Wawa Zainal Muatnaik Gambar Terbaru Bayinya

Agak lama juga kita tidak mendengar khabar pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang pernah panas seketika dengan kisah perkahwinan rahsia mereka.


Biarpun isu tersebut sudah reda, masih ramai yang mahu melihat dan mendengar perkembangan mereka terutama mengenai anak lelaki hasil pernikahan itu, Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan 24 Ogos lalu.

Atas permintaan peminat di laman Instagramnya, Wawa menerusi akaunnya memuatnaik gambar terbaru bayi itu sekitar Jumaat lalu.

Memang comel dan gebu sekali si Attar ini!

Gambar tersebut juga disertakan dengan ayat yang berbunyi:

“Budak kecik ni kann suka isap kaki dia…nak adik ke? hahaha no…no..blom masanya syg.”

Apa pun, semoga keluarga ini akan terus berbahagia dalam menjalani kehidupan dan dijauhkan daripada sebarang kontroversi pada masa akan datang.

Kredit: Instagram waw4_zainal

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon