Giliran As'ad Motawh Mahu Berhenti Menyanyi

SELEPAS penyanyi Haqiem Rusli memberikan bayangan mahu berhenti dari bidang nyanyian baru-baru ini.

Kini giliran penyanyi As'ad Motawh pula membuat kenyataan mahu berhenti.

Kata As'ad Motawh atau nama sebenarnya As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 17, dia akan turut berhenti menyanyi seandainya, apa yang ditulis Haqiem menerusi Instagram itu benar.

"If @HaqiemRusli stops singing i will stop singing as well," Tweet As'ad.

Biarpun kenyataan berani As'ad itu dipuji netizen kerana menyifatkan tindakannya sebagai sokongan moral kepada Haqiem yang juga sahabatnya, bagaimanapun pada masa sama penyanyi popular menerusi lagu Senyum ini dikecam peminatnya.

"Ni lgi seorang nak kasi hati asadnizers hancur kecai kecai," kata salah seorang pengguna Twitter.

"#sahabatduniaakhirat really admire korang nye friendship," Tweet salah seorang pengguna lagi.

"Thank you sebab ade jatuh bangun Haqiem hope you stay," coret peminat. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon