Vince AF1 Bakal Tamat Zaman Solo Mac 2014

Juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bakal berkahwin 12 Januari depan.


"Saya sangat terkejut apabila ada laporan mengatakan saya akan berkahwin bulan depan. Laporan itu tak betul. Saya tak pernah cakap Januari, tak tahu dari mana mereka dengar," katanya kepada Harian Metro.

Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong Ying-Cern, 34, berkata, dia dan tunangnya, Fiona, 31, telah memilih bukan Mac untuk disatukan.

"Cuma tarikh sebenar majlis itu saya kena rahsiakan dan tak dapat kongsikan dulu sebab kami masih mempertimbangkan tarikh sesuai."

Vince dan Fiona yang merupakan pramugari MAS telah mengikat tali pertunangan September lalu yang diadakan secara tertutup selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.

"Pada saya, majlis tertutup akan jadi lebih bermakna. Kita dapat raikan hari bahagia itu dengan orang yang rapat dengan kita.

"Satu majlis akan dibuat di Semenanjung dan satu lagi di kampung halaman Fiona di Keningau, Sabah. Buat masa ini, itu saja dapat saya kongsikan dulu."

-Tupai

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon