Semenjak bintang realiti, Kim Kardashian menjalinkan hubungan cinta dan mengikat tali pertunangan dengan penyanyi kontroversi, Kanye West, semakin banyak komen negatif yang dilemparkan terhadap mereka.
Apa tidaknya, ramai yang kurang gemar dengan sikap Kanye yang adakalanya terlalu kasar dan agresif.
Selain mudah ‘sentap’, penyanyi itu juga dilihat begitu mudah naik angin terhadap apa sahaja perkara yang tidak digemarinya.
Secara tidak langsung, ia dikatakan turut mempengaruhi rating rancangan realiti ‘Keeping Up With The Kardashians’ yang selama ini sentiasa menjadi perhatian ramai.
Bukan sahaja semakin menurun, malah majalah yang menampilkan ahli keluarga terkenal itu juga mengalami nasib yang sama.
Baru-baru ini, majalah US Weekly yang menampilkan Kim Kardashian hanya terjual kurang dari 400,000 salinan berbanding setengah juta salinan sebelum ini.
Kanye West Bakal Jadi Punca Kejatuhan Kardashian?
Jualan untuk Bauer’s In Touch pula jatuh sekitar 70,000, manakala Life & Style jatuh 50,000.
Majalah American Media Inc.yang mengetengahkan isu perceraian Kris dan Bruce pada 2 Disember lalu juga turun sebanyak 50,000 salinan.
Justeru, ramai yang membuat spekulasi bahawa kehadiran Kanye dalam keluarga itu bakal menghancurkan karier Kim dan juga seluruh keluarganya.
Biar apa pun alasannya, kami percaya tidak semua orang akan kekal berada di atas, betul tak?
-Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon