Pelakon Natasha Hudson mengakui sudah bercerai dengan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal secara baik pada tahun ini.
“Saya sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik.
“Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami.
“Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu,” katanya sepertimana dipetik daripada portal Harian Metro.
Natasha diminta mengulas selepas dakwaan dirinya sudah bercerai diperkatakan netizen di laman sosial ketika ini.
Ia susulan dari status yang dimuat naik Natasha di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu yang mencetuskan spekulasi ramai berhubung perceraiannya itu.
“Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa.
“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang,” katanya lagi.
Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon