Ekin-Yazer AF3 Putus Cinta Lepas 8 Tahun Bercinta

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga, Ekin Rahman mengakui dirinya sudah putus cinta dengan penyanyi Yazer sejak awal Disember lalu.


Walau pun masih berasa sedih dengan perkhabaran tersebut, Ekin menjelaskan kini dia hanya mahu menfokuskan diri terhadap karier nyanyiannya.

Wanita berasal dari Sabah itu berkata kepada sebuah akhbar harian, “selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus”.

“Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik,” katanya lagi.

Ekin juga menyatakan buat masa ini, dia tidak mahu terlalu memikirkan hal mencari pengganti sebaliknya ingin terus melangkah lebih jauh dalam karier seninya.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon