Rita Rudaini simpan keratan akhbar isu perceraian

Dramatis popular, Rita Rudaini mengambil keputusan untuk menyimpa keratan akhbar bermula laporan dia berkahwin lari dengan Aidil Zafuan di Songkhla, Thailand sehinggalah berita terkini berkaitan mereka berdua untuk dibaca oleh anak-anaknya apabila mereka dewasa kelak.


"Saya tahu satu hari nanti saya perlu berdepan dengan pelbagai soalan daripada anak-anak punca-punca saya dan Aidil bercerai.

"Kerana itu, saya telah menyimpan semua keratan akhbar laporan berkaitan dengan kami agar mereka boleh baca dan faham sendiri," katanya kepada mStar.

Rita yang telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu berkata, dengan cara itu dia akan memudahkan dalam menerangkan situasi sebenar kepada Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1.

"Saya bukannya jenis yang cuba menghalang anak-anak untuk mendapat kasih sayang bapa mereka. Dulu semasa kecil mak dan ayah bercerai dan saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana dia telah menghilangkan diri.

"Bagaimanapun sewaktu umur 17 tahun, ayah kembali dan saya melayannya seperti biasa. Ibu tidak pernah ajar untuk membencinya. Dan begitu juga dengan saya yang tidak mahu anak-anak membenci Aidil."


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon