Roslan Shah Akui Gambar Bogel Tersebar Adalah Miliknya!

Pengacara Roslan Shah tidak menafikan sekeping gambar bogel yang tersebar adalah miliknya.

Dia juga turut berkongsi gambar bogel tersebut di Instagramnya semalam dengan menyertakan dakwaan bahawa ada pihak yang cuba mengaibkan dirinya.

"Terima kasih orang yang menyebarkan gambar ini serta video. Tergamak sungguh ya mahu memahukan saya.

"Terima kasih kepada pengikut dan peminat saya yang menghantar gambar ini menerusi WhatsApp tadi. Tidak tahu lah apa lagi yang tidak puas hati dengan saya," tulisnya.

Namun menerusi sebuah portal, Roslan memberitahu gambar berkenaan dirakam oleh seorang rakannya dengan niat sekadar untuk bergurau.

Gambar tersebut dirakam sekitar tahun lalu ketika dia berada di sebuah hotel.

Ketahui Bahaya Kesan Seks Pada Usia Remaja

Tidak dinafikan berkahwin pada usia muda dapat mengelak daripada perkara-perkara maksiat.

Namun, ramai daripada masyarakat kita yang terlepas pandang soal usia yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga mengikut amalan perubatan.

Ini kerana hubungan kelamin pada usia awal menjadi antara faktor wanita diserang kanser servik.

Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, sistem pertahanan badan atau sistem imuniti pada pangkal rahim remaja belasan tahun belum lagi matang serta tidak mampu melawan jangkitan.

Jika terdapat jangkitan kuman khususnya jangkitan Human Papillomavirus (HPV) pada lokasi transformation zone (pangkal rahim) akan menyebabkan sistem badan seseorang remaja tidak berupaya menangkis serangan jangkitan.

Jika hal ini berlaku secara berterusan di mana virus itu menyerang individu terbabit, ia akan menyebabkan sel-sel yang normal pada pangkal rahim berubah menjadi sel tidak normal, sekaligus akan menjurus kepada pembentukan kanser servik," katanya.

Bagaimanapun Dr Muhammad Izzat berkata, kanser servik boleh dicegah jika seseorang wanita itu menjalani kehidupan sihat dan tidak terjebak dengan aktiviti sosial seperti pengambilan minuman keras, merokok atau memulakan aktiviti seksual pada usia terlalu muda.

Selain itu katanya, penjagaan kebersihan alat sulit juga boleh mencegah jangkitan kuman yang akhirnya boleh terdedah kepada masalah kanser servik.

Justeru, golongan wanita digalakkan untuk menjalani ujian pap smear secara berkala bagi membantu mengesan tanda-tanda awal kanser servik!

Bayi Baru Lahir Letak Tangan Atas Dada Seperti Solat, Dijemput Ilahi

Saat yang paling dinanti-nantikan pasangan suami isteri adalah kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kasih sayang.

Kedua-duanya pasti teruja dan tidak sabar menunggu saat si kecil menjengah ke dunia.

Namun tidak semua berlaku seperti yang kita harapkan kerana Allah sebaik-baik perancang.

Bagi pasangan muda ini, Muhamad Syafiq Yushasni, 25, dan Nurul Fatehah Adli, 24, mereka ditimpa ujian paling hebat apabila kehilangan anak sulung selepas 14 hari dilahirkan.

Namun mereka reda dengan pemergian buah hati tercinta, Muhammad Uwais Al-Qarni yang menemui sang pencipta-Nya pada 15 Oktober lalu.

"Segalanya sudah tertulis. Allah hanya pinjamkan Uwais kepada kami di dunia ini untuk seketika. Kami reda dengan pemergiannya dan terima ujian hebat ini," katanya.

Menurut Muhamad Syafiq, anak sulungnya itu meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

"Doktor masih belum tahu punca sebenar kematian anak saya. Namun saya tak mahu tahu tentang itu kerana saya dah reda anak saya sudah tiada.

"Walaupun macam-macam orang cakap tapi bagi saya bila dah perjanjian anak saya dengan Tuhan, dia tetap akan pergi jua," katanya.

Jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu, anaknya selamat dilahirkan pada 1 Oktober lalu, sehari sebelum hari lahirnya yang ke-25 tahun.

"Seronok hati ini hanya Allah yang tahu, kelahiran Uwais memberikan seribu makna kepada saya dan isteri.

"Apatah lagi kehadirannya adalah hadiah paling berharga yang Allah pernah berikan kepada saya pada ulang tahun kelahiran yang ke-25," katanya.

Namun Muhamad Syafiq berkata dia sering tidak sedap hati sejak anaknya ditahan di wad pada hari kedua selepas dilahirkan.

"Uwais tak boleh pulang bersama kami kerana doktor mengesyaki dia ada jangkitan kuman di paru-paru.

"Saya jadi tak sedap hati. Ayah mana yang tak sedih bila melihat pernafasan anak sendiri turun naik waktu itu," katanya.

Muhamad Syafiq berkata bermulalah rutinnya bersama isteri berulang alik ke hospital untuk menyusukan anak mereka pada 4 Oktober lalu.

"Jarak rumah kami ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian (Kelantan) 8 kilometer tidak saya endahkan.

"Isteri saya yang masih dalam pantang turut gagahkan diri untuk menyusukan dan melihat perkembangan anak kami," katanya.

Jelas Muhamad Syafiq lagi, Uwais kelihatan sihat dan sedikit bertenaga pada hari kelima di hospital.

"Dia pandai buat pelbagai reaksi di wajah, mengeliat, menendang perlahan-lahan dan menggigit kuat jari kami seperti bayi berusia lima bulan," katanya.

Namun Muhamad Syafiq berkata dia terkejut dengan perubahan luar biasa Uwais pada hari ketujuh.

"Seperti kebiasaan selepas Uwais bangun tidur, dia akan mengeliat. Apa yang mengejutkan kami ialah dia angkat tangan ke atas untuk mengeliat.

"Selepas itu dia meletakkan kedua tangannya di atas dada seperti perbuatan orang sedang qiam dalam solat.

"Perkara itu berterusan hari demi hari sehingganya dia menghembuskan nafas terakhirnya. Allahuakbar," katanya.

Muhamad Syafiq berkata perubahan luar biasa anaknya itu seolah-olah menunjukkan satu isyarat tetapi dia enggan terlalu memikirkannya.

"Uwais dimasukkan ke wad Nilam 1 (kes lebih berat). Dia mula dimasukkan ubat antibiotik tahap kedua kerana ubat antibiotik tahap pertama tidak beri tindak balas positif pada darahnya.

"Di situ dia dipakaikan wayar oksigen di hidung bagi menyokong pernafasannya. Sayu hati apabila lihat dia menangis tanda sakit dan mahukan perhatian saya dan isteri," katanya.

Pada 11 Oktober, Muhamad Syafiq berkata Uwais diletak di bawah pemantauan doktor pakar kerana darahnya semakin pekat.

"Kata doktor kuman semakin tinggi di dalam darah anak Uwais dan kemungkinan akan berlaku pendarahan dalaman ke atasnya.

"Hati ini mula semakin risau, tidur tidak nyenyak, selera makan sudah tiada memikirkan nasibnya.

"Begitu juga dengan isteri saya jangankan air, apatah lagi nasi untuk dijamah jauh sekali. Sesiapa yang mempunyai anak pasti tahu bagaimana perasaan ini," katanya.

Jenazah Muhammad Uwais selamat dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi 15 Oktober lalu di Tanah Perkuburan Wakaf Bharu, Kelantan.

Dua hari selepas itu, Muhamad Syafiq berkata isterinya bermimpi didatangi seorang lelaki berjubah.

"Lelaki itu membawanya ke sebuah bangunan hospital yang sangat besar dan apabila isteri saya masuk ke dalam hospital dia lihat sebujur jasad kaku anak kami Uwais tidak bernyawa.

"Isteri saya bangun dari tidur dan menangis tersesak-esak sambil memeluk saya tanpa menceritakan perihal sebenar mimpi tersebut," katanya.

Muhamad Syafiq berkata pada malam itu, dia dan isterinya menemani Uwais sehingga awal pagi.

"Seperti biasa Uwais minum susu dengan banyaknya tetapi pada hari tersebut susu isteri sudah kering.

"Kira-kira pukul 1 pagi kami diminta oleh jururawat untuk pulang tetapi Uwais tidak mahu melepaskan uminya. Dia merengek ketika mahu diangkat ke atas katil.

"Dia seperti mahu bersama uminya sampai bila-bila. Kami tidak sedap hati dan merasakan bagai ada sesuatu bakal terjadi. Kami terpaksa tinggalkan Uwais di katil dengan perasaan sedih," katanya.

Sekitar subuh, Muhamad Syafiq berkata dia menerima panggilan telefon daripada pihak hospital memintanya datang ke hospital dengan segera.

"Jantung berdebar-debar seperti nyawa bakal dicabut. Sampai sahaja di wad saya lihat katil Uwais dikelilingi ramai doktor pakar.

"Uwais sudah tidak sedarkan diri. Dia dikelilingi mesin dan alat bantuan pernafasan. Luluh hati melihat dia dalam keadaan itu.

"Doktor kata Uwais muntah susu dan keluar banyak darah pada pukul 5 pagi tu (14 Oktober)," katanya.

Muhamad Syafiq berkata dia kembali ke hospital semula setelah menerima panggilan telefon kira-kira pukul 9 malam 14 Oktober lalu.

"Kali ini mereka minta membawa ahli keluarga terdekat. Dalam hati saya kata petanda apakah ini.

"Sampai di katil Uwais, ketua bahagian perubatan di wad tersebut bersama doktor pakar yang lain sedang membuat sesuatu ke atasnya.

"Ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang saya rasa. Isteri saya tidak henti-henti menangis sehingga terpaksa ditenangkan jururawat bertugas," katanya.

Selepas itu, Muhamad Syafiq berkata dia dan isterinya diminta pergi ke bilik perjumpaan untuk bertemu dengan doktor yang akan menerangkan mengenai keadaan Uwais.

"Pada waktu itu hati saya berdegup kencang apabila doktor kata Uwais sudah di tahap 50/50 dan hanya menunggu keajaiban dari Allah.

"Doktor kata berdasarkan ultrasound yang dilakukan, mereka lihat penuh tumpah darah dalam badan Uwais selain hatinya telah rosak dan pecah," katanya.

Namun Muhamad Syafiq berkata Allah lebih menyayangi anaknya itu dan tepat pukul 12.15 pagi 15 Oktober lalu, Uwais selamat menemui pencipta-Nya.

"Pada waktu itu isteri pilih untuk pangku Uwais. Semasa diriba isteri saya, satu persatu wayar dibadan Uwais dicabut, tekanan nadi dan jantung Uwais semakin lemah.

"Tepat pukul 12.15 pagi anak kesayangan kami dijemput kembali oleh Allah setelah genap 14 hari bertarung melawan kuman dalam badan," katanya.

Bercerita mengenai detik terakhir bersama anaknya, Muhamad Syafiq berkata dia sempat menyaksikan kaki dan tangan anak Uwais terangkat sedikit ke atas dan kelopak matanya terbuka memandang tepat ke arah matanya.

"Tiba-tiba tanpa disedari sekali lagi terbit air matanya mengalir perlahan-lahan mula jatuh ke pipi.

"Dengan wajahnya yang sayu tanda seolah-olah ingin memberitahu saya dan isteri bahawa dia akan pergi selama lamnya meninggalkan kami," katanya.

Muhamad Syafiq turut mendedahkan dia baharu sahaja memberitahu mimpi yang dialami kepada isterinya selepas Uwais meninggal dunia.

"Saya cerita kepada isteri mengenai mimpi aneh saya sehari sebelum isteri selamat bersalin. Di dalam mimpi itu saya bersama isteri dan kawan kami mendaki gunung yang sangat tinggi pada waktu malam.

"Tetapi saya pelik dalam mimpi itu kawan kami itu mengendong bayi lelaki tetapi saya dan isteri tidak memangku anak dan akhirnya kami tiba dahulu di puncak gunung.

"Di puncak gunung itu saya lihat ada satu cahaya bulan purnama yang sangat terang menerangi kami. Mimpi tersebut menjadi tanda tanya kepada saya sehingga ke hari ini," katanya.

Bagaimanapun Muhamad Syafiq berkata dia enggan menganggap mimpi tersebut sebagai satu petanda bahawa anaknya bakal meninggalkan dia dan isteri.

Sebaliknya, dia hanya menyifatkan mimpi tersebut sebagai mainan tidur.

Coretan Muhamad Syafiq mengenai kisah kehilangan anak sulungnya selepas 14 hari dilahirkan menerusi laman Facebook miliknya mengundang sebak netizen.
Rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan itu.

Menurut Muhamad Syafiq dia terpanggil untuk memuat naik posting tersebut kerana ingin meluahkan perasaannya selain berkongsi kisah sedih itu dengan orang ramai.

"Saya hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Tak sangka rupa-rupanya ada yang senasib seperti kami. Malah ada juga mereka yang diuji lebih hebat.

"Terima kasih di atas segala nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan kepada kami. Insya-Allah kami akan terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini," katanya.

'Harga Diri Pelakon Veteran Macam Besi Buruk' - Jalil Hamid

Pelakon veteran Jalil Hamid menjadi perhatian industri hiburan selepas meluahkan kekecewaannya mengenai tawaran harga rendah bagi menjayakan watak tertentu dalam sebuah produksi.

Susulan itu Jalil, 61, ditempelak segelintir pihak kononnya dia tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan apabila menyuarakan isu berkenaan secara terbuka.

Luahan Jalil Hamid di media sosialnya,
"Bukannya tidak bersyukur, (dapat) tawaran itu bagus tapi bayarannya biarlah kena pada tugas yang akan digalas.

"Saya juga pertimbangkan harga, bukan nak letak harga tinggi. Tapi biar jujur. Kalau dah seolah-olah macam tak ada harga, saya memang tak akan (terima)," katanya.

Pelakon utama filem Bisik Pada Langit itu ditemui semasa sidang media Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung pada Selasa.

Selain itu Jalil turut meluahkan mengenai layanan berbeza yang diterima pelakon senior seperti berbanding selebriti ternama lain.

Jalil dedah artis veteran diberi layanan 'double standard'

"Sekarang orang meletakkan harga diri individu berpaksi kepada pangkat, kasihan artis-artis yang tiada kedudukan dilayan umpama tiada harga diri.

“Malah wujud situasi apabila artis veteran hanya disediakan bilik ala kadar. Setakat untuk tidur.

"Tapi lain pula bagi artis yang ada ranking apabila mereka menerima bilik hotel yang jauh lebih istimewa," tambah Jalil.

Cardi B Dapat Tawaran Lumayan Jika Kongsi Wajah Anak

Penyanyi rap Cardi B tidak akan mendedahkan identiti anak perempuannya, Kulture Kiara yang kini berusia tiga bulan.

Cardi atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar berkata dia hanya akan berkongsi gambar anaknya itu apabila dia bersedia dan mengikut caranya tanpa ditentukan oleh mana-mana pihak.

Kulture dilahirkan pada 10 Julai lalu dan suami Cardi, Offset hanya pernah memuat naik gambar anak mereka namun tidak menunjukkan wajah bayi itu.

"Saya dan suami tiada sebarang niat untuk tunjuk bayi kami kepada dunia, sekurang-kurangnya buat masa ini," katanya seperti dilaporkan People.

Dalam pada itu, Cardi mendedahkan ada pihak yang menawarkannya wang lumayan semata-mata untuk mendapatkan hak menyiarkan gambar bayi mereka.

"Saya dapat tawaran tujuh angka untuk siarkan gambar anak tetapi saya tidak bersedia lagi," katanya.

Neelofa Orang Ketiga Di Dunia Menginap Di Hotel Mewah RM200,000 Semalam!

BERTUAHNYA menjadi seorang Neelofa apabila bukan hanya fesyen malah apa sahaja yang dilakukannya menjadi perhatian umum.

Baru-baru ini, tular foto-foto penginapan mewah pengacara MeleTOP itu yang bercuti di kepulauan Maldives.

Bukan biasa-biasa percutian itu memandangkan harga hotel mewah bawah air tempat Neelofa menginap sebenarnya mencecah harga RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai)! Wow!

"I feel very, very, very lucky to be the third person in the world to experience this! This is definitely one for the books," kata Neelofa.

Istimewanya, menurut carian di laman rasmi lokasi penginapan mewah The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island itu, villa bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia.

The Muraka diberitakan akan mula dibuka kepada pengunjung bermula November ini dan Neelofa menjadi individu ketiga dunia yang diberikan kesempatan menginap di situ.

The Muraka membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibina di bawah 16.4 kaki dari paras laut.

Tetamu akan berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di dasar laut dan dikelilingi oleh hidupan akuatik.

Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Muraka turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air. -astroawani

Rita Rudaini Kecewa Bakat Bola Anak Dikaitkan Dengan Aidil Zafuan

Rita Rudaini akui geram dengan tindakan netizen yang masih tidak boleh menerima kenyataan dan terus mengaitkan diri dan anak-anaknya dengan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Perkara itu berlaku apabila Rita memuat naik gambar anaknya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, bersama pasukan bola sepaknya yang ditubuhkan sendiri, RR Cougers.

Kebanyakan netizen memberikan komen dan mengaitkan kemampuan dua cahaya mata Rita itu boleh bermain bola sepak kerana bapa mereka juga pemain bola sepak profesional.

Perkara itu membuatkan Rita berasa kecewa, malah turut menyelar netizen terbabit dengan kenyataan ‘mak punya susu, bapak dapat nama’.

Sewaktu dihubungi, Rita bagaimanapun menegaskan dia tidak menafikan Aidil Zafuan adalah bapa kepada anak-anaknya.

“Mereka masih tak ‘move on’ dan mengaitkan saya dan Aidil sepertinya kami ini Posh dan David Beckham. Lepas tu apabila mereka kata anak-anak pandai main bola sebab bapa mereka, langsung tak logik.

“Sedangkan ada pemain bola sepak hebat, anak mereka tidak sehebat bapa mereka. Jadi mereka tidak boleh berkata anak-anak pandai bermain bola kerana dia anak Aidil Zafuan,” katanya.

Jelas Rita, dia yang membesarkan anak-anak sendirian, jadi dia tahu apa kelebihan Rayyan dan Arjuna.

Tegasnya, kedua-dua anaknya itu tidak suka bermain bola sepak dan lebih kepada muzik dan badminton.

“Di sekolah juga anaknya masuk kelab badminton dan bukan bola sepak cuma mereka bermain bola hanya waktu rehat untuk berseronok bersama rakan-rakannya.

“Disebabkan anak-anak dan rakan mereka suka bermain bola sepak membuatkan saya menubuhkan satu kelab untuk mereka, melantik jurulatih untuk mengajar mereka.

“Saya lakukan ini kerana mahu Rayyan dan Arjuna berkawan. Tambahan pula untuk bermain secara serius dan mewakili sekolah, agak payah kerana ada ramai lagi murid yang lebih bagus,” katanya.

Kata Rita lagi, dari anaknya tidak pandai menyepak bola, selepas mengikuti kelab ditubuhkan dan mengambil jurulatih peribadi, anaknya sudah boleh bermain.

“Tapi hendak kata anak-anak saya pandai sangat bermain bola sepak itu tidak benar cuma bila dia dan kawan-kawannya sudah dilatih, mereka tidak kekok beraksi di padang.

“Apabila atas segala usaha yang saya lakukan ini, tiba-tiba orang mengaitkan dengan Aidil Zafuan sudah tentu saya berasa sedikit ralat kerana yang bersusah payahnya saya,” katanya.

Reaksi Sharifah Sakinah Bila Netizen Kecam Sebab Tunjuk Pusat

Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen apabila memuat naik foto terbarunya di laman Instagramnya.

Dalam foto tersebut kelihatan Sakinah memakai pakaian ‘crop top’ yang menunjukkan pusatnya.

“Seperti hari minggu. Pls mention my stretch marks I’m not as fit as the image potrayed before. Real human have flaws.

“Appreciate your beauty, accept your flaws and celebrate the perfect combination that makes you, YOU,” tulisnya.

Susulan itu, netizen segera memberikan ‘nasihat’ kepada Sakinah supaya menutup auratnya serta menggelar pusatnya itu dengan gelaran ‘hodoh’.

Bagaimanapun, pelakon drama Isteri Aku Dari Neraka itu tidak mengambil pusing, malah sempat membalas kritikan mereka itu.

“Itu pun dah cuci, kalau tak uishh,” balasnya.

Mungkin sudah acap kali menerima pelbagai kritikan daripada netizen membuat dia sudah lali dengan semua kecaman itu.

Sebelum ini, ada beberapa selebriti lain turut menjadi mangsa kritikan netizen kerana berpakaian seksi seperti Little Miss Khan, Scha AlYahya, Reen Rahim dan Raja Ilya. -mediahiburan

Petisyen Desak BTS Dibubarkan Kerana Sombong

Seramai 3,500 orang telah menandatangani petisyen bagi mendesak kumpulan Kpop terkenal BTS dibubarkan.

Koreaboo melaporkan petisyen itu diwujudkan ekoran sikap anggota kumpulan itu yang semakin sombong selepas berjaya mencipta nama di seluruh dunia.

Malah ada yang tidak berpuas hati apabila mereka bakal mendapat pengecualian bagi menyertai latihan ketenteraan kerana telah mengharumkan nama Korea Selatan di mata dunia menerusi muzik mereka.

Isu pengecualian menyertai tentera menjadi perdebatan hebat dalam kalangan rakyat Korea Selatan yang merasakan ia tidak perlu dilakukan.

Kerajaan negara itu mencadangkan pada Julai lalu agar pengecualian itu diberikan kepada selebriti berpengaruh dan BTS bakal menjadi kes pertama seumpamanya.

Bagaimanapun, petisyen itu masih jauh daripada sasaran iaitu 200,000 tandatangan selain peminat setia BTS pula memulakan kempen bagi menentang pembubaran kumpulan itu. -mstar

'Dia Angkat Tangan Nak Menyanyi Sukarela' – Ameng dedah kehidupan Saleem

Teman rapat Allahyarham Saleem (Iklim) iaitu Ameng (Spring) menyifatkan sahabatnya itu seorang penyanyi yang hebat dan ikhlas dalam bekerja.

Menurut Ameng, 50, dia mengenali arwah ketika usianya masih kanak-kanak lagi dan melihat sendiri perjalanan penyanyi itu sepanjang bergelar anak seni.

"Kami sangat rapat dari kampung lagi, di mana masa itu dia sudah dewasa dan saya masih kanak-kanak. Dia selalu menyanyi di pesta rakyat dan acara desa, dia menyanyi secara sukarela.

"Apabila ada program di kampung, dia yang akan angkat tangan nak nyanyi. Melihat kepada kesungguhan itulah menyebabkan saya ikut jejak langkah dia," katanya.

Ameng mengenali Saleem sejak dia masih kanak-kanak lagi dan kedua-dua penyanyi tersebut merupakan anak jati Terengganu.

Pada Ahad lalu, Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Cheras, Selangor.

Penyanyi berusia 57 itu terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 September lalu.

Sementara itu, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkata Saleem merupakan seorang sahabat yang menyenangkan dan tidak pernah menyakiti hati orang lain.

"Sepanjang mengenali arwah, dia seorang lelaki yang tak kedekut, pemurah dan peramah. Kalau kawan-kawan ada masalah, dia sangat prihatin dan cuba bantu cari jalan penyelesaian.

Allahyarham Saleem selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam di Cheras, Selangor pada Ahad.

"Dia juga tak pernah menipu atau sakitkan hati orang, namun sebagai manusia biasa pasti ada kesilapan, tapi silap yang dia lakukan itu hanya pada diri sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sampai Hati ini sudah dapat menjangkakan Saleem semakin hampir menemui pencipta-Nya.

Ia berikutan arwah dibawa keluar daripada unit rawatan rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa untuk bertemu dengan keluarga.

"Saya dah agak sebab masa masuk hospital ada peristiwa tak masuk ICU, masa itu isteri dia ada timbul isu tak puas hati sebab tak letak ditempat sepatutnya.

"Saya jumpa pihak hospital, sebenarnya ada prosedur bila pesakit tak ada harapan mereka akan diletakkan di wad biasa untuk habiskan masa dengan keluarga.

"Kalau letak di ICU orang tak boleh melawat," ceritanya. -mstar

Selena Gomez Sukar Terima Justin Bieber Sudah Kahwin

Selena Gomez sukar untuk menerima kenyataan apabila bekas kekasihnya Justin Bieber bertunang dan berkahwin dengan model berusia 21 tahun pada September lalu.

Menurut laporan People.com, berita pertunangan dan perkahwinan Justin dengan Hailey Baldwin itu memberi impak besar kepada Selena.

Penyanyi lagu Back To You itu mengalami masalah kemurungan dan kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat psikiatri bagi memulihkan semangatnya.

"Sekarang ini Selena dalam rawatan untuk memulihkan semangatnya.

"Keputusan Justin untuk bertunang dan berkahwin benar-benar menganggu jiwa Selena," kata sumber.

Selena dan Justin kembali menjalin hubungan cinta selepas beberapa kali putus namun hubungan tersebut berakhir pada Mac lalu. -mstar

Zizi Kirana Disamakan Dengan Bintang Porno

Gara-gara mengenakan pakaian yang dianggap terlalu seksi, penyanyi Zizi Kirana disamakan dengan bintang porno popular antarabangsa.

Bagaimanapun Zizi, 32, berkata dia tidak mengenali siapa pelakon lucah yang dimaksudkan itu dan hanya ketawa apabila mengetahui mengenai wanita tersebut.

"Ada orang samakan saya dengan seorang bintang porno popular dan saya tak kenal dia, jadi saya pun buat carian nama di Google dan jumpalah tentang wanita bernama Mia Khalifa itu.

"Saya hanya mampu gelak sahaja. Tak sangka begitu tinggi imaginasi mereka ini sedangkan saya bukanlah seperti wanita itu.

"Orang nak kata apa pun katalah, saya lebih tahu diri saya dan kalau ada yang gelar saya ikon seks sekalipun, terpulang!" katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini berkata dia tidak kisah dengan kritikan netizen di laman sosial dan memilih mengabaikan komen negatif itu.

"Saya biarkan sahaja komen-komen mereka itu dan tak mahu block atau padam, sebab kalau kita sekat seorang, nanti akan ada komen yang lain lagi.

"Banyak lagi kerja yang saya perlu lakukan, jadi abaikan saja kata-kata negatif itu," ujarnya.

Bercakap mengenai single terbaharu, Zizi memaklumkan dia baru sahaja melancarkan lagu berjudul Siapa Yang Bap Bap.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan DJ Fuzz bersama Musikwa serta lirik oleh Waris dan Aziquebeats.

"Alhamdulillah, sambutan peminat terhadap lagu ini sangat baik, ia menerima maklum balas positif di laman Youtube sejak dilancarkan pada 6 Oktober lalu.

"Lagu ini agak berbeza dengan lagu-lagu nyanyian saya sebelum ini kerana bunyinya lebih rancak dan lirik lebih mendalam.

"Ia berkaitan kehidupan sekeliling kita, bagaimana kita berdepan dengan orang yang bermuka-muka dan haters," katanya. -mstar

Tupai Ada 'Payudara' Besar Tular Di Media Sosial

Pengguna media sosial di Jepun 'jatuh cinta' dengan seekor tupai di sebuah taman haiwan kerana mempunyai 'aset yang besar'.

Seorang pengguna Twitter berkongsi gambar haiwan terbabit dan menganggap ia 'sangat seksi'.

Jenaka itu diterima ramai dan foto tersebut telah dikongsi lebih 45,000 pengguna.

Tupai dengan 'payu dara besar' itu boleh ditemui di sebuah zoo di Taman Inokashira di Tokyo.

Ada sebahagian daripada pengguna menganggap ia sebagai Clarice dalam dunia sebenar yang merupakan watak tupai betina yang menjadi kegilaan dalam filem Chip and Dale.

Difahamkan, tupai tersebut merupakan maskot zoo berkenaan. -Daily Mail

Vivy Yusof Selamat Bersalin, Namakan Anak Bongsu Sarah Ilham Shah

Usahawan terkenal dan pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, 30, telah selamat melahirkan bayi bongsunya.

Menerusi kemas kini akaun Instagram suami Vivy, Fadzarudin Shah Anuar, keadaan Vivy dan bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan stabil.

Malah, pasangan itu turut mengumumkan nama anak perempuan mereka, Sarah Ilham Shah.

"Alhamdulillah. Thank you for all your prayers. Mommy is doing well and big brother and sister are still on their way to meet Sarah Ilham Shah," tulis Fadza bersama sekeping foto hitam putih.

Alhamdulillah. Thank you for all you prayers. Mommy is doing well and big brother and sister are still on their way to meet Sarah Ilham Shah. #sarahilhamshah

Fadza terlebih dahulu memuat naik gambar dia menemani Vivy di hospital menerusi Instastory.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.

Gara-Gara Fatin Afeefa Posing Berskirt Seksi Ketika Main Golf

Selebriti Fatin Afeefa bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, nampaknya dia juga seperti berkebolehan bermain sukan golf.

Terbaru, pelakon drama Monalisa itu telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen bertanyakan soalan kepada netizen.

“Jap, fikir jap. Nak rembat bola golf ke rembat kepala you eh?,” tulisnya.

Susulan itu, gambar tersebut telah mendapat ratusan respon terhadap kapsyen pelakon berusia 24 tahun itu.

Tidak kurangnya, ada juga netizen yang memuji kejelitaan janda muda yang mempunyai dua orang cahaya mata itu.

Anugerah AMAs: Taylor Swift Menang Besar

Anugerah Muzik Amerika 2018 (AMAs) menyaksikan mendiang 'rapper' XXXTentacion dianugerahkan Album terbaik Soul/R&B' untuk albumnya '17.'

Dia berjaya mengalahkan dua pesaing terhebat iaitu SZA dan juga Khalid bagi kategori tersebut.

XXXTentacion atau nama sebenarnya Jahseh Onfroy telah dibunuh dalam satu kejadian cubaan merompak yang berlaku di Broward County, Florida, Jun lalu ketika dia berusia 20.

Sejak kematian penyanyi rap tersebut Ibunya, Cleopatra Bernard, sentiasa berhubung bersama dengan peminat-peminat mendiang anaknya itu di media sosial.

Bernard yang menerima anugerah itu berkata dalam sebak, "Saya rasa bertuah untuk menerima anugerah ini mewakili anak saya.

"Saya ingin berterima kasih kepada AMAs, peminat mendiang, dan semua yang membuatkan ini menjadi kenyataan. Terima kasih semua, saya amat menghargainya."

Pada malam tersebut juga, sensasi popTaylor Swift berjaya membawa pulang empat anugerah utama iaitu anugerah Artis Wanita Pop/Rock Pilihan , Album Pop/Rock Pilihan menerusi Album "Reputation", Konsert Jelajah Popular dan juga dinobatkan sebagai Artis Popular keseluruhan.

Cardi B dan juga Drake antara yang mendapat percalonan terbanyak iaitu sebanyak lapan percalonan bagi AMAs 2018.

Cardi B berjaya membawa pulang tiga anugerah iaitu anugerah Penyanyi Rap/Hip Hop terbaik, Lagu Rap/Hiphop Terbaik dan juga Lagu Soul/R&B terbaik menerusi lagu duet Finesse bersama Bruno Mars.

Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs ) yang berlangsung di Panggung Microsoft, Los Angeles dihoskan Tracee Ellis Ross.

Berikut merupakan keputusan penuh keputusan Anugerah Muzik Amerika 2018 (AMAs):

ARTIS POPULAR
Taylor Swift

ARTIS BARU POPULAR
Camila Cabello

KOLABORASI POPULAR
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"

KONSERT JELAJAH POPULAR
Taylor Swift

MUZIK VIDEO POPULAR
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"

ARTIS SOSIAL PILIHAN
BTS

ARTIS LELAKI POP/ROCK PILIHAN
Post Malone

ARTIS WANITA POP/ROCK PILIHAN
Taylor Swift

DUO ATAU KUMPULAN POP/ROCK PILIHAN
Migos

ALBUM POP/ROCK PILIHAN
Taylor Swift, 'reputation'

LAGU POP/ROCK PILIHAN
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"

ARTIS LELAKI COUNTRY PILIHAN
Kane Brown

ARTIS WANITA COUNTRY PILIHAN
Carrie Underwood

DUO ATAU KUMPULAN COUNTRY PILIHAN
Florida Georgia Line

ALBUM COUNTRY PILIHAN
Kane Brown, "Kane Brown"

LAGU COUNTRY PILIHAN
Kane Brown, "Heaven"

ARTIS RAP/HIP-HOP PILIHAN
Cardi B

ALBUM RAP/HIP-HOP PILIHAN
Post Malone, "beerbongs & bentleys"

LAGU RAP/HIP-HOP PILIHAN
Cardi B "Bodak Yellow (Money Moves)"

ARTIS LELAKI PILIHAN SOUL/R&B LAGU PILIHAN
Khalid

ARTIS WANITA PILIHAN SOUL/R&B
Rihanna

ALBUM PILIHAN - SOUL/R&B
XXXTENTACION "17"

LAGU PILIHAN SOUL/R&B
Bruno Mars & Cardi B "Finesse"

ARTIS PILIHAN - ALTERNATIF ROCK
Panic! At The Disco

ARTIS PILIHAN - KONTEMPORARI DEWASA
Shawn Mendes

ARTIS PILIHAN - LATIN
Daddy Yankee

ARTIS KONTEMPORARI BERPENGARUH PILIHAN
Lauren Daigle

ARTIS ELECTRONIC DANCE MUSIC (EDM) PILIHAN
Marshmello

RUNUT BUNYI PILIHAN
Black Panther

'Untunglah Ada Orang Gaji!' - Kapsyen Isteri Aliff Syukri Dikecam Netizen

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi sekeping foto yang telah mengundang kecaman netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara kapsyen yang ditulis Shahida menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pengikut di media sosialnya.

"Shahidadherbs zaman sekarang jadi wanita ni mmg penuh cabaran kan, kerja, jaga.

Rata-rata komen yang ditinggalkan mengecam Shahida kerana menyamakan tugasnya sebagai seorang wanita bekerjaya seperti wanita-wanita lain.

"@adelinemag09: Orang gaji sampai 5-6 orang kot! Tukang kebun driver lagi. Tak tau mana datang semangat konon! Jangan nak samakan dengan ibu-ibu yang bekerja tapi takde maid dekat rumah! Semua kena buat sendiri."

"@spray_tudung: Lagi mencabar kalau takde maid."

"@yusoffmeen: Sekurang-kurangnya datin ada ramai bibik..Takde la penat sangat ka..Saya ni anak 5 semua orang jaga sendiri..Mana dengan kerja..Balik rumah buat semua kerja-kerja rumah pulak..Penat memang penat tapi berbaloi bila tengok anak masuk universiti..alhamdulillah."

"@moq1212: Untung la datin..Ade orang gaji..Penat pun takpa..Tak terkejar-kejar."

"@eiya_zaza: Datin untung lah ada orang gaji."

Namun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif di ruangan entri tersebut.

"@junainah14: Betul tu nak bahagia kan keluarga, dan niat nak membantu meringankan apa yang digalas oleh suami."

"@nurulsyazwani1460: Betul tu datin kadang tak sangka boleh ada kekuatan tu tapi anak memang sumber kekuatan kita."

"@fatehahfattah: Kagum dengan datin yang sangat pandai membahagikan masa dan sangat kental emosinya...Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah."

"@lazz_anis_syed: Betul datin setuju sangat..Kalau sakit sekali pun badan jadi macam sihat juga semuanya untuk keluarga tersayang."

"@azizahadnan_: Setuju datin! Women are strong. Insyaallah Allah menjaga dan merahmati kita semua."

Jumpa Pakar Psikiatri Bukan Bermakna Gila

Berjumpa pakar psikiatri bukan sesuatu yang memalukan. Itu nasihat bekas pesakit yang mahu masyarakat mengubah stigma terhadap penjagaan kesihatan mental.

Seperti mana penyakit fizikal, masalah kesihatan mental perlu dikesan awal, seterusnya diberi perhatian dan rawatan sewajarnya.

Nur Zaimah (bukan nama sebenar) baru berusia 21 tahun ketika didiagnosis mengalami masalah mental.

Selain faktor keturunan, tekanan yang dihadapi semasa belajar juga menjadi antara penyebab kepada perubahan personaliti dan pemikirannya ketika itu.

"Saya disahkan mengalami masalah mental pada tahun 2009, ketika sedang menuntut di sebuah universiti swasta.

"Apa yang berlaku ketika itu, daripada segi perwatakan saya boleh rasa diri saya berbeza daripada sebelumnya.

"Saya juga bermasalah untuk tidur, malah pernah tidak tidur selama berhari-hari.

"Sampai ke satu tahap, saya ada terfikir untuk bunuh diri. Ini pemikiran biasa bagi mereka yang mengalami masalah mental.

"Dari situ saya sedar, saya perlu dapatkan bantuan," katanya yang kini berkhidmat sebagai sukarelawan Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA).

Enam tahun lamanya dia perlu mengambil ubat-ubatan yang membantu mengawal emosi, sehingga kini Nur Zaimah menyifatkan dirinya sebagai pesakit yang masih dalam proses penyembuhan.

"Stigma masyarakat, jumpa pakar psikiatri itu gila. Ia tanggapan yang salah tetapi dalam masa yang sama kita tidak perlu malu kerana apa yang kita lakukan adalah berusaha untuk kembali sihat dan menjalankan tanggungjawab kita.

"Abaikan kata-kata orang," tambahnya yang mengakui sudah semakin tenang menjalani kehidupan.

Hidup bebas tekanan itu mustahil, namun wanita berusia 30 tahun ini ada nasihat untuk menangani tekanan dengan baik.

"Kalau kita asyik fikir apa yang orang cakap, memang kita akan sentiasa tertekan. Apa yang penting, kita tahu apa siapa kita dan peranan kita.

"Fokus kepada kehidupan bertuhan. Itulah sebenarnya kunci kepada kesihatan, bukan sahaja mental, tetapi fizikal juga," ujarnya. -astroawani

Natasha Hudson Bercerai Kali Ketiga!

Pelakon Natasha Hudson mengakui sudah bercerai dengan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal secara baik pada tahun ini.

“Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik.

“Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami.

“Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu,” katanya sepertimana dipetik daripada portal Harian Metro.

Natasha diminta mengulas selepas dakwaan dirinya sudah bercerai diperkatakan netizen di laman sosial ketika ini.

Ia susulan dari status yang dimuat naik Natasha di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu yang mencetuskan spekulasi ramai berhubung perceraiannya itu.

“Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa.

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang,” katanya lagi.

Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

14 Produk Kosmetik Dikesan Ada Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 14 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Antara produk tersebut ialah Diamond Gold Skin Care (Day/Night Cream), Alora Night Glowing Cream, Karisma Nightcream Kunyit, Seputih Melati Night Cream Whitening, Majaja Serum Channtiq, SYMA Magical Serum, Khumaera Moistskin Cleanser dan Bao Shu Tang Snow Lotus Cream.

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan, Selasa (9/10/2018).

Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi atau depigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultraungu berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit," kata beliau.

Beliau berkata produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan kedutan.

Penggunaan tanpa pengawasan di bahagian kulit yang disapu akan menyebabkan kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Beberapa produk kosmetik dicampur palsu dengan diphenhydramine bertujuan untuk memberikan kelegaan sementara bagi kegatalan dan kesakitan akibat gigitan serangga, selaran matahari yang ringan dan kerengsaan kulit.

Penggunaan diphenhydramine tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh menyebabkan kesan alahan teruk.

Manakala bagi produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri pula, beliau berkata ia boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk-produk kosmetik tersebut diberi amaran supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. -bernama

Ayat Berlian Palsu Dijaja Aishah Musnahkan Semua Bisnes Vida

Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menuntut penyanyi Aishah supaya membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan 'berlian palsu' terhadap barang kemas yang dihadiahkan kepadanya semasa menjuarai Gegar Vaganza (GV4).

Beliau berkata perkataan 'berlian palsu' itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya.

"Mula-mula Aishah kena minta maaf dok royak (cakap) palsu-palsu mengenai berlian tapi saya bagi berlian sahaja ke? Tak. Rantai emas putih lepas tu 'sapphire' dan seluruh barangan kemas itu dikatakan palsu.

"Dahlah bagi perkataan palsu, awak tahu tak impak tu habis rosak keseluruhan bisnes saya terutama kedai emas saya terjejas teruk.

"Tak pasal-pasal sebab satu perkataan itu habis rosak susu sebelanga. Jumlah kerugian sales merudum 70 peratus, merudum kedai emas saya termasuk produk-produk saya," katanya pada sidang media.

Dalam pada itu, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) turut mengajak Aishah untuk bersemuka bagi menjernihkan kemelut antara mereka.

"Kita jumpa dekat mana-mana. Tak kisah saya jumpa dia atau dia jumpa saya.

"Saya terbuka nak jumpa dia bila-bila masa, nak jumpa malam ini ke esok ke saya ok," katanya.

Vida turut menuntut Aishah supaya memadam segala kenyataannya berkaitan 'berlian palsu' itu di media sosial.

"Buang perkataan palsu itu. Penterjemahan awak lain, penterjemahan saya lain. Saya keluar 'pitih' (duit), awak hanya menerima rantai itu," katanya.

Ketiga-tiga perkara itu merupakan tiga tuntutan Vida yang difailkan terhadap Aishah menerusi peguamnya, Zailan Mohamed.

Tuntutan tersebut sudah dihantar kepada peguam Aishah melalui satu surat yang dihantar pada Selasa.

Menurut Vida, jika Aishah sanggup menunaikan tiga tuntutan tersebut, beliau bersedia memohon maaf kepada penyanyi tersebut.

Malah, katanya beliau akan mempertimbangkan untuk menggantikan rantai berlian tersebut dengan barang kemas lain.

"Kita akan pertimbangkan dengan barang kemas yang sama nilai berdasarkan penilaian saya," katanya.

Sementara itu, Zailan berkata jika Aishah masih enggan mengadakan pertemuan, kes tersebut akan diselesaikan di mahkamah.

"Kita dah hantar surat bertarikh 9 September, hari ini. Dia ada tempoh tujuh hari untuk jawab.

"Jika tak selesai juga, kita selesaikan di mahkamah," katanya.

Datuk Vida Tidak Perlu Rendahkan Martabat Artis Lama

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) terkilan dengan kenyataan dikeluarkan pengasas kosmetik Datuk Seri Vida yang mengatakan penajaan program Gegar Vaganza dibuat bagi menaikkan artis 'tidak laku' atau 'artis sendu'.

Presidennya Datuk Freddie Fernandez berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan gara-gara perbalahan antara usahawan itu dengan Juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah.

“Individu seperti Datuk Seri Vida yang merupakan usahawan berjaya memang diperlukan oleh dunia hiburan bagi memberi sokongan modal melalui penganjuran acara ataupun rancangan.

“Namun bukan bermakna beliau boleh melakukan apa saja atau mengeluarkan kata-kata yang bersifat merendah-rendahkan martabat para artis tanah air sebagaimana yang dilafazkan baru-baru ini,” katanya.

Melalui sebuah portal, Vida mengaku tidak berniat untuk mempermainkan artis yang menyertai pertandingan nyanyian terbitan Astro itu.

Sebaliknya Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata beliau ingin membantu menaikkan martabat 'artis-artis sendu'.

Kenyataan Vida itu dikeluarkan selepas Aishah mempertikaikan hadiah barangan kemas diterimanya yang diuar-uarkan bernilai RM80,000, yang didakwa tidak tulen.

Pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin itu melalui peguamnya Mohammad Izwan Azmi memberi tempoh tujuh hari bermula 5 Oktober lalu untuk Vida menggantikan hadiah rantai berlian asli yang mempunyai nilai setara RM80,000.

Selain itu, penyanyi Janji Manismu itu juga menuntut Vida membuat permohonan maaf berhubung isu terbabit secara terbuka.

Diselesaikan cara baik

Dalam pada itu, Freddie mengingatkan Vida, bahawa melalui pembabitannya dalam program televisyen seperti Gegar Vazanza membantu melariskan jualan produk-produknya.

Katanya, KARYAWAN amat mengharapkan agar isu terbabit dapat diselesaikan secara baik di antara mereka, malah persatuan itu bersedia menjadi orang tengah seandainya diperlukan.

Menurutnya, isu berkenaan tidak seharusnya timbul kerana kedua-dua individu yang sedang berkonflik itu memiliki legasi tersendiri.

“Aishah merupakan senior industri yang mempunyai banyak jasanya serta amat dihormati manakala Datuk Seri Vida pula seorang hartawan dan usahawan yang berjaya.

“Alangkah indahnya jika isu yang timbul dapat diselesaikan secara kekeluargaan demi mengelakkan dari terkeluarnya pelbagai kenyataan kontroversi yang tidak bersesuaian dan beremosi.

“Perbalahan seperti ini akhirnya hanya mengguris hati pelbagai pihak, sekali gus memberi impak negatif kepada diri masing-masing,” katanya.

Aishah Beri Datuk Vida 1 Minggu Selesai Isu Rantai Berlian Palsu!

NAMPAKNYA kemelut antara Aishah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida terus berpanjangan apabila penyanyi itu memberi tempoh tujuh hari kepada Vida berhubung hadiah barang kemas didakwa palsu selain permohonan maaf.

Aishah menerusi peguamnya Mohammad Izwan Azmi, berkata, ahli perniagaan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang dihebohkan selepas Aishah menjuarai Gegar Vaganza musim keempat.

"Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini. Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.

"Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut," ujarnya.

Aishah mengadakan sidang media khas untuk menuntut haknya daripada Datuk Vida.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu ini bersama peguamnya ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambahnya, tindakan undang-undang akan diambil jika usahawan berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari yang diberikan.

Sementara itu, Aishah berkata, dia juga menolak jemputan untuk hadir pada minggu kedua Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bagi menyelesaikan isu berkenaan seperti dicadangkan pihak Astro.

Kata Aishah, pentas nyanyian tersebut bukan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan itu.

"Saya dapat jemputan rasmi untuk hadir pada minggu ini GV5 tapi saya tidak akan hadir berikutan pentas nyanyian bukan tempat yang sesuai untuk selesaikan isu itu.

"Mungkin penaja baru iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menganggap perkara itu kecil dan saya anggap ia seperti memperlekehkan isu ini sahaja.

"Ia hanya berkaitan 'rating' sahaja, perkara itu tidak boleh selesai dalam tempoh dua tiga minit siaran langsung itu," katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, tindakan yang dilakukan ini adalah bagi menyedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis untuk kepentingan mereka.

"Kalau saya tidak bercakap dan menuntut keadilan ini sampai bila artis ingin ditipu dan dibuli? Ramai yang melalui perkara sama tapi hanya berdiam diri," ujarnya.

Pada 25 Ogos lalu, Aishah mendedahkan masih belum menerima hadiah tersebut selain mendakwa barangan kemas tajaan usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

Bagaimanapun hadiah lain seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterimanya.

Awie Diperintah Bayar Ganti Rugi RM80,000 Kepada Rozana

Penderitaan yang ditanggung bekas isteri Datuk Awie iaitu Rozana Misbun akibat dipukul penyanyi rock itu empat tahun lalu terbalas apabila beliau menerima ganti rugi berjumlah RM80,000 dalam saman sivil terhadap artis itu.

Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.

Rozana diwakili oleh peguam Ahmad Fakhri Abu Samah sebagai peguam utama serta Azlan Abd Roni, Muhammad Azwar Ab Manab dan Nasyrah Ezzan Ali.

Rozana membuat permohonan saman sivil terhadap Awie pada 4 Mei tahun lalu.

Azlan Abd Roni menjelaskan bahawa saman sivil yang difailkan oleh Rozana adalah untuk perbuatan tort hentaman (battery) atau pukul yang telah dilakukan oleh Awie selaku defendan kes itu pada 2 Jun 2014 di beberapa kawasan termasuk di kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Saman sivil yang telah difailkan oleh Rozana bertujuan menuntut ganti rugi untuk kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Rozana yang mana antaranya adalah keretakan pada bahagian tulang rusuk ke sembilan dan ke-sepuluh, lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri, lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung.

Ini termasuk penderitaan dialami Rozana antaranya luka, lebam, sakit, kesengsaraan dan kesukaran untuk bernafas termasuk kos rawatan di hospital dan juga malu yang terpaksa ditanggung oleh Rozana iaitu bekas isteri defendan berakibat daripada perbuatannya.

Rozana bersama dua anak bawah jagaannya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 10, dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Pada 7 Mac 2016, vokalis kumpulan Wings itu dilepaskan daripada pertuduhan jenayah mencederakan Rozana, 40, oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.

Sebelum itu, pada 4 Julai 2014, Awie, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Rozana yang ketika itu isterinya di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014 di Mahkamah Majistret Ampang.

Penyanyi itu turut sekali lagi didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.