Farid Kamil Kongsi Gambar Terbaru Anaknya

Walaupun sebelum ini pernah menguar-uarkan bakal mendedahkan nama penuh serta gambar lengkap anaknya kepada sebuah stesen televisyen berbayar, namun sehingga ke hari ini perkara itu masih belum dilakukan oleh pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle.


Namun, pada Sabtu lepas, aktor itu telah memuat naik gambar terbaru mereka sekeluarga yang turut disertai si comel Muhammad di akaun Instagramnya.

Kebanyakan peminat bersependapat mengatakan bayi yang dilahirkan pada 2 Julai lalu itu lebih mirip kepada ayahnya.

Lebih-lebih tang matanya itu.

Diharapkan selepas ini Farid dan Diana lebih banyak berkongsi gambar terbaru Muhammad khas untuk peminat-peminat setia mereka yang selama ini tidak berhenti menyokong karier kedua-dua anak seni ini.

Buat Muhammad, semoga membesar dengan sihat dan bijak ya!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon