Syazwan Zulkifly ‘Kembar’ Arwah Adik Adam Rayqal

TINDAKAN pelakon Syazwan Zulkifly memuat naik gambarnya ketika bayi yang dicantum dengan foto Allahyarham adik Adam Rayqal Mohd Sufi yang ditemui mati di rumah pengasuhnya pada Selasa lalu mendapat perhatian pengikutnya.

Syazwan menerusi kapsyen gambar itu menjelaskan dia memuat naik gambar itu selepas ramai kenalan dan ahli keluarganya mengatakan wajah mereka mempunyai iras.

"Ramai kenalan dan ahli keluarga saya mengatakan wajah arwah adik Adam Rayqal iras-iras wajah saya masa kecil.

"Takziah buat keluarga Allahyarham adik Adam. Semoga kuat menghadapi dugaan Allah ini," tulisnya.

Perkongsian sejak malam Khamis itu sehingga kini mendapat hampir 17,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya bersetuju wajah mereka mempunyai persamaan terutama pada bahagian mata dan mulut.

Malah ramai merasakan sekiranya Adam dewasa wajahnya pasti mirip dengan Syazwan.

"Pertama kali tengok ingatkan dua-dua foto Allahyarham baby Adam. Memang mirip. Mungkin bila dia dah besar dia jadi syazwan junior. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkannya.

"Paling sama pada bahagian mata dan mulut. Al-Fatihah buat baby Adam," katanya.

Sementara itu, Syazwan berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab terhadap kematian bayi malang itu akan diberi hukuman setimpal atas perbuatannya.

Katanya lagi, besar harapannya agar kes tidak berperikemanusian seperti itu tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi pada arwah, saya berharap mereka dihukum setimpal dengan apa yang mereka lakukan.

"Harapan saya, jangan ada lagi perkara yang tiada kemanusian seperti ini berlaku di negara kita ataupun di mana-mana.

"Yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal fikiran. Al-Fatihah untuk adik Adam Rayqal," tulisnya.

Pada malam Selasa lalu, negara digemparkan dengan berita kematian tragis Adam Rayqal yang sebelum itu didakwa hilang selepas diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya ketika berada di rumah pengasuh di Gombak, Selangor.

Namun bayi malang itu ditemui mati dalam keadaan di letakkan pada bahagian tempat pembeku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya.

Mayat bayi berkenaan ditemui dalam keadaan dibalut dengan kain lampin dan disumbat di dalam beg berwarna hijau ketika anggota polis membuat pemeriksaan di rumah tersebut. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon