Zhang Ziyi Pelakon Terkaya Di China!

Bintang terkemuka Cina bertaraf dunia, Zhang Ziyi telah disenaraikan sebagai pelakon wanita terkaya di China apabila bendapatan tahunannya mencecah 120 juta Yuan (RM64.7 juta).


Zhang Ziyi sekaligus menewaskan jumlah pendapatan pelakon vateran China, Maggie Cheung dan Gong Li.

Carta tersebut dikeluarkan oleh salah sebuah stesyen televisyen di Taiwan, Hunan TV apabila mereka membuat senarai pendapatan pelakon wanita di Hong Kong, China dan Taiwan.

Penilaian tersebut mengambil kira pendapatan daripada pengiklanan, rakaman muzik, filem dan penampilan di dalam media.

Beliau pernah menjadi duta jam tangan Omega, Visa, Maybelline, Garnier dan Emporio Armani.

Memetik laporan ThinkingChinese.com, khabar angin mengatakan bahawa Zhang Ziyi dibayar lingkungan 20 juta Yuan (RM10.8 juta) bagi membintangi filem ‘Dangerous Liaisons’.

Tahun ini juga beliau turut tampil dalam filem ‘The Grandmaster’ memegang watak anak kepada Master Kung Fu Wing Chun yang diarahkan oleh penerima anugerah pengarah terbaik China, Wong Kar Wai.

Selain itu, selebriti termuda yang turut tersenarai dalam carta tersebut adalah pelakon, model serta ibu kepada dua orang anak Cecilia Cheung.

Tampil bersama Zhang Ziyi dalam filem ‘Dangerous Liaisons’, Cecilia Cheung dikatakan dibayar sebanyak 16 juta Yuan (RM8.6 juta) dalam filem yang memakan belanja 100 juta Yuan (RM53.9 juta) itu.

Dia berada di tangga kelima dengan pendapat tahunannya bernilai 75 juta Yuan (RM40.4 juta). -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon