'Maafkan Saya Janna'

PELAKON, Syazwan Zulkifli menegaskan kritikan dimuat naik di Twitter miliknya, adalah bertujuan agar Janna Nick dapat memperbaiki corak persembahan selaku pengacara program Melodi.

Sewaktu dihubungi, dia bagaimanapun memohon maaf sekiranya perkataan digunakan menguris atau menyakiti hati Janna.

“Saya mengaku kritikan dibuat walaupun tidak menyebut nama tetapi jelas ditujukan kepada Janna. Andai Janna mahupun orang diluar sana berasakan kata-kata saya gunakan itu melampaui batas, saya memohon maaf.

“Tetapi apa saya lakukan itu dengan niat ikhlas agar sebagai pengacara program Janna dapat memperbaiki corak persembahannya.

“Melodi adalah rancangan infotainment popular mampu bertahan lama dan diminati ramai sejak dulu hingga sekarang,” katanya.

Kata Syazwan lagi, kritikan diberi bukan atas dasar mahu memburukkan aktres itu tetapi lebih kepada memperbaiki kekurangan ada.

“Jangan lihat kenyataan saya di laman Twitter itu daripada pelakon kepada pelakon lain atau pelakon kepada pengacara.

"Tetapi lihatlah daripada sudut seorang penonton setia Melodi kepada pengacara mengendalikan program terbabit,” katanya.

Kata Syazwan lagi, dia tiada masalah peribadi dengan Janna malah menyifatkan pelakon utama drama bersiri Dia itu sebagai penggiat seni berbakat besar.

“Jangan salah faham. Saya tidak pernah berselisih faham atau bergaduh dengan Janna. Malah, tidak pernah membencinya.

"Kritikan dan komen saya muat naik semalam selepas menonton program Melodi tiada niat melakukan serangan peribadi,” katanya.

Janna Nick diperkenalkan sebagai pengacara program Melodi baru Januari lalu bersama Ajak Shiro bagi menggantikan Awal Ashaari dan AG yang mengacarakannya selama empat tahun. -hmetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon