Beyonce Mahu Ikut Jejak Langkah Madonna

Penyanyi terkenal, Beyonce Knowles menjadikan diva popular Madonna sebagai inspirasinya untuk berjaya dalam industri muzik.


"Saya mahu mengikut jejak langkah Madonna dan berjaya dalam setiap perkara yang saya lakukan serta mempunyai empayar sendiri," ujarnya ketika pra-tonton album visualnya di School Of Visual Arts di kota New York baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, penyanyi berusia 32 tahun ini menayangkan 17 buah video dipetik daripada album kelimanya yang digambarkan sebagai album visual berjudul "Beyoncé" selepas meriliskannya secara mengejut di iTunes Store baru-baru ini.

Bercerita tentang idea untuk menghasilkan album visual ini, Beyonce akui sudah lama menyimpan hasrat tersebut tetapi tidak berpeluang melakukannya.

"Saya beritahu ramai orang tentang idea saya dan semua orang berkata, "Ok," dan kini kami berjaya melakukannya! Bukan sahaja kami berjaya merealisasikan idea tersebut, ianya daripada syarikat saya sendiri dan saya cukup berbangga dengan perkara tersebut."

Album terbaru Beyonce ini telah berjaya memecah rekod apabila ia menjadi album paling laris dijual di seluruh dunia dalam masa tiga hari di iTunes Store.

"Beyoncé" mengandungi 14 buah lagu dan 17 video ini dijual dengan harga AS$15.99 (RM51.80).

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon