Kumpulan Pussy Riot Dipenjara Ganggu Perlawanan Akhir Piala Dunia

MAHKAMAH Moscow menjatuhkan hukuman penjara 15 hari ke atas empat ahli kumpulan Pussy Riot yang melakukan protes dengan memakai uniform polis palsu dan menceroboh masuk ke padang ketika aksi final Piala Dunia, Perancis menentang Croatia.

Pencerobohan ke dalam padang oleh ahli kumpulan pemuzik punk itu pada babak kedua di Stadium Luzhniki memang mengejutkan kerana ia disaksikan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin serta beberapa pegawai tinggi dari seluruh dunia.

Hakim juga mengenakan larangan kepada empat tertuduh itu daripada menghadiri mana-mana kejohanan sukan selama tiga tahun.

Mereka yang terbabit ialah Veronika Nikulshina, Olga Pakhtusova, Olga Kurachyova dan Pyotr Verzilov.

Kurachyova berkata, tindakan yang mereka lakukan itu adalah hak kebebasan bersuara dan mengutuk polisi FIFA iaitu badan induk bola sepak antarabangsa.

"Sayang sekali kami mengganggu pemain," kata Kurachyova kepada pemberita.

"Malangnya FIFA terbabit dengan permainan tidak adil. FIFA berkawan dengan ketua negara yang mengamalkan penindasan, melanggar hak asasi manusia."

Verzilov pula berkata, persembahan mereka itu menunjukkan bagaimana "Kerajaan yang kami gambarkan dalam bentuk polis, mengganggu kehidupan rakyat."

Tiga ahli asal Pussy Riot dipenjarakan pada 2012 kerana melakukan protes terhadap Putin di gereja dan sejak itu mereka menjadi simbol kepada anti-kremlin. -hmetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon