Video ‘Baby’ Justin Bieber Cecah 3.6 Juta Dislike Di Youtube

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi muda yang juga selebriti terkemuka dunia, Justin Bieber.


Bieber mencipta nama dengan lagunya berjudul ‘Baby’ apabila video klip lagu tersebut ditonton lebih 883 juta pelayar Youtube.

Bukan itu sahaja, video klip tersebut turut mendapat jumlah ‘like’ yang tinggi apabila hampir 1.9 juta pelayar.

Namun, yang menyedihkan apabila jumlah ‘dislike’ video tersebut melebihi daripada jumlah ‘like’ yang diterima.

3.6 juta dislike untuk sesebuah video klip itu adalah sesuatu perkara mengejutkan.


Penyanyi bertaraf antarabangsa menerima jumlah dislike sebeitu banyak sekali.

Apa dah jadi?

Mungkin kerana lagu tersebut ‘boring’ atau penampilan Bieber yang nampak ala-ala ‘baby’ tak matang.

Maaflah kalau ada peminat Bieber yang terasa pedas dengan kenyataan tersebut kerana rata-rata komentator di laman Youtube turut menyuarakan pendapat yang sama.

Apa-apa pun, video klip itu telah berlalu hampir 4 tahun lalu.

Kini kegemilangan Bieber boleh dikatakan bukan lagi dengan menampilkan lagu-lagu yang mantap, sebaliknya kontroversi serta gambar bogel yang membanjiri laman-laman sosial dan blog menaikkan namanya hingga ke hari ini. -Mynewshub

Zhang Ziyi Pelakon Terkaya Di China!

Bintang terkemuka Cina bertaraf dunia, Zhang Ziyi telah disenaraikan sebagai pelakon wanita terkaya di China apabila bendapatan tahunannya mencecah 120 juta Yuan (RM64.7 juta).


Zhang Ziyi sekaligus menewaskan jumlah pendapatan pelakon vateran China, Maggie Cheung dan Gong Li.

Carta tersebut dikeluarkan oleh salah sebuah stesyen televisyen di Taiwan, Hunan TV apabila mereka membuat senarai pendapatan pelakon wanita di Hong Kong, China dan Taiwan.

Penilaian tersebut mengambil kira pendapatan daripada pengiklanan, rakaman muzik, filem dan penampilan di dalam media.

Beliau pernah menjadi duta jam tangan Omega, Visa, Maybelline, Garnier dan Emporio Armani.

Memetik laporan ThinkingChinese.com, khabar angin mengatakan bahawa Zhang Ziyi dibayar lingkungan 20 juta Yuan (RM10.8 juta) bagi membintangi filem ‘Dangerous Liaisons’.

Tahun ini juga beliau turut tampil dalam filem ‘The Grandmaster’ memegang watak anak kepada Master Kung Fu Wing Chun yang diarahkan oleh penerima anugerah pengarah terbaik China, Wong Kar Wai.

Selain itu, selebriti termuda yang turut tersenarai dalam carta tersebut adalah pelakon, model serta ibu kepada dua orang anak Cecilia Cheung.

Tampil bersama Zhang Ziyi dalam filem ‘Dangerous Liaisons’, Cecilia Cheung dikatakan dibayar sebanyak 16 juta Yuan (RM8.6 juta) dalam filem yang memakan belanja 100 juta Yuan (RM53.9 juta) itu.

Dia berada di tangga kelima dengan pendapat tahunannya bernilai 75 juta Yuan (RM40.4 juta). -Mynewshub

Uqasha Dan Pekin Tak Sabar Nak Kahwin

"Kalau diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan Uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin,” ujar Pekin, sebaik sahaja diajukan mengenai hubungan dengan aktres jelita, Uqasha Senrose.


Tegas Pekin, dia sangat yakin kakak kepada pelakon Nellydia Senrose itu adalah jodohnya. Sejak bertemu Uqasha, hatinya terus terpaut dan terbuka untuk berkahwin.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk kahwin. Tetapi sejak terpandang Sha (gelaran Uqasha) di pejabat MIG, saya terus ajak dia berkahwin.

"Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Apabila jumpa dia, saya terus sedar dialah calon isteri yang terbaik untuk saya," katanya.

Semakin terbuka berbicara mengenai hubungan mereka, Pekin memberitahu, dia dan Uqasha sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu. Setelah mengenali hati budi masing-masing, mereka nekad untuk ke fasa yang lebih serius.

"Julai lalu, saya telah merisik Uqasha dan ia boleh dikira sebagai majlis pertunangan kami secara tak rasmi.

"Dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa setahun lagi," katanya yang lebih suka melangsungkan pertunangan dan pernikahan dalam satu majlis yang sama.

Dapat restu orang tua

Menurut Pekin, hubungan mereka turut mendapat restu dari keluarga masing-masing. Tambahan pula dia kini semakin kerap menghabiskan masa bersama keluarga Uqasha jika mempunyai kelapangan.

"Hari raya lepas saya ada bertandang ke rumah Uqasha. Malah kami berdua turut berpakaian sedondon berwarna kuning.

"Alhamdulillah, keluarga Uqasha sangat baik dan menerima saya seadanya," kata Pekin yang turut mengakui pernah bercuti dengan mereka sekeluarga.

Berkongsi detik perkenalan mereka, kata Pekin, dia sebenarnya sudah lama mengenali Uqasha. Namun ketika itu mereka tidak pernah bertegur sapa sehinggalah bertemu semula di set penggambaran Paku Pontianak.

"Kami pernah tinggal berjiran di Subang Jaya sebelum ini, namun hanya sekadar melemparkan senyuman.

"Lagipun, ketika itu saya masih lagi menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih (Ayu Raudhah)," ujar Pekin yang ditemui di majlis pra-tonton filem MIG, di Sunway Pyramid, semalam.

Pekin berkata, ketika awal penggambaran Paku Pontianak, mereka masih berasa agak segan dan kekok antara satu sama lain. Namun siapa sangka penggambaran selama hampir dua bulan di sekitar Februari lalu itu berjaya menyatukan hati mereka.

"Kebetulan kami bawa watak utama, iaitu sebagai Adam dan Melati. Dalam filem ini kami jadi pasangan suami isteri dan secara tidak langsung ia benar-benar mengusik hati kami.

"Sejak itu, hubungan kami semakin rapat dan sehinggalah hari ini," kata Pekin.

Tertarik dengan kejujuran Pekin

Berbalik kepada Uqasha pula, hubungan singkat antara dia dan Pekin bukan ukuran menentukan kebahagiaan mereka selepas berumahtangga kelak.

Baginya, sikap Pekin yang bertanggungjawab dan menghormati orang tua berjaya memikat hatinya untuk serius dalam hubungan itu.

"Dia seorang yang berterus-terang dan jujur. Malah ketika dia mula-mula melamar dulu, saya sangat terkejut dengan tindakannya itu.

"Namun, kesungguhannya itu berjaya membuka hati saya menerimanya," ujarnya yang sangat tertarik dengan sikap Pekin yang sangat memahami dirinya.

Turut mengesahkan hubungan mereka telah mendapat restu daripada kedua belah keluarga, Uqasha berkata, dia menyambut baik hasrat Pekin untuk berkahwin dalam tempoh setahun lagi.

"Sepanjang itu, saya bercadang untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan majlis kahwin kami nanti," kata Uqasha.

-SinarOnline

Percintaan Katrina-Ranbir berakhir?

Hubungan percintaan antara pelakon Katrina Kaif dan Ranbir Kapoor baru-baru ini dikatakan mulai retak.

Katrina Kaif-Ranbir Kapoor.

Ia dikatakan berpunca daripada orang tua Ranbir yang menolak hasrat Katrina untuk bertandang ke rumah mereka.

“Gambar percutian Katrina memakai bikini bersama Ranbir yang tersebar adalah antara faktor utama mengapa kedua ibu bapa Ranbir berubah fikiran dan tidak merestui hubungan mereka berdua,” ujar sumber.

Dalam pada itu, Katrina kini dikatakan mula menjauhi Ranbir dengan alasan tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi kelak.

-SinarOnline

Melly Goeslaw, Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza Bakal Warnai AF 2013

Tiga nama besar dal;am industri hiburan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir bakal menerajui Akademi Fantasia 2013 sebagai tenaga pengajar musim ini.

Barisan peneraju AF 2013.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti ini berdasarkan kredibiliti masing-masing selain menggantikan peranan pengetua seperti musim-musim terdahulu.

"Kali ini AF 2013 tiada pengetua sebaliknya tiga selebriti iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir dipilih bagi memberi inspirasi dan secara tidak langsung menggantikan fungsi pengetua.

"Kita mahukan perubahan pada AF kali ini supaya menjadi lebih segar dan relevan. Malah kita juga yakin ketiga-tiga selebriti ini mampu memberi sesuatu yang berbeza," katanya pada sidang media memperkenalkan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2013, di sini, Rabu.

Khairul berkata, ketiga-tiga pengajar utama ini akan memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman serta mencurahkan inspirasi kepada pelajar.

Sementara itu, Khairul turut tidak menolak pemilihan selebriti terkenal ini adalah sebagai strategi dalam mengembalikan semula keyakinan dan minat penonton kepada program yang pernah menjadi fenomena itu.
Khai

Khairul Anuar Salleh (lima dari kiri) bersama 
individu yang akan terlibat dalam AF 2013.

"Kita tidak menolak salah satu sebab adalah untuk menaikkan rating rancangan ini, namun lebih penting ketiga-tiga selebriti ini adalah yang terbaik," katanya.

Sementara itu, selain ketiga-tiga selebriti itu, tenaga pengajar lain yang akan terlibat ialah Fizz Fairuz, Alam Wakaka, Shafizawati Sharif dan Suhaili.

Dalam pada itu bintang dari Indonesia iaitu Melly Goeslow berkata, program ini memberi peluang kepadanya untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kepada pelajar-pelajar pada AF 2013.

"Apa yang penting adalah melahirkan seseorang yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang penyanyi dan tidak meniru mana-mana artis yang sudah ada," katanya.

Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.

Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.

-mStar

Kereta Justin Bieber Digeledah Kononnya Menyimpan Dadah

Apalah nasib Justin Bieber apabila dia difitnah kononnya berpesta dadah bersama rakan-rakannya dan menyimpan barang terlarang itu di dalam begnya.


Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi muda bersama pengawal keselamatannya itu telah ditahan oleh sekumpulan polis di bandar Fort Lauderdale, Florida apabila mereka dicurigai membawa dadah.

"Mereka ditahan selepas pihak polis mendapat maklumat Justin baharu saja berpesta dadah dengan rakan-rakannya dan dia menyimpannya di dalam beg.

Kereta Justin yang digeledah pihak polis.

"Semua beg yang berada dalam kereta milik Justin digeledah dan selepas hampir sejam, tiada dadah yang ditemui," kata sumber.

Kes dadah bukanlah perkara baharu yang menimpa Justin.

Julai lalu, pihak polis menemui dadah jenis ganja di dalam bas yang digunakan untuk konsert jelajah beliau ketika mereka menuju ke Kanada dari Amerika Syarikat.

-mStar

Chris Brown Batal Konsert Di Kanada

Penyanyi Chris Brown membatalkan empat persembahan pentas yang dijadualkan di Kanada.


Promoter konsert tersebut, Stephen Tobin berkata, perkara tersebut diputuskan oleh Chris dengan alasan mempunyai masalah peribadi termasuk kesihatan.

Bagaimanapun, pihak Chris masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pembatalan itu.

Sebelum ini, pelbagai masalah peribadi yang dilaporkan tentang kehidupan artis ini.

Bekas kekasih Rihanna ini juga dikatakan dikenakan tindakan kerana terlibat dengan kes langgar lari.

Chris dilabel sebagai artis bermasalah selepas kes memukul penyanyi lagu Diamonds pada tahun 2009.

-mStar

Robert Pattinson Tersilap Pukul Pengawal Disangka Paparazi

Bekas teman lelaki pelakon Kristen Stewart, Robert Pattinson tersilap mengasari sorang lelaki yang disangkanya paparazi sewaktu meninggalkan sebuah kelab malam di sini, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Pattinson, 27, dikatakan telah mengasari muka seorang pengawal keselamatan di luar bangunan pusat hiburan Troubadour pada Jumaat lalu selepas dia ditolak dan menyebabkan cermin matanya terjatuh ke lantai.

Dalam satu klip video yang dirakamkan, aktor yang popular menerusi filem puntianak romantik, Twilight itu dilihat sangat seronok ketika meninggalkan bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, dia secara tiba- tiba berhenti dan memegang muka pengawal tersebut dengan kasar.

Pengawal keselamatan itu cuba menyekat jurugambar daripada mengambil gambar Pattinson. Dia kemudian memberitahu Patttinson bahawa pelakon itu sudah tersalah orang.

"Kenapa kamu mengasari seorang pengawal yang tidak bersalah? Dia tidak buat apa-apa selain daripada melindungi kamu," kata satu suara dalam video berkenaan.

Terdahulu, bintang Hollywood itu muncul di pusat hiburan tersebut untuk menyaksikan persembahan rakan baiknya, Bobby Long. -Agensi

Saya Bukan Gadis Murahan - Janna Nick

Pendatang baru dalam arena seni lakon ini baru berusia 18 tahun, tetapi bakat luar biasa yang ditonjolkan memberi kesan. Siapa sangka walaupun usianya masih mudah, Janna Nick berpeluang memegang watak lebih berusia.


Bermula dengan drama bersiri Jodoh diterajui Dazrin dan Scha Al-Yahya, bakat pelakon berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai ini mula dilihat serius ramai penerbit serta pengarah drama tempatan.

“Saya bermula dengan menjayakan iklan komersial dan video korporat. Ketika itu, usia saya dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus belajar.

“Bila keluar dari asrama, beberapa penerbit minta saya datang uji bakat dan bermulalah karier saya sebagai pelakon. Telefilem pertama saya berjudul Ikatan ditayangkan di saluran RTM,” kata Jannah. Selepas telefilem itu, Jannah ditawarkan berlakon dalam telefilem Cinta Vlog untuk TV9 dan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), si cantik ini berpeluang beraksi dalam drama bersiri Jodoh. Sejak itu, tawaran semakin meriah dan kebanyakannya untuk watak antagonis serta kasar.

“Saya tidak kisah bawa watak antagonis kerana ia sangat mencabar, apatah lagi ia jauh berbeza dengan keperibadian sebenar saya. Lagipun saya tidak perlu ‘control’ (kawal) atau berpura-pura jadi ayu dan lembut.

“Apabila dapat tawaran melakonkan watak jauh dari umur sebenar, baru saya rasa macam berlakon. Bayangkan kalau dapat watak sama dengan usia kita, maknanya kita bukan berlakon,” kata aktres berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.

Selama bergelar pelakon drama, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang ini akui, antara cabaran yang tidak dapat dilupakan ialah digoda dan dipeluk seorang pengarah drama yang sebelum ini pernah bergelar pelakon.

Jannah mendedahkan, pengalaman itu berlaku sekitar April tahun ini apabila dia mendapat tawaran berlakon memegang watak utama sebuah produksi tempatan.

“Peliknya, saya tidak perlu melalui proses uji bakat, walaupun hakikatnya ramai beratur di luar untuk diuji bakat. Sebaik saya masuk ke bilik dan memperkenalkan diri, pengarah itu terus peluk saya.

“Saya terkejut dan secara spontan, saya berselawat. Pengarah itu pula terkejut dan terus melepaskan pelukan,” katanya enggan mendedahkan nama pengarah dan produksi drama yang dipercayai baru menjalani penggambaran di luar negara.

Jannah akui, tatkala berdepan situasi itu, ibunya menasihati supaya tolak saja tawaran berkenaan. Jangan dek kerana terdesak mahu jadi artis, maruah tergadai.

Biarpun insiden itu baru berlaku, Jannah tidak serik untuk meneruskan langkah sebagai anak seni. Baginya, itu sebahagian cabaran yang perlu dihadapi dengan tabah.

Ditanya mengenai bekalan pendinding diri supaya tidak menjadi mangsa dan tersasar jalan, gadis peramah ini menjawab, solat serta banyakkan doa.

“Solat itu tiang agama dan ia pendinding terbaik buat kita. Saya tidak pernah tinggal solat walaupun di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan, saya jenis gila-gila dan tidak suka duduk diam tetapi apabila bersolat, orang sekeliling akan hormat dan jaga batas mereka dengan saya.

“Mereka juga tidak cakap benda merepek dengan saya. Andai saya tidak jaga solat, dengan sikap gila-gila saya, mungkin orang akan fikir saya jenis murahan,” katanya.

Memperoleh keputusan cemerlang pada SPM lalu dengan 6A 2B+, Jannah mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Arau tetapi menolaknya.

Alasannya, ia terlalu jauh, apatah lagi dengan tawaran berlakon yang semakin kencang kebelakangan ini, dia merancang meneruskan pengajian di kolej sekitar ibu negara.

“Saya minat berlakon sejak kecil dan sering memaksa mak membawa saya ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Memang cita-cita saya mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya.

“Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek, saya terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah di harian biasa.

“Selepas itu, saya sempat bersekolah sebentar di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan ketika tahun SPM, saya belajar di sekolah harian biasa di Danau Kota. Sebabnya saya tak minat aliran sains,” katanya yang tahan tekanan. -Hmetro

Gambar Bakal Isteri Halim Othman?

Juruhebah popular tanah air, Halim Othman meledak popular bersama radio Era FM suatu ketika dahulu. Selepas itu, Halim Othman ditukarkan ke Sinar FM.


Tidak lama selepas itu jodohnya bersama Sinar FM berakhir dan Halim Othman sepi membawa diri.

Beberapa tahun yang lalu Halim Othman kembali membuat kemunculan semula di Suria FM. Dan sehingga kini, Halim Othman bersiaran pada waktu pagi bersama Adibah Noor.

Terdahulu Halim Othman juga perah digandingkan bersama Sharifah Shahira, Nabil, dan Kenchana Devi.

Biarpun hebat suaranya berkumandang di radio, tetapi sebagai seorang lelaki Halim Othman masih lagi teruna meskipun menginjak usia penghujung 40-an.

Terkini, Beautifulnara mendedahkan 3 keping gambar Halim Othman mesra bersama seorang gadis.

Dikhabarkan bahawa gadis itu merupakan bakal isteri Halim Othman. Gadis yang telah mencuri hati Halim Othman itu dikenali sebagai Dania Danisha.

Walau bagaimanapun, sejauh mana kebenaran gosip ini hanya dapat disahkan oleh tuan punya badan sendiri.

Apapun, semoga Halim Othman bertemu jodoh yang sesuai dan bahagia dengan kehidupannya hingga ke akhir hayat.

Mengenali Halim Othman lewat suaranya, memang tidak dapat dinafikan kredibilitinya sebagai seorang juruhebah radio.


-Beautifulnara

Fida Tetap Nekad Sertai AF

Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau dikenali sebagai Fida tetap mahu menyertai program realiti televisyen "Akademi Fantasia" 2013 (AF) yang bakal bermula pada September depan.


Dipetik dari mStar, Fida menganggap keputusan yang dibuatnya merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran untuk mendalami ilmu muzik dan nyanyian dan ianya bukan sekadar suka-suka.

"Walaupun saya sudah mempunyai karier nyanyian tetapi ilmu dalam bidang tersebut masih belum cukup dan penyertaan dalam AF 2013 adalah sebagai proses pembelajaran.

Kata-kata negatif daripada sesetengah pihak tentang keputusan itu tidak pernah melemahkan semangat saya," ujar wanita berusia 27 tahun ini.

Jelas Fida lagi, dia tidak malu untuk menyertai program realiti tersebut walaupun sudah berjaya mencipta nama dalam dunia seni. Malah, Fida juga percaya peluang menyertai AF akan memberi manfaat dalam kariernya.

Sebelum ini, Fida telah berjaya melayakkan diri dalam senarai pendek program realiti yang akan mula bersiaran pada bulan depan.

"Saya tidak fikir apa-apa selain ingin melakukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa juga komen orang saya anggap itu sebagai pemangkin semangat sekiranya terpilih nanti," akhirinya.

[Sumber]

Artis Hollywood Yang Hampir Bunuh Diri

Tidak dinafikan kehidupan seorang artis terkenal, apatah lagi seorang selebriti di Hollywood sentiasa dipenuhi dengan kemeriahan dan pelbagai acara-acara besar yang sering menjadi tumpuan peminat daripada seluruh dunia.


Namun bukan semuanya manis apabila terdapat segelintir selebriti popular tersebut pernah dikaitkan dengan masalah tekanan jiwa sehingga ada yang sanggup mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Menurut laporan usmagazine.com, golongan selebriti juga tidak terkecuali untuk mengalami masalah berkaitan gangguan mental apabila berhadapan dengan tekanan kerja yang melampau dan kurang rehat.

"Antara selebriti yang pernah membuat keputusan untuk membunuh diri dan gangguan mental termasuklah Halle Berry, Jean-Claude Van Damme, Sheryl Crow, Jim Carrey dan Brooke Shields," menurut sumber itu.

Sementara itu, jelas Halle Berry, dia pernah terfikir untuk menamatkan nyawanya sendiri setelah putus cinta dengan pemain bola keranjang, David Justice.

"Pada waktu itu saya sedang berada dalam kereta bersendirian dan terasa mahu memecut selaju mungkin.

"Tetapi tanpa disangka bayangan ibu muncul dan memanggilku, jadi boleh dikatakan ibu telah menyelamatkan diri saya," jelas wanita berusia 46 tahun ini. -Utusan

Gambar Seksi Azah Aziz Di Montreal

Lama kita tak mendengar khabar berita pelakon hitam manis, Azah Aziz yang sudah lama merantau ke negara luar selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis, Daud Leroy.


Kini model dan pelakon glamor 90-an itu menetap di Montreal, Kanada bersama suami dan tiga anak tercintanya.

Suaminya bekerja sebagai pegawai pemasaran dan jualan dengan sebuah syarikat menjual jet persendirian di sana.

Di bawah ini merupakan koleksi gambar terbaru Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 41, yang diperolehi menerusi forum Cari.

Mungkin gambar-gambar di bawah ini dapat mengubat rindu peminat setia wanita berkulit sawo matang ini. -Mynewshub


Neelofa Berkursus Di Amerika Syarikat Tahun Depan

Pelakon Neelofa akan meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya apabila membuat keputusan untuk mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat pada tahun depan.


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, dia akan menjalani kursus tersebut selama dua bulan yang bertujuan menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan.

“Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA.

“Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan. Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Neelofa, dia tidak keseorangan ketika berada di sana kerana rakannya turut mengambil kursus berkenaan.

Sementara itu, Neelofa yang kini sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkongsi pengalamannya bahawa bukan mudah untuk menjadi pelajar dan pada masa sama sibuk di lokasi penggambaran.

Malah pelakon filem Lemak Kampung Santan ini tidak terkecuali melalui saat sukar sehingga pernah berputus asa dalam kedua-dua bidang disebabkan gagal menangani tugas berkenaan.

“Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali).

“Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja.

“Bagaimanapun Alhamdulillah, saya berjaya atasinya dengan membahagi masa antara kerja dan pelajaran sebaik mungkin,” tuturnya. -mStar

Rozita Che Wan Pertikai Tindakan Peminat

Pelakon Rozita Che Wan mempertikaikan tindakan seorang peminatnya (bukan dalam gambar) yang menyebarkan cerita palsu di laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya ketiga lalu.


Berita Harian melaporkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, mengakui menyedari kehadiran pemuda tersebut pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

“Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik.

“Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya , Ayu Raudhah. Apa ayang peliknya dia berani meletakkan hashtag #MajlisPertunanganRozitaCheWandanZainSaidin yang mencetuskan spekulasi,” katanya.

Bagaimanapun, Rozita berkata, dia tidak terkejut dengan perkara itu kerana kerana memang tiada sebarang majlis pertuangan diadakan.

“Saya rasa umum tahu bahawa kami memang tidak merancang untuk bertunang sebaliknya mahu bernikah sahaja.

“Mungkin juga kerana kami sekeluarga berpakaian sedondon pada hari itu yang membuatkan peminat terpedaya dengan gambar itu,” katanya.

Sementara itu, Rozita turut mengulas cemuhan peminat terhadap tindakan Zain yang dikatakan terdesak mencari wang untuk majlis pernikahan mereka dengan membuka tawaran kepada pembeli kuih terbanyak pada majlis persandingan mereka.

“Saya tidak tekankan apa-apa syarat sekalipun untuk dia berkahwin dengan saya. Biasalah apa yang kita buat pasti ada yang tidak berpuas hati.

“Zain bukan sangat terdesak sehingga sanggup berbuat demikian. Lagipun majlis kami nanti bakal ditaja, jadi tidak perlu fikir soal bajet,” katanya. -mStar

Bekas Bintang Bachelor Bunuh Diri

Bekas bintang Bachelor, Gia Allemand meninggal dunia pada usia 29 tahun selepas membunuh diri.


Teman lelakinya, Ryan Anderson dalam kenyataan akhbarnya berkata, dia telah menemui mayat Gia tergantung dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya dan terus menghubungi 911.

Ryan yang juga bintang NBA berkata, Gia kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti di New Orleans pada Isnin dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat.

“Keadaan masih belum sedarkan diri pada Selasa dan semalam, mesin sokongan hayat itu dimatikan selepas keadaannya tidak berubah,’’ katanya.

Upacara pengebumian Gia akan diadakan dan dimaklumkan kelak.

Dalam pada itu, portal TMZ melaporkan Gia sebelum berasa tertekan dan kecewa kerana hubungannya dengan Ryan sering berkocak.

Pada 2010, Gia menjadi finalis bagi musim ke 14, The Bachelor yang bertanding merebut hati seorang juruterbang, kapten Jake Pavelka.

Namun Gia tewas kepada Vienna Girardi namun Pavelka dan Girardi berpisah.

“Saya amat terkejut dengan berita kematian Gia. Dia seorang rakan yang baik. Kita kehilangan seorang bidadari hari ini,’’ kata Pavelka. -Mynewshub

Justin Bieber Beli Rumah Michael Jackson?

Apa sahaja yang dilakukan oleh artis ini selalu menjadi perhatian. Bermula dengan perangainya yang suka mencari masalah hingga ke kisah percintaan yang tidak kesampaian.


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang sering dikatakan comel oleh peminatnya iaitu Justin Bieber.

Terbaru, Bieber sekali lagi menarik perhatian media dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Dikhabarkan, Bieber kini ingin lari daripada kehidupan sibuk di Los Angeles, Amerika Syarikat dan ingin mencari kediaman yang lebih tenang dan mendamaikan.

Menurut portal hiburan Sunday People, Bieber dikatakan telah menghantar beberapa orang untuk melihat rumah mendiang Raja Pop dunia, Micheal Jackson di Neverland.

Menurut sumber daripada pihak pengurusan Bieber, penyanyi itu ada bertanyakan tentang perkara ini kepada mereka dan ia dipersetujui oleh pihak pengurusan.

“Kami setuju dengan idea Bieber untuk menyepi seketika apatah lagi sejak kebelakangan ini penyanyi itu banyak dikaitkan dengan gosip yang tidak menyenangkan bukan sahaja dirinya, tetapi juga kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Malah, ada gosip yang sebenarnya telah membuatkan Bieber sendiri tertekan seperti gosip menendang seorang model dan meludah kepada salah seorang peminatnya.

“Ada baiknya jika Bieber mengambil langkah untuk berehat seketika," jelas pihak pengurusan Bieber.

Selain rumah mendiang Jackson, Bieber juga dikatakan telah melakukan tinjauan di tiga buah rumah agam yang lain.

Namun, kemungkinan besar Bieber akan membeli Neverland kerana Jackson telah menjadi idolanya sejak daripada dahulu lagi. -Utusan

Gambar Mesra Adira dan Shahrul Di Pagi Raya

Sering menafikan sedang hangat bercinta sebelum ini, namun tidak selamanya akan disembunyikan apabila sekeping gambar Adira AF dan Shahrul Nasrun yang sedang berpelukan ketika beraya bersama di rumah kekasihnya telah tersebar di laman maya.


Jika gambar romantik ini dilihat oleh bekas kekasihnya, Aliff Aziz, dia pastinya akan cemburu dan lebih kecewa selepas cinta murninya sebelum ini ditolak mentah-mentah oleh Adira. Tidak hairanlah mengapa pelakon lelaki dari Singapura itu mengamuk di Twitter beberapa bulan lalu.

Apapun, jom layan sekeping gambar romantik Adira dan Shahrul Nasrun ketika beraya bersama di Kelantan. Memang kedua-duanya sama padan dan sama cantik.

[Sumber]

Neelofa Tolak Tawaran Berlakon Drama

Pelakon dan pengacara, Neelofa menolak dakwaan kononnya dia enggan lagi berlakon dalam drama bersiri untuk siaran televisyen kerana mahu terlibat dalam produksi filem sahaja.


Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, sebaliknya berkata, kesibukannya sebagai pengacara beberapa buah program telah menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk berlakon drama buat masa ini.

"Komitmen terhadap bidang pengacaraan menyebabkan saya terpaksa menolak tawaran berlakon drama bersiri kerana ia mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

"Saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi jika tidak dapat hadir pada penggambaran atau tidak berdisiplin kerana sibuk dengan perkara lain," katanya kepada mStar Online.

Selain MeleTOP, Neelofa juga turut mengendalikan program Nona dan sebuah rancangan masakan berjudul Hot Kitchen.

Dalam perkembangan sama, Neelofa berkata, dia agak sibuk menguruskan perniagaannya iaitu Bellavita yang sedang berkembang maju dan mula mendapat perhatian.

Pun begitu buat masa ini dia hanya menerima tawaran berlakon filem sahaja kerana jadual penggambaran yang lebih singkat.

"Jujur minat saya memang lebih kepada pengacaraan tetapi rezeki dalam lakonan itu memang sentiasa ada cuma kekangan masa menuntut saya menumpukan kepada sesuatu perkara sahaja.

"Sudah tentu sekiranya ada kesempatan dan ruang saya mahu berlakon dalam drama bersiri atau telefilem. Buat masa sekarang saya hanya terima tawaran berlakon filem kerana penggambaran tidak mengambil masa yang lama," katanya.

Sementara itu, Neelofa yang baru sahaja muncul dengan filem Lemak Kampung Santan pada 1 Syawal lalu memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Gangster Superstar arahan Khabar Bhatia.

-mStar

Rita Dianiaya Aidil Dan Mentua?

Kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya berakhir dengan berita penceraian mereka 4 hari sebelum 1 Syawal lalu.


Bagaimanapun, kemelut antara pasangan ini bagaikan tidak berkesudahan dan mungkin hanya akan tamat selepas mendapat kata putus dari mahkamah.

Meskipun Aidil Zafuan memilih untuk mengunci mulut, nyata ada perkara yang tidak dipersetujui oleh Rita terhadap Aidil yang berasakan dirinya teraniaya.

Hal ini dapat dilihat daripada luahan Rita menerusi laman sosial miliknya.

Menerusi Instagram, Rita mengepos beberapa ‘siri’ perasaan hati.

Lihatlah sendiri luahan-luahan hati Rita ini. Dipercayai ia ditujukan kepada Aidil, orang ketiga dalam keretakan rumah tangga mereka dan bekas mentuanya.

Apa-apa pun, talak sudah pun jatuh. Mungkin sudah tiba masanya untuk Rita melupakan terus Aidil dan meneruskan hidup bersama dua putera yang menemaninya selama ini.

Anggap saja sudah tiada jodoh antara mereka. Soal balasan dan lain-lain, serahkan saja pada Allah Taala kalau betul dia merasa telah dianiaya.


-Mynewshub

Nora Dan Fasha Ceria Sambut Raya

Nampaknya, tahun ini menyaksikan ending yang sweet buat pasangan selebriti tanah air yang pernah mengundang kontroversi dalam kalangan peminat dengan kisah cerai – kahwin sesama artis.


Jika Abby Abadi dan Memey Suhaiza sudah berbaik malah berbahagia dengan pasangan dan keluarga masing-masing, Nora Danish dan Fasha Sandha juga nampaknya serupa.

Malah kemesraan mereka bukan rahsia lagi apabila Nora Danish sudah beberapa kali dipotret bersama Fasha Sandha termasuk datang ketika Fasha melahirkan bayi hasil pernikahan dengan bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai).

Pada hari raya ini, Nora sekali lagi dilihat bersama Fasha malah kali ini mereka boleh duduk bersama dan bergelak ketawa lagi.

Mungkin yang mengeratkan mereka adalah hubungan baik dengan keluarga Jejai. Apa pun alasannya, ini adalah sesuatu yang positif sebab tak semua orang mampu berbaik selepas apa yang telah berlaku.

Tapi nampaknya, Nora dan Fasha berjaya mengetepikan segala aura negatif malah silap-silap, orang luar yang masih berapi-api hendak mengungkit kisah lama sedangkan mereka sudah lama melupakan apa yang terjadi.

Salute untuk Nora dan Fasha Sanda (bertuah Jejai!).

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Gambar Cantik Miranda Kerr Hiasi Katalog Mango

Supermodel terkenal, Miranda Kerr, 30, telah dipilih menjadi muka baru bagi katalog jenama pakaian terkemuka, Mango untuk musim luruh tahun ini.


Kerr, anak jati kelahiran Australia merupakan model pakaian dalam terkenal, Victoria’s Secret dilihat menggayakan pelbagai pakaian yang boleh didapati daripada rangkaian butik tersebut.

Supermodel berambut brunette ini adalah isteri kepada pelakon Orlando Bloom dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom, dua tahun.


-Mynewshub

Aidil Cerai Rita Berang Dituduh Ada Skandal Baru

Selepas hampir dua tahun prosiding perceraian antara pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak dengan aktres Rita Rudaini dibicarakan, Aidil akhirnya dikatakan telah menceraikan Rita dengan talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari Ahad, petang semalam.


Khabarnya, Aidil, 26 mengambil keputusan menceraikan isterinya itu dengan talak satu kerana marah dengan kenyataan Rita yang bertajuk "Rita bengang skandal terbaru Aidil" menerusi ruangan Desas-Desus terbitan BiPOP semalam.

Aktres berusia 37 tahun ini yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri mengesahkan berita perceraian tersebut seperti dipetik daripada laporan Beirta Harian hari ini.

Jelas Rita, Aidil telah melafazkan talak beberapa jam sebelum berbuka puasa selepas berlaku pertikaman lidah menerusi SMS antara mereka berdua.

"Selepas hampir dua tahun kes perceraian kami berlangsung di mahkamah, akhirnya Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS. Ketika orang ramai sibuk membuat persiapan Aidilfitri, saya pula perlu menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka puasa," ujar Rita.

Pada 28 Februari 2008, pasangan itu mengambil keputusan bernikah di Songkhla, Thailand kerana hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Hasil perkahwinan tersebut, Aidil dan Rita dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna 2.

Sebelum ini, rumah tangga mereka diibaratkan retak menanti belah dan sudah tidak tinggal bersama selepas Aidil dikatakan meninggalkan rumah mereka di Damansara setahun yang lalu.

"Kini segala-galanya sudah jelas. Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah," jelasnya lagi.

Terdahulu, Aidil pernah dikaitkan dengan beberapa wanita seperti pelakon Jue Aziz dan model sambilan Tengku Fiella, namun Aidil menafikan desas-desus tersebut.

Terbaru, dia dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikatakan anak kepada seorang menteri, Zarema Zainal.

-Yahoo!

Rita Rudaini Luah Kesedihan Di Instagram

Isteri mana yang tidak sedih apabila diceraikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi akan menyambut perayaan Aidilfitri.


Namun, pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi, Rita Rudaini tetap tabah menerima keputusan suaminya, Aidil Zafuan yang telah melafazkan cerai talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Ahad lalu.

Rita berkongsi luahan perasaan sedih mengenai penceraiannya dengan memuat naik status di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Antara kata-kata yang dimuat naik Rita di Instagram.

Desas desus mengatakan punca Aidil melafazkan cerai adalah kerana kenyataan Rita di dalam akhbar Berita Harian berkenaan hubungan sulit Aidil bersama seorang wanita.


Rita dan Aidil bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Semoga Rita sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan berat yang menimpanya itu.

[Sumber]

Video Gelagat Anak Rita Rudaini Merempit

Tidak dinafikan setiap kanak-kanak pasti mempunyai keletah serta gelagatnya yang tersendiri.


Meskipun sibuk menjalankan perniagaan kosmetik kecantikan serta padat dengan rutin kerjayanya sebagai seorang pelakon, nampaknya Rita masih sempat meluangkan masa dan menemani anak-anaknya di rumah.

Melihat sahaja video-video yang dikongsikan oleh dramatis tersebut, itu sudah cukup menunjukkan bahawa Rita sememangnya seorang ibu yang prihatin dan penyayang.

Sekitar minggu lalu, Rita Rudaini telah memuat naik sebuah video menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi:


Melihat sahaja caption tersebut, pasti ramai tertanya-tanya apakah maksud sebenar Rita, adakah anaknya yang masih kecil itu sudah pandai merempit dan menunggang motorsikal seperti anak-anak muda sekarang?

Ingin tahu apakah makna sebenar disebalik caption tersebut? Jom layan video comel anak-anak Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna selepas ini.

Saksikan videonya di sini..

-Ohbulan