Hanez Suraya Dikecam Peminat Awi Rafael

Pelakon cantik Hanez Suraya mengakui dirinya pernah dikecam peminat bekas kekasihnya, Awi Rafael.


Perkara ini terjadi ekoran tersebarnya gambar mesra Hanez bersama seseorang jejaka ketika bercuti di sebuah pusat peranginan, baru-baru ini.

Hanez dikecam kerana dikatakan sanggup memutuskan hubungannya dengan Awi disebabkan lelaki tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Hanez berkata, “mereka (peminat Awi) cakap lelaki tersebut punca hubungan saya dan Awi putus. Saya dihentam di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan blog.

“Sebelum ini lagi saya sudah katakan yang lelaki tersebut bukan teman lelaki saya. Selepas penyebaran gambar tersebut, saya dikecam teruk oleh peminat-peminat Awi Rafael,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Selepas ini, Hanez sudah mengambil prinsip dan pendirian enggan lagi mendedahkan tentang hal peribadi serta kisah percintaannya kepada umum.

Dia hanya akan berbuat demikian sekiranya jodohnya sudah sampai dan akan menghebahkan perkahwinannya kepada orang ramai yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon