West, Kardashian Saman Pengasas YouTube Bocor Video!

Penyanyi, Kanye West dan tunangnya, Kim Kardashian bertindak memfailkan saman ke atas pengasas laman web perkongsian video, YouTube selepas rakaman West melamar tunangnya itu didedahkan di laman web tersebut.


Saman tersebut yang difailkan semalam mendakwa Chad Hurley melanggar perjanjian rahsia apabila dia memuat naik rakaman majlis lamaran tersebut di laman web baharunya, MixBit.

Rakaman video selama dua setengah minit itu memaparkan West melamar Kardashian di AT&T Park di San Francisco.

Dokumen saman yang difailkan menyatakan West menandatangani kontrak dengan penerbit itu bagi merakam majlis tersebut untuk ditayangkan dalam rancangan realiti televisyen, Keeping Up With the Kardashians.

West dan Kardashian tidak menyatakan jumlah tuntutan saman terhadap Hurley dan syarikatnya, Avos Systems Inc dalam dokumen tersebut.

Mesej dihantar kepada MixBit bagi mendapatkan kenyataan Hurley tidak dibalas. -AP

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon