Selepas hampir dua tahun prosiding perceraian antara pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak dengan aktres Rita Rudaini dibicarakan, Aidil akhirnya dikatakan telah menceraikan Rita dengan talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari Ahad, petang semalam.
Khabarnya, Aidil, 26 mengambil keputusan menceraikan isterinya itu dengan talak satu kerana marah dengan kenyataan Rita yang bertajuk "Rita bengang skandal terbaru Aidil" menerusi ruangan Desas-Desus terbitan BiPOP semalam.
Aktres berusia 37 tahun ini yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri mengesahkan berita perceraian tersebut seperti dipetik daripada laporan Beirta Harian hari ini.
Jelas Rita, Aidil telah melafazkan talak beberapa jam sebelum berbuka puasa selepas berlaku pertikaman lidah menerusi SMS antara mereka berdua.
"Selepas hampir dua tahun kes perceraian kami berlangsung di mahkamah, akhirnya Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS. Ketika orang ramai sibuk membuat persiapan Aidilfitri, saya pula perlu menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka puasa," ujar Rita.
Pada 28 Februari 2008, pasangan itu mengambil keputusan bernikah di Songkhla, Thailand kerana hubungan mereka tidak direstui keluarga.
Hasil perkahwinan tersebut, Aidil dan Rita dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna 2.
Sebelum ini, rumah tangga mereka diibaratkan retak menanti belah dan sudah tidak tinggal bersama selepas Aidil dikatakan meninggalkan rumah mereka di Damansara setahun yang lalu.
"Kini segala-galanya sudah jelas. Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah," jelasnya lagi.
Terdahulu, Aidil pernah dikaitkan dengan beberapa wanita seperti pelakon Jue Aziz dan model sambilan Tengku Fiella, namun Aidil menafikan desas-desus tersebut.
Terbaru, dia dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikatakan anak kepada seorang menteri, Zarema Zainal.
-Yahoo!

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon