Punca Isteri Eizlan Yusof Minta Cerai

Berita yang sangat mengejutkan apabila tiada angin dan ribut, tiba-tiba isteri Eizlan Yusof memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada selasa 18 November 2014 manakala 13 Januari 2015 tarikh perbicaraan semula kes.

Eizlan Yusof Bercerai

Berdasarkan komen pengguna laman sosial, ada yang menyatakan bahawa punca perceraian disebabkan oleh pihak ketiga dan sebagainya.

Apapun puncanya, diharap pasangan ini dapat berfikir secara waras demi masa depan anak-anak.

Eizlan Yusof Bercerai [2]
Eizlan Yusof Bercerai [3]

Eizlan telah berkahwin dengan Vie Santie selama 7 tahun sejak 7 Julai 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.

Perkahwinan Putera William Dan Kate Middleton Bakal Berakhir?

Kisah percintaan pasangan diraja ini sentiasa mendapat perhatian media dan umum lagi-lagi selepas kelahiran putera sulung mereka, George Alexander Loius yang lahir pada Julai tahun lalu.

Putera William dan Kate Middleton

Siapa lagi kalau bukan, Putera William dan Kate Middleton yang dilihat sentiasa mesra dan romantis bersama!

Namun, baru-baru ini tersebar perkhabaran perihal rumah tangga pasangan diraja ini dilanda masalah hingga dikatakan mungkin berakhir tidak lama lagi.

Sudah tentu berita ini mengejutkan, lagi-lagi Kate Middleton sedang sarat mengandung anak kedua.

Sumber terdekat Istana Buckingham pergolakan rumahtangga pasangan ini berpunca daripada masalah kesihatan Kate yang mengalami alahan jenis hyperemesis gravidarum, membuatkannya mengalami muntah dan mual yang ekstrem.

Kesannya, pasangan ini dikatakan sering berbalah disebabkan perkara remeh-temeh.

Masalah dihangatkan lagi apabila baru-baru ini Kate didakwa membuat keputusan mahu menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry namun William pula memaksa agar mereka menyambutnya bersama keluarga diraja sahaja.

Perkara ini menambah lagi ketegangan dalam rumahtangga hingga ada pihak menjangkakan perkahwinan mereka bakal berakhir selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah dan tak lagi gembira bersama.

Bagaimanapun pihak istana masih belum memberi kenyataan rasmi perihal pasangan diraja ini.

Sumber: Mynewshub.cc

Aksi Romantik Miley Cyrus Dan Patrick Schwarzenegger

Teka-teki mengenai hubungan penyanyi Miley Cyrus dengan anak pelakon Arnold Schwarzenegger, Patrick Schwarzenegger akhirnya terjawab.

Miley Cyrus and Patrick Schwarzenegger

Pasangan ini tidak segan-silu mempamerkan kemesraan di hadapan umum ketika menghadiri satu perlawanan American football, baru-baru ini.

Bintang pop berusia 22 tahun itu bercium dengan kekasihnya sambil Patrick mengambil gambar selfie mereka berdua.

Sebelum ini, Miley sering mengelak ketika ditanya mengenai kesahihan kisah cinta mereka namun nampaknya perlakukan mereka itu seperti mengiakan perhubungan cinta yang semakin mekar di antara mereka.

Miley Cyrus and Patrick Schwarzenegger [2]
Miley Cyrus and Patrick Schwarzenegger [3]

Sebelum Patrick, Miley bercinta dengan bintang gandingannya dalam filem The Last Song, Liam Hemsworth dan mereka bertunang pada Jun 2012 namun hubungan mereka secara rasminya putus pada September tahun lalu.

Sumber: Mynewshub.cc

Lawak Hisap 'Nenen' Malukan Fara Quinn?

Program lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat lalu.

Fara Quinn Seksi

Seperti yang diketahui, sebanyak 15 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Di sebalik kekuatan lawak peserta, antara yang menjadi perhatian penonton terhadap program ini ialah kepelbagaian latar belakang barisan juri yang terdiri daripada tiga negara serumpun.

Mewakili negara Malaysia, Datuk Jalaluddin Hassan dan pelakon cantik, Nur Fazura telah diberi kepercayaan memberi ulasan dan komen terhadap setiap persembahan yang dijayakan.

Sementara mewakili Indonesia, chef seksi dan jelita, Fara Quinn diberi tanggungjawab seperti mana yang digalas Luna Maya tahun lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah pula mewakili juri dari Singapura.

Jika dilihat pada minggu pertama, kebanyakan kumpulan hanya ‘so-so’ sahaja persembahan mereka namun ada juga yang dilihat mampu memberikan saingan kepada peserta ‘favourite’ seperti Sepahtu, Shiro dan Virus.

Antaranya, kumpulan Jalur yang dianggotai Along Cham, Rahim dan Joey muncul dengan lawak kreatif sekali gus menghangatkan pentas pada hari tersebut.

Namun, rupanya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan lawak separa lucah yang diketengahkan mereka.

Lawak mahu menghisap ‘nenen’ yang ditujukan kepada Fara mungkin bagi sesetengah orang boleh menerimanya, tetapi ada juga yang mengatakan lawak sebegitu boleh mengaibkan Fara dan jelas raut wajahnya juga sedikit berubah ketika lawak itu ditujukan buatnya.

Mungkin selepas ini pelawak-pelawak tempatan perlu lebih membuat research untuk membuat lawak yang lebih bijak daripada menggunakan lawak-lawak separa lucah dalam meraih perhatian peminat untuk mengundi mereka.

Sumber: Mynewshub.cc

Nora Danish Teringin Menang Anugerah

Sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, aktres kecil molek, Nora Danish mengakui dirinya kini teringin untuk mengenggam sebarang anugerah yang dapat mengiktiraf bakat lakonannnya, selepas diadili orang-orang kuat industri perfileman dan lakonan tempatan.

Nora Danish

“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.

“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senario telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lagi untuk terus bertahan lama dalam industri, seseorang pelakon itu perlu menjaga kualiti lakonan mereka dan itulah yang mahu dilakukan Nora.

Fokusnya kini adalah memberikan yang lebih baik daripada segi lakonan agar peminat terus menyukai watak-watak yang dijayakannya baik dalam naskhah drama mahupun filem.-Mynewshub.cc

Isu Gambar Bogel Beri Kekuatan Pada Rain

Rain disifatkan menjadi lebih kuat selepas isu gambar bogelnya tersebar di Internet sebelum ini.

Rain-Naked

Bagaimanapun jurucakap peguamnya bertegas, perbuatan menyebarkan berita palsu itu sebagai sesuatu yang tidak bermaruah.

Malah lebih memburukkan keadaan apabila timbul tuduhan gambar berkenaan tersebar dari telefon bimbit milik Kim Tae Hee.

“Ia satu tindakan yang kebudak-budakan dan kami percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat jahat,” kata jurucakap itu.

Ujarnya, walaupun sesetengah pihak tidak mempercayai perkara itu namun masalah mula timbul apabila peminat Rain di Jepun dan China menganggap gambar itu adalah benar.

Maka katanya, satu tindakan undang-undang harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.–M Wave

Juri Tidak Telus Punca Awie Enggan Sertai Muzik-Muzik

Penyanyi Awie menjelaskan keengganannya menyertai separuh akhir Muzik-Muzik ke-29 (MM29) walaupun lagunya dicalonkan kerana tidak percaya dengan proses penghakiman yang disifatkannya sebagai tidak telus.

Awie

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, berdasarkan pengamatannya, kebanyakan program berunsur pertandingan nyanyian sering dipolitikan manakala mereka yang menang dipilih berdasarkan kepada pilih kasih.

"Saya tidak suka dengan keadaan apabila pemenang diumumkan, peserta dan penonton akan memberikan wajah terkejut, wajah yang memberi erti 'betul ke dia menang?

"Keadaan itu juga membuatkan si pemenang tidak selesa bukan? Sebab itu saya tidak mahu sertai mana-mana pertandingan nyanyian termasuklah MM29. Saya takut pertandingan itu dipolitikkan," katanya kepada mStar Online.

Lagu Cinta Makrifat ciptaan sepenuhnya Eirma Fatima telah dicalonkan dalam MM29 dan akan bersaing pada 28 November ini (bahagian ketiga).

Ia bakal berentap dengan lapan lagu lain iaitu nyanyian Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua), Akim & The Majistret (Mewangi), Indah Ruhaila (Percayalah), Alyah (Sesal Separuh Nyawa) serta Joe Flizzow dan Sona One (Apa Khabar).

Turut bertanding ialah Mawi dan Datuk AC Mizal (Al Haq Yang Satu), Yuna (Lelaki) dan Forteen (Tak Pernah Berjumpa).

Secara keseluruhannya, sebanyak 30 buah lagu yang akan ke peringkat separuh akhir MM29 sebelum berentap ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang dijadualkan pada Januari 2015.

Memandangkan Awie dan Erra tidak terlibat, penyanyi Marsha dan vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie akan mengambil alih membawakan lagu tersebut.

Awie dan Erra
Lagu Cinta Makrifat nyanyian Awie dan Erra Fazira tercalon dalam MM29.

Sementara itu tambah Awie, keengganannya tidak menyertai rancangan itu juga bukan kerana dia takut tewas dengan pesaing-pesaingnya yang terdiri daripada penyanyi muda.

"Sudah lama saya berada dalam industri ini dan saya sudah melalui rasa menang dan kalah dan perkara itu tidak perlu dilalui lagi. Bukan masanya untuk saya nak bersaing dengan mereka dan bukan juga kerana mahu menjaga reputasi.

"Tetapi cukuplah jika saya sekadar menjadi penyokong dari belakang. Saya mahu lihat industri seni muzik tempatan dipenuhi dengan orang berbakat.

"Jika orang lama terlibat dengan pertandingan seperti ini, maka sukarlah golongan muda mahu mengembangkan bakat mereka," tegasnya.-mStar

Chun Yi Seul Disaman Kerana Pembedahan Plastik

Bintang filem Korea Selatan iaitu Chun Yi Seul disaman sebanyak AS$30,000 (RM100,150) selepas didapati melanggar kontrak dengan sebuah klinik pembedahan plastik yang menjadi penajanya.

Chun Yi Seul

Menurut laporan dalam program Night Of TV Entertainment, agensi Yi Seul iaitu Green Snake Juna E&M bagaimanapun tidak tahu mengenai kontrak yang ditandatangani oleh Yi Seul itu.

"Benar, Yi Seul pernah menjalani pembedahan plastik tetapi pihak kami tidak tahu bahawa pembedahan tersebut turut terikat dengan iklan," kata jurucakap agensi tersebut.

Tambah jurucakap itu, pihaknya telah cuba menghubungi klinik berkenaan namun mereka enggan bertemu bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Difahamkan, perjanjian kontrak tersebut telah dibuat oleh agensi lama Yi Seul dengan klinik tersebut.-mStar

Ayah Tiri Kim Kardashian Tukar Jantina!

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang terkejut dengan perubahan imej Bruce Jenner apabila dia dilihat lebih bersifat feminin.

Bruce Jenner

Terbaharu, menurut laporan Dailymail, ayah tiri Kim Kardashian itu dikatakan sedang merancang untuk menukar jantina pula.

Ini dapat dilihat dengan perubahan wajah Bruce yang ketara selain bentuk tubuh badannya yang dilihat semakin berbeza.

Beberapa bulan lalu, Bruce telah mengumumkan perpisahannya dengan Kris Jenner. Walaupun pasangan itu masih belum rasmi bercerai, namun kedua-dua mereka memilih untuk menjalani kehidupan masing-masing.

Bruce Jenner [2]
Sebelum berpisah.

Sumber memberitahu kepada US Magazine, perpisahan tersebut sememangnya sudah lama diharapkan oleh Bruce. Ini kerana perhubungannya dengan Kris membuatkan dia terpaksa menyembunyikan sisi feminin dalam dirinya.

Bagaimanapun sehingga saat ini, tiada seorang pun daripada keluarga Kardashian atau Jenner memberikan pengesahan tentang perancangan Bruce untuk menukar jantinanya.-mStar

Bekas Pengurus Saman Zizan Razak RM500,000

Kemelut antara Zizan Razak dan bekas pengurusnya sampai ke kemuncak apabila pelawak itu disaman lebih setengah juta ringgit selepas dia didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.

Zizan Razak

Marina Juki selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Zizan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dekat sini pada 6 November lalu.

Saman tersebut difailkan selepas Marina dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjiannya dengan Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.

Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Beliau juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Marina Juki

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

Terdahulu, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi dan perkara itu membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.

Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.

Bagi kes berkenaan, Marina akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.-mStar

"Saya Bukan Pemalas" - Nabil Ahmad

Pelawak Nabil Ahmad meminta orang ramai tidak melihat konsep jenaka stand up comedy yang ditampilkannya iaitu melakukan lawak secara sendirian sebagai pemalas.

Nabil Ahmad

Nabil, 30, berkata, masyarakat harus faham ia adalah konsep lawak stand up comedy yang masih lagi baharu bagi penonton yang gemar menyaksikan lawak di televisyen.

"Mereka selalu kata saya pemalas dan ambil jalan mudah untuk berada di pentas sendirian tidak seperti kumpulan pelawak lain.

"Sebenarnya mereka tidak tahu konsep stand up comedy yang mana ia lagi susah untuk dilakukan tanpa sebarang ‘prop’ ketika berada di atas pentas," katanya kepada mStar Online.

Nabil berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyertaannya dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang bakal membuka pentasnya bermula Jumaat ini di Teater Selangor, Shah Alam.

Dalam pada itu, Nabil berkata, pada asalnya dia agak ragu-ragu untuk kembali bertanding, namun kerana minat yang mendalam terhadap bidang lawak dia meneruskan perjuangan tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak pernah mengharapkan kemenangan kerana pertandingan tersebut hanya berdasarkan populariti.

Jelas Nabil, apa yang dikesalkan setiap musim pertandingan tersebut, reaksi penonton yang datang seolah-olah tidak menghargai pelawak-pelawak yang bertanding.

Katanya, perkara tersebut juga menyebabkan pelawak yang kurang mempunyai peminat berasa tidak bersemangat untuk memberi persembahan yang terbaik.

"Saya juga kesal dengan penonton yang kebiasaannya daripada kumpulan peminat yang tidak memberi sokongan kepada pelawak lain.

"Misalnya ketika AR Badul dan Imuda dahulu keluar untuk buat lawak tiada penonton yang memberi tepukan serta tiada respons lawak mereka sehingga mereka merasakan persembahan tersebut tidak bagus.

"Saya minta biarlah penonton yang datang kali ini memberi sokongan pada semua pelawak yang keluar untuk buat persembahan mereka," ujarnya.-mStar

Erra Fazira Akui Kekasihnya Jejaka Bujang

Pelakon Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu masih lagi baharu.

Erra Fazira bercinta

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.

“Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.

“Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya,” katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui pada majlis pelancaran teater Takhta 3 Ratu di Bora Ombak di sini pada Rabu.

Pelakon Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu Erra pernah berlahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum itu pernah Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, mengenai Takhta 3 Ratu, ia merupakan projek teater yang menggabungkan tiga produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie Entertainment.

Kata Erra, ia merupakan sebuah pementasan yang berat dan berkos di mana ia memerlukan beberapa penggabungan beberapa syarikat agar teater tersebut mendapat hasil yang berkualiti.

“Selepas diberi slot untuk menerbitkan sebuah pementasan teater di Istana Budaya, pengarahnya, Erma Fatima terus merancang untuk menghasilkan judul ini.

“Ia juga sebuah pelaburan yang berisiko tinggi kerana pemeñtasan berkonsepkan sejarah Melayu sukar untuk menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi ia akan berlangsung pada Disember ini di mana ketika itu ibu bapa sibuk berjimat duit untuk persiapan sekolah anak.

“Tetapi saya percaya dengan gabungan pelakon yang mantap serta skrip yang bagus akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir menyaksikan teater ini,” ujarnya.

Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.

Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.

Tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau melayari laman www.airasiaredpix.com.–mStar Online

Marsha Akui Sedang Dilamun Cinta

Penyanyi dan pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Marsha Milan Londoh mengakui dirinya kini sedang bercinta dengan seorang pemuda Melayu.

Marsha Akui Sedang Bercinta

Jika sebelum ini dia kurang bercerita mengenai kisah peribadinya, namun Marsha kini sudah bersedia berkongsi perhubungan cintanya yang berjalan sejak setahun lalu.

“Ya, saya memang sedang mengenali hati budi seseorang dan dia lelaki Melayu.

“Hubungan kami sudah berlarutan setahun,” katanya memetik Berita Harian.

Marsha turut berharap agar hubungannya kali ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan berharap peminatnya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan hidupnya.-Mynewshub.cc

Sam Bunkface Bertunang Dengan Penerbit TV3

Vokalis band Bunkface, Sam mengakui sudah sebulan mengikat tali pertunangan dengan seorang penerbit rancangan TV3, Aida Azira Hussin.

Sam Bunkface Bertunang

Sam bertunang dengan Aida pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga tunangnya di Masjid Tanah, Melaka.

Memetik mStar, “kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja”.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, kini masih mencari tarikh yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga dan tidak menolak kemungkinan ianya akan diadakan pada tahun hadapan.

Justin Bieber Disaman RM267,400

New York – Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana insiden baling telur yang dilakukannya Januari lalu.

Justin Bieber

Penyanyi remaja berkenaan dituduh membaling telur ke arah rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Menurut majalah hiburan TMZ, Bieber melunaskan bayaran ganti rugi itu dan kini mengikuti kelas menangani kemarahan.

Buat masa ini Bieber diletakan dalam pemerhatian dan nampaknya dia berusaha untuk membetulkan kesilapannya.

Menurut sumber, dia sudah mengikuti enam daripada kelas berkenaan sebelum melakukan kerja kemasyarakatan.

Jika penyanyi berkenaan mematuhi hukuman yang dikenakan, dia dijangka dapat menamatkannya menjelang 10 Februari tahun depan.

Bagaimanapun, menurut sumber, tempoh pengawasannya hanya akan berakhir pada 2016.–Agensi

Raja Azmi, Eddie Ghazali Sah Bercerai Talak Satu

Produser filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman sah bercerai talak satu dengan gitaris, Eddie Ghazali, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Raja Azmi, Eddie Ghazali Sah Bercerai Talak Satu

Eddie dilihat tidak dapat menahan perasaan sebak dan terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk bertenang sebelum akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap Raja Azmi pada jam 3.07 petang tadi.

Sebelum lafaz cerai dilakukan, hakim syarie Shaiful Azli Jamaludin memberikan peluang untuk Eddie, 46, dan Raja Azmi,55, bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir sebagai suami isteri.

Pasangan itu kelihatan cuba untuk menahan perasaan sedih sebelum berdakapan.

Shaiful Azli membenarkan lafaz talak berkenaan atas sebab bagi menyelesaikan krisis rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan itu.

Raja Azmi dan Eddie berkahwin pada 13 Oktober tahun lalu, namun telah tinggal berasingan sejak 19 Ogos,2014.

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka masih baik dan berazam untuk mengekalkan persahabatan mereka.

Terdahulu, Raja Azmi dan Eddie hadir bersama-sama ke mahkamah menaiki sebuah kereta yang sama tepat pada jam 2.20 petang.

Saya Gagal Menjadi Isteri Buat Kali Kedua

Raja Azmi, Eddie Ghazali Sah Bercerai Talak Satu [2]

“Hidup harus diteruskan. Kak Mi redha dengan ketentuan Allah. Perkahwinan kedua Kak Mi gagal lagi, Kak Mi gagal menjadi isteri buat kali kedua,” katanya sebak ketika ditemui sebaik sahaja lafaz penceraian diperdengarkan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Ketika ditanya mengenai punca penceraian mereka, Raja Azmi mengakui kesilapan berada daripada pihaknya yang terlupa untuk meminta izin daripada suaminya ketika keluar rumah.

“Puncanya Kak Mi keluar rumah tanpa minta izin dan ditegur secara serius oleh Eddie, sejak itu Kak Mi terluka dengan teguran itu, bila kena marah, Kak Mi terluka dan sedih sangat,” katanya lagi.

Walaupun sudah berpisah, namun Raja Azmi dan Eddie sudah berjanji akan meneruskan hubungan baik mereka sebagai seorang sahabat dan kedua-duanya juga mengatakan tidak menolak untuk rujuk semula sekiranya masih ada jodoh lagi di antara mereka.

Eddie pula ketika ditemui mengatakan dia berasa sedikit sebak dan mengalirkan air mata ketika saat mahu melafazkan cerai kerana ini merupakan pengalaman pertama kalinya berhadapan dengan penceraian.

“Susah nak cakap kerana ini melibatkan perasaan, sebab ini pertama kali saya melafazkan cerai. Sebelum ini saya bercerai mati.

“Anak-anak mengharapkan kami berbaik semula tapi abang pun tak cerita sangat pada mereka, bagi mereka asalkan ayah mereka happy,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penceraian terbabit.

Eddie turut tidak menolak ketentuan sekiranya dalam tempoh terdekat ini mereka rujuk semula sekiranya jodoh di antara mereka masih lagi kuat.

Ketika prosiding pengesahan penceraian itu, Eddie dan Raja Azmi sempat bersalaman dan berpelukan sebelum lafaz cerai dilafazkan oleh bekas gitaris berusia 46 tahun itu.

Untuk makluman, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang beregu kebangsaan, Jailani Sidek namun mereka bercerai pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun usia perkahwinan.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28. Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 20.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

Strategi Astro Pastikan Finalis AF 2014 Terkenal

Astro mempunyai strategi dalam memastikan juara Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) mampu mengekalkan populariti dan terus terkenal dalam industri hiburan tanah air.

Firman AF

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan kelima-lima peserta akhir itu mempunyai kerjaya yang sudah diaturkan dengan teliti.

Matlamat untuk melahirkan penyanyi yang mempunyai pakej lengkap berjaya apabila kelima-lima peserta akhir ini mempunyai kualiti tersendiri.

"Kali ini kita akan pastikan bukan sahaja juara iaitu Firman, malah kesemua peserta akhir ini akan terus popular dan mempunyai kerjaya untuk mereka yang telah dirancang," ujarnya pada sidang media selepas konsert akhir AF 2014 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, malam Ahad.

Raqim berkata demikian ketika diminta mengulas perancangan pihak stesen televisyen tersebut selepas berakhirnya AF 2014 berikutan nasib peserta rancangan realiti tersebut pada musim lalu di lihar kurang popular dan terus tenggelam.

Sementara itu, mengulas lanjut perkara itu katanya, populariti seseorang peserta selepas keluar daripada program realiti itu turut bergantung kepada usaha mereka sendiri.

"Selepas keluar daripada program realiti ini mereka perlu bekerja keras untuk mengekalkan nama mereka untuk terus popular dan bukan hanya bergantung kepada usaha pihak stesen televisyen semata-mata.

"Kalau mereka mahu terus dikenali sebagai penyanyi mereka sendiri ada inisiatif untuk berusaha kearah itu, sebab itu kita lihat ada peserta yang berjaya sebagai penyanyi bukan daripada juara sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Program Realiti dan Format ASTRO, Namanzee Harris berkata, peningkatan peratusan undian pada AF 2014 menunjukkan bahawa program realiti tersebut diterima kembali.

Katanya, perkara tersebut memberi peluang kepada program tersebut untuk mdiadakan kembali pada musim depan.

"Peratusan peningkatan undian meningkat sebanyak 102 peratus berbanding Akademi Fantasia 2013 lalu dan sebanyak 13 peratus peningkatan berbanding Akademi Fantasia musim pertama.

"Ini menunjukan bahawa masyarakat menerima kembali program realiti ini dan rancangan kami untuk kembali kepada format asal berjaya," ujarnya.

Sementara itu, juara Akademi Fantasia 2014, Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir, 25, berkata, kemenangannya merupakan rezeki yang tidak dijangka.

Dia juga tekad menjadikan bidang nyanyian ini sebagai kerjaya selepas hampir dua tahun menganggur.

"Alhamdulillah saya sangat tidak jangka kemenangan ini kerana ini pertama kali saya menyertai pertandingan nyanyian.

"Tujuan utama saya menyertai pertandingan ini adalah untuk mengubah nasib keluarga saya yang hidup dalam keadaan susah, selepas ini Insya-Allah saya akan teruskan perjuangan dalam industri seni suara," katanya.

Dalam pada itu, Firman berkata, wang kemenangan tersebut akan digunakan untuk menghantar kedua ibu bapanya mengerjakan umrah, sementara sejumlah lagi akan didermakan kepada tabung Palestin.

"Saya sudah bernazar jika menang saya akan bawa ibu bapa saya menunaikan umrah dengan wang tersebut, saya tahu kemenangan ini juga disebabkan doa daripada mereka.

"Selain itu, saya juga ingin memberi sedikit sumbangan kepada tabung Gaza, Palestin kerana simpati dengan nasib rakyat di sana yang memerlukan bantuan," katanya.

Dalam AF 2014 yang berakhir pada Ahad, Firman membawa pulang wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta Toyota Vios.-mStar

Raja Azmi Fail Cerai Selepas Setahun Kahwin

Desas-desus keretakan rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali sampai ke kemuncak apabila produser filem itu memfailkan permohonan cerai.

Raja Azmi Raja Sulaiman Bercerai

Peguam Raja Azmi iaitu Nailah Ramli berkata, permohonan berkenaan dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada pagi Isnin.

Sehubungan itu pihak mahkamah menetapkan pada Selasa (esok) untuk sebutan kes berkenaan.

Terdahlu desas-desus keretakan rumah tangga Raja Azmi, 55, dengan gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie, 46, sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu dan mereka dilaporkan mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

Eddie yang popular dalam kumpulan berkenaan dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.-mStar

Erin Malek Mengaku Teguk Arak Di Kelab Malam?

Baru sahaja 6 hari bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, pelakon jelita ini dihambat kontroversi apabila foto dirinya berada di sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur tersebar.

Erin Malek

Berikutan itu, ramai yang menyelar Erin Malek sekaligus menganggap pelakon cantik itu gemar bersosial. Namun, di sebalik kritikan-kritikan tersebut, ada juga yang mendakwa bahawa foto tersebut merupakan lakonan semata-mata.

Terkini, menerusi laporan mStar Online, Erin akhirnya membuka mulut untuk menjawab isu terbabit setelah pulang daripada berbulan madu di Los Angeles.

Nak tahu Erin jawab apa?

“Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut."

Dalam pada itu, Erin turut berkongsi pengalamannya semasa berbulan madu di Los Angeles tempoh hari. Pelbagai destinasi menarik yang dia dan suami kunjungi tau.

“Ini merupakan kunjungan pertama kami di LA dan Vegas. Alhamdulillah, percutian kami amat menyeronokkan. Tiada sebarang perancangan yang teliti sebaliknya kami redah saja apa-apa yang menarik untuk dikunjungi.

"Di Vegas, kami juga sempat menyaksikan persembahan penyanyi antarabangsa, Britney Spears.”

Sumber:
http://pilihan-anda.blogspot.com

Perbicaraan Awie Cederakan Isteri Pada Januari

Mahkamah Majistret Ampang telah menetapkan 13 dan 14 Januari tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraan kes penyanyi rock dan pelakon popular, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, yang didakwa mencederakan isterinya pada Jun lalu.

Perbicaraan Awie Cederakan Isteri Pada Januari

Memetik laporan Sinar Harian, tarikh tersebut telah diputuskan oleh Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman selepas Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene memaklumkan laporan forensik tambahan bagi kes terbabit telah pun diberikan kepada pihak pembelaan melalui peguam Hazman Harun yang mewakili Awie seperti yang dipersetujui ketika sebutan kes pada 15 Oktober lalu.

Ketika dihadapkan ke mahkamah buat pertama kali pada 4 Julai lalu, pelakon "Zombi Kampung Pisang" ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, di kediaman mereka di Taman Ukay Bistari pada 2 Jun lalu, jam 1.30 petang.

Awie telah didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Awie dan Rozana telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Sumber: Tupai.com.my

Usah Pandang Rendah Bakat Cristina Suzanne

PETALING JAYA – Pelakon Cristina Suzanne berharap kemenangan sebagai Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) pada Sabtu lalu bakal mengubah persepsi terhadap produk kelahiran program realiti Pilih Kasih yang disertainya pada pada musim kedua, tahun 2010.

Cristina Suzanne

Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 29, berkata, kejayaan itu sebagai bukti kepada masyarakat agar tidak terus memandang rendah kepadanya dan bekas-bekas peserta yang lain.

“Saya sangat beruntung kerana pentas inilah dahulu saya berjuang dalam program Pilih Kasih musim ke-2 dan selepas empat tahun saya kembali ke pentas ini untuk ambil anugerah Pelakon Harapan di FFM 26.

“Anugerah ini bukan untuk saya sahaja tetapi kepada semua bekas peserta program Pilih Kasih dan bukti bahawa kami juga mempunyai kualiti dan mampu berjaya.

Jangan pandang rendah pada produk kelahiran sebuah program yang mempunyai rating rendah,” ujarnyanya kepada mStar Online.

Cristina memenangi anugerah Pelakon Harapan menerusi filem KIL pada Festival Filem Malaysia ke-26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad, Sg Gadut, Seremban di Negeri Sembilan.

Program Pilih Kasih siaran RTM yang dihoskan oleh Datuk Rosyan Nor sebelum ini turut menggunakan auditorium yang sama.

Tambahnya, kejayaan yang diperoleh itu dapat memberi semangat kepada rakan-rakan program tersebut untuk terus berusaha dalam industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Cristina berkata, kejayaan tersebut tidak bermakna dia sudah boleh mendabik dada dan berpuas hati dengan hasil lakonannya selepas ini.

Katanya, ia adalah permulaan untuk dia meletakanya namanya sebaris dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.

“Dapat anugerah bukan bermakna kita sudah bagus dalam bidang lakonan dan boleh mengajar orang lain berlakon, kita cuma bagus untuk karakter dalam filem itu sahaja.

“Pada saya, selepas kemenangan ini saya perlu lebih banyak belajarlagi dan cuba watak-watak lain yang lebih mencabar daripada watak yang saya menang itu,” ujarnya.

Ditanya tentang wajahnya kurang dilihat di drama-drama tempatan, Cristina berkata, dia hanya memilih watak yang bersesuaian dan mampu mengasah bakatnya dalam bidang lakonan.

“Saya ambil juga tawaran drama, jika ambil filem sahaja susah nak hidup kerana banyak bil yang perlu dibayar. Namun saya ambil drama yang saya rasa mampu membawa watak tersebut.

“Berlakon drama sebenarnya adalah tempat untuk kita belajar dan menagsah bakat lakonan, selalunya saya akan lihat skrip dahulu sebelum terima sesebuah drama,” ujarnya.–mStar Online

AC Mizal, Isteri Jadi Duta Produk Pelangsingan Badan

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram (kg) dalam masa sebulan sejak mengambil produk pelangsingan badan, L’rose.

AC Mizal, Isteri Jadi Duta Produk Pelangsingan Badan

AC berkata sejak menggunakan produk keluaran bumiputra tersebut berat badannya semakin menurun dan disebabkan yakin dengan keberkesanannya, selebriti popular ini dan isteri, Datin Emylia Rosnaida kini dilantik sebagai duta produk L’rose.

“Sebelum menjadi duta, saya sendiri telah cuba dan hasilnya dalam sebulan berat badan saya turun dalam lapan kg dan sekarang setelah hampir dua bulan, berat badan saya dari 95 kg turun ke 83 kg,” katanya ketika ditemui Mynewshub pada majlis pelancaran produk dan pengenalan duta L’ rose, di Hotel Royal Chulan, di sini, hari ini.

AC menyatakan, produk ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi perjanjian yang dimeterai, AC dan Emylia mengikat kontrak selama tiga tahun dengan syarikat pengeluar RMZ Health & Beauty Products Marketing.

Sementara itu, Emylia berkata dia kehilangan berat lapan kilogram hanya dalam masa sebulan mencuba produk yang menggunakan 100 peratus herba semulajadi seperti teh hijau, halia merah, acai berry, garcinia cambogia, gymnema sylvestre dan dandellion ini.

“Yang menariknya, produk ini tiada sebarang kesan sampingan kerana semua ramuannya berasaskan herba semulajadi,” ujarnya.

Produk L’rose boleh didapati menerusi stokis-stokis jualan mereka di Selangor, Johor dan Melaka dengan harga RM150 sekotak.

Sumber: Mynewshub.cc

Erra Fazira Akui Sudah Ada Teman Mesra!

Hubungan cinta selebriti yang bernama Erra Fazira ini sentiasa digali dan dikorek oleh media-media hiburan kerana ramai yang ingin mengetahui siapakah jejaka bertuah yang menjadi pilihan hatinya.

Erra Fazira Akui Sudah Ada Teman Mesra!

Rata-rata peminat turut meneka yang diva popular ini sudah menemui pengganti dan lelaki tersebut merupakan orang kenamaan di Malaysia.

Bagaimanapun, mengenai pilihannya yang merupakan orang kenamaan ditolak sekeras-kerasnya oleh Erra Fazira namun sempat mengaku yang kini beliau sedang berkawan rapat dengan seseorang.

Melalui temubualnya bersama media baru-baru ini, beliau memberitahu lelaki tersebut bukanlah seorang VVIP.

“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali,” jelas Erra Fazira.

Siapa sangka artis yang diagungkan seperti diva ini sebenarnya tidak memilih dan lebih selesa untuk berkawan dengan orang biasa.

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa” kata Erra lagi.

Bagaimanapun, bila ditanya mengenai identiti lelaki tersebut Erra Fazira memilih untuk berahsia dan enggan mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengan dirinya.

Menurutnya, dia sudah muak mendengar segala gosip dan berbagai khabar angin yang mengaitkan dirinya dan memilih untuk berdiam diri.

Walau siapa yang dipilih Erra Fazira, semoga beliau berjaya mendapat kebahagian yang diinginkan.

Sumber: Mynewshub.cc

Chef Riz Pinang Shikin Maembong

Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya cef selebriti terkenal iaitu Chef Riz membuat keputusan untuk menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang dijadualkan pada Disember ini.

Chef Riz Pinang Shikin Maembong

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa (esok).

"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.

"Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

"Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai," ujarnya.

Sementara itu, Chef Riz berkata, dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.

Sumber:
http://pic2youu.blogspot.com/2014/11/chef-riz-pinang-shikin-maembong-esok.html