Erra Fazira Akui Sudah Ada Teman Mesra!

Hubungan cinta selebriti yang bernama Erra Fazira ini sentiasa digali dan dikorek oleh media-media hiburan kerana ramai yang ingin mengetahui siapakah jejaka bertuah yang menjadi pilihan hatinya.

Erra Fazira Akui Sudah Ada Teman Mesra!

Rata-rata peminat turut meneka yang diva popular ini sudah menemui pengganti dan lelaki tersebut merupakan orang kenamaan di Malaysia.

Bagaimanapun, mengenai pilihannya yang merupakan orang kenamaan ditolak sekeras-kerasnya oleh Erra Fazira namun sempat mengaku yang kini beliau sedang berkawan rapat dengan seseorang.

Melalui temubualnya bersama media baru-baru ini, beliau memberitahu lelaki tersebut bukanlah seorang VVIP.

“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali,” jelas Erra Fazira.

Siapa sangka artis yang diagungkan seperti diva ini sebenarnya tidak memilih dan lebih selesa untuk berkawan dengan orang biasa.

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa” kata Erra lagi.

Bagaimanapun, bila ditanya mengenai identiti lelaki tersebut Erra Fazira memilih untuk berahsia dan enggan mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengan dirinya.

Menurutnya, dia sudah muak mendengar segala gosip dan berbagai khabar angin yang mengaitkan dirinya dan memilih untuk berdiam diri.

Walau siapa yang dipilih Erra Fazira, semoga beliau berjaya mendapat kebahagian yang diinginkan.

Sumber: Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon