.

“Saya ada baca komen dan kritikan pihak-pihak yang menganggap saya bertudung atas sebab tertentu dan mereka kata saya mahu jual tudung.

“Saya tidak fikir pun untuk bisnes tudung, walau pun selepas bertudung sejak sebulan lalu banyak tawaran untuk saya menjadi duta produk tertentu,” katanya dipetik portal mStar.

Tidak dinafikan Jue kelihatan semakin manis sejak bertudung dan diharapkan aktres bersuara serak-serak basah ini akan terus istiqamah dengan penghijrahannya. InsyaAllah. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon