Perbicaraan Awie Cederakan Isteri Pada Januari

Mahkamah Majistret Ampang telah menetapkan 13 dan 14 Januari tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraan kes penyanyi rock dan pelakon popular, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, yang didakwa mencederakan isterinya pada Jun lalu.

Perbicaraan Awie Cederakan Isteri Pada Januari

Memetik laporan Sinar Harian, tarikh tersebut telah diputuskan oleh Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman selepas Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene memaklumkan laporan forensik tambahan bagi kes terbabit telah pun diberikan kepada pihak pembelaan melalui peguam Hazman Harun yang mewakili Awie seperti yang dipersetujui ketika sebutan kes pada 15 Oktober lalu.

Ketika dihadapkan ke mahkamah buat pertama kali pada 4 Julai lalu, pelakon "Zombi Kampung Pisang" ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, di kediaman mereka di Taman Ukay Bistari pada 2 Jun lalu, jam 1.30 petang.

Awie telah didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Awie dan Rozana telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 dan hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Sumber: Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon