Rozita Che Wan Dipuji Bakal Kakak Ipar

Wah, pasti berbunga hati pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tatkala dipuji oleh bakal kakak iparnya, Sasha Saidin.


Menerusi Sinar Harian, Sasha berkata, dia baru dua kali berjumpa dengan pelakon jelita itu ketika sambutan hari jadi Zain Saidin dan hari mengundi.

“Tapi apa yang saya lihat Che Ta seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun. Saya senang dengannya,” pujinya.

Ditanya mengenai jarak usia yang jauh antara pasangan itu, Sasha memberitahu dia tidak kisah dengan semua itu kerana itu semua terserah kepada Zain.

“Yang nak berkahwin dengan Che Ta ialah Zain, bukannya saya.

“Sebenarnya, Zain agak tegas dengan pilihannya. Jika dia cakap ‘ya’, ‘ya’ lah jawapannya. Begitu juga sebaliknya.

“Tapi yang penting adalah lelaki itu matang dan dapat memimpin keluarga, itu sudah memadai,” katanya.

Baguslah jika begitu pemikiran Sasha. Che Ta pun pasti senang mendengarnya.

Yalah, perkahwinan bukan sahaja menyatukan kita dengan orang yang dicintai, tapi turut menyatukan kita dengan keluarganya. Tak gitu?

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon