Wany Hasrita Teruja Cuti Panjang

PENYANYI Wany Hasrita melahirkan rasa syukur apabila Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dia berpeluang bercuti panjang.

Jelas pelantun lagu raya Semarak Syawal ini, lebaran tahun ini ada sedikit kelainan yang dapat dikecapinya selain bercuti panjang di kampung halamannya di Bagan Datoh, Perak.

“Alhamdulillah cuti raya tahun ini dapat seminggu. Kalau tahun lepas tak dapat banyak cuti sebab raya pertama dah mula bekerja.

“Sambutan raya sama sahaja macam tahun lepas raikan dengan bersederhana sahaja di mana saya balik kampung.

“Cuma bezanya tahun ini dapat lah tukar perabot, karpet dan tikar baharu di kampung," kata Wany. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon