Rita Rudaini Akui Ramai Peminat Minta Nasihat Rumah Tangga

Siapa sangka, setelah bangkit dari kegagalan rumah tangga yang dilalui, aktres jelita Rita Rudaini mendedahkan dirinya menjadi tempat rujukan peminatnya yang sering meminta pandangan dan nasihat berkaitan masalah rumah tangga.

Rita Rudaini

Bagaimanapun, ekoran bimbang nasihat yang bakal diberi bakal mengeruhkan lagi rumah tangga individu tersebut, pelakon Mami Jarum Junior mengambil langkah tidak membalas komen mahupun mesej secara peribadi.

“Kebanyakan wanita selalu tanya boleh tak minta alamat e-mel untuk berkongsi masalah rumah tangga kerana dugaan yang mereka lalui itu lebih kurang macam saya.

“Ada juga yang bertanya pada saya apa yang mereka perlu buat mengenai masalah perkahwinan yang timbul itu?

“Serba salah jadinya tetapi saya mengambil langkah untuk tidak membalas mesej dan komen mereka. Takut tersalah bagi nasihat pula,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Rita pernah berkahwin dengan bintang bola sepak Aidil Zafuan Abdul Radzak dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul menerusi filem Love, Supermoon yang bakal ditayangkan pada 22 Oktober depan. –mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon