Britney Spears Berang Album Tiada Sambutan!

Penyanyi terkenal, Britney Spears berang dengan Beyonce selepas album terbarunya "Britney Jean" tidak mendapat sambutan dan tersenarai dalam album penjualan terendah.


Britney menyalahkan isteri rapper Jay Z yang mendapat kejayaan terbesar apabila sebanyak 1 juta albumnya terjual dalam tempoh seminggu.

Menurut satu sumber kepada Dailymail, "Album Britney gagal, dia menyalahkan Beyonce kerana turut melancarkan album secara tiba-tiba dalam tempoh sama.

"Britney turut menganggap Beyonce sengaja berbuat demikian kerana ingin memalukan dirinya dengan kegagalan tersebut."

Tambah sumber itu lagi, Britney juga dikatakan mengamuk dan tidak mahu mendengar sebarang berita langsung mengenai Beyonce.

-Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon