Petisyen Desak BTS Dibubarkan Kerana Sombong

Seramai 3,500 orang telah menandatangani petisyen bagi mendesak kumpulan Kpop terkenal BTS dibubarkan.

Koreaboo melaporkan petisyen itu diwujudkan ekoran sikap anggota kumpulan itu yang semakin sombong selepas berjaya mencipta nama di seluruh dunia.

Malah ada yang tidak berpuas hati apabila mereka bakal mendapat pengecualian bagi menyertai latihan ketenteraan kerana telah mengharumkan nama Korea Selatan di mata dunia menerusi muzik mereka.

Isu pengecualian menyertai tentera menjadi perdebatan hebat dalam kalangan rakyat Korea Selatan yang merasakan ia tidak perlu dilakukan.

Kerajaan negara itu mencadangkan pada Julai lalu agar pengecualian itu diberikan kepada selebriti berpengaruh dan BTS bakal menjadi kes pertama seumpamanya.

Bagaimanapun, petisyen itu masih jauh daripada sasaran iaitu 200,000 tandatangan selain peminat setia BTS pula memulakan kempen bagi menentang pembubaran kumpulan itu. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon