Raja Azmi, Eddie Ghazali Sah Bercerai Talak Satu

Produser filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman sah bercerai talak satu dengan gitaris, Eddie Ghazali, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Raja Azmi, Eddie Ghazali Sah Bercerai Talak Satu

Eddie dilihat tidak dapat menahan perasaan sebak dan terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk bertenang sebelum akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap Raja Azmi pada jam 3.07 petang tadi.

Sebelum lafaz cerai dilakukan, hakim syarie Shaiful Azli Jamaludin memberikan peluang untuk Eddie, 46, dan Raja Azmi,55, bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir sebagai suami isteri.

Pasangan itu kelihatan cuba untuk menahan perasaan sedih sebelum berdakapan.

Shaiful Azli membenarkan lafaz talak berkenaan atas sebab bagi menyelesaikan krisis rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan itu.

Raja Azmi dan Eddie berkahwin pada 13 Oktober tahun lalu, namun telah tinggal berasingan sejak 19 Ogos,2014.

Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka masih baik dan berazam untuk mengekalkan persahabatan mereka.

Terdahulu, Raja Azmi dan Eddie hadir bersama-sama ke mahkamah menaiki sebuah kereta yang sama tepat pada jam 2.20 petang.

Saya Gagal Menjadi Isteri Buat Kali Kedua

Raja Azmi, Eddie Ghazali Sah Bercerai Talak Satu [2]

“Hidup harus diteruskan. Kak Mi redha dengan ketentuan Allah. Perkahwinan kedua Kak Mi gagal lagi, Kak Mi gagal menjadi isteri buat kali kedua,” katanya sebak ketika ditemui sebaik sahaja lafaz penceraian diperdengarkan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Ketika ditanya mengenai punca penceraian mereka, Raja Azmi mengakui kesilapan berada daripada pihaknya yang terlupa untuk meminta izin daripada suaminya ketika keluar rumah.

“Puncanya Kak Mi keluar rumah tanpa minta izin dan ditegur secara serius oleh Eddie, sejak itu Kak Mi terluka dengan teguran itu, bila kena marah, Kak Mi terluka dan sedih sangat,” katanya lagi.

Walaupun sudah berpisah, namun Raja Azmi dan Eddie sudah berjanji akan meneruskan hubungan baik mereka sebagai seorang sahabat dan kedua-duanya juga mengatakan tidak menolak untuk rujuk semula sekiranya masih ada jodoh lagi di antara mereka.

Eddie pula ketika ditemui mengatakan dia berasa sedikit sebak dan mengalirkan air mata ketika saat mahu melafazkan cerai kerana ini merupakan pengalaman pertama kalinya berhadapan dengan penceraian.

“Susah nak cakap kerana ini melibatkan perasaan, sebab ini pertama kali saya melafazkan cerai. Sebelum ini saya bercerai mati.

“Anak-anak mengharapkan kami berbaik semula tapi abang pun tak cerita sangat pada mereka, bagi mereka asalkan ayah mereka happy,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penceraian terbabit.

Eddie turut tidak menolak ketentuan sekiranya dalam tempoh terdekat ini mereka rujuk semula sekiranya jodoh di antara mereka masih lagi kuat.

Ketika prosiding pengesahan penceraian itu, Eddie dan Raja Azmi sempat bersalaman dan berpelukan sebelum lafaz cerai dilafazkan oleh bekas gitaris berusia 46 tahun itu.

Untuk makluman, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan bintang beregu kebangsaan, Jailani Sidek namun mereka bercerai pada 27 Jun 2012 setelah 28 tahun usia perkahwinan.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 28. Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 20.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon