Robert Pattinson Tersilap Pukul Pengawal Disangka Paparazi

Bekas teman lelaki pelakon Kristen Stewart, Robert Pattinson tersilap mengasari sorang lelaki yang disangkanya paparazi sewaktu meninggalkan sebuah kelab malam di sini, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Pattinson, 27, dikatakan telah mengasari muka seorang pengawal keselamatan di luar bangunan pusat hiburan Troubadour pada Jumaat lalu selepas dia ditolak dan menyebabkan cermin matanya terjatuh ke lantai.

Dalam satu klip video yang dirakamkan, aktor yang popular menerusi filem puntianak romantik, Twilight itu dilihat sangat seronok ketika meninggalkan bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, dia secara tiba- tiba berhenti dan memegang muka pengawal tersebut dengan kasar.

Pengawal keselamatan itu cuba menyekat jurugambar daripada mengambil gambar Pattinson. Dia kemudian memberitahu Patttinson bahawa pelakon itu sudah tersalah orang.

"Kenapa kamu mengasari seorang pengawal yang tidak bersalah? Dia tidak buat apa-apa selain daripada melindungi kamu," kata satu suara dalam video berkenaan.

Terdahulu, bintang Hollywood itu muncul di pusat hiburan tersebut untuk menyaksikan persembahan rakan baiknya, Bobby Long. -Agensi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon