PENYANYI Shahir mengakui sudah bersedia menjadi ‘bapa segera’ apabila berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira, 44, kelak.
Perkara itu sekali gus mengesahkan hubungan antara Shahir dan Erra yang hangat diperkatakan sejak tiga tahun lalu.
“Alhamdulillah, hubungan saya dengan Engku Aleesya pun okay.
"Malah, dalam kalangan keluarga saya juga, mereka sentiasa mendoakan yang baik-baik agar segala dirancang berjalan lancar dan tidak ada halangan,” katanya kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 30, berkata, belum ada sebarang tarikh perkahwinan ditetapkan selain mengharapkan doa yang terbaik daripada semua orang.
“Kalau bercakap mengenai persiapan hantaran dan sebagainya, memang belum ada.
"Cuma, buat masa sekarang persediaan diri sendiri saja iaitu sudah bersedia menggalas tanggungjawab baru sebagai suami dan ‘bapa segera,’” katanya.
Shahir yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF 8) berkata, dia merancang untuk terus bernikah.
Dalam masa sama, Shahir turut memberi bayangan bakal berkahwin tahun ini juga.
“Sekarang ini memang sudah ada perancangan ke arah itu (kahwin). Cuma belum ada tarikh ditetapkan. Sampai masa nanti saya akan umumkan juga.
“Insya-Allah, tahun ini. Terpulang kepada rezeki. Kalau boleh, nak terus nikah saja dan tidak mahu bertunang,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan Shahir menghantar rombongan meminang Erra pada 1 Syawal lalu, penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini menafikan perkara itu.
“Mana ada, ia hanya kunjungan biasa dan berziarah sempena hari raya. Lagi pula, Erra pun sudah menjawab perkara ini,” katanya.
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon