Mana Duit Raya Anak, tanya Elly Mazlein

PENYANYI Elly Mazlein menuntut wang perbelajaan untuk persiapan hari raya anak mereka daripada bekas suaminya, Azmi Hatta.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, memuat naik status pertanyaan yang ditujukan kepada Azmi di laman Instagramnya.

"Azmi Hata, dekat nak raya ni. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi.

Elly memuat naik pertanyaan yang ditujukan kepada Azmi di laman Instagramnya.

"Takkan persiapan raya pun tak nak bagi," kata Elly.

Kata Elly lagi, suami kepada aktres Faye Kusairi itu kini mempunyai syarikat produksi sendiri namun kononnya masih mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka.

Pelakon drama Teratai Kemboja ini turut mengingatkan Azmi supaya jangan bersikap kedekut dengan darah daging sendiri.

"Dah buka production house, mewah sekarang tapi tanggungjawab pada anak pula diabaikan.

"Sempit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri," ujarnya.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Azmi untuk mendapatkan kenyataan tidak berjaya.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016.

Azmi dan isterinya, Faye baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 12 April lalu.

Elly mendakwa sehingga kini Azmi kononnya masih tidak menjalankan tanggujawab membayar nafkah anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Pada 21 Mei lalu, Elly meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka.

Dia turut mendedahkan pengarah drama itu kononnya masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
June 12, 2018 at 10:12 AM delete

Kak lin ni pun, agak-agakle, azmi tu nak bayar superbike dia bulan-bulan dah berapa ratus, servis motor tu, tayar dia, semua sekali tu, banyak duit nak pakai kak lin.(moralnya, superbike didahulukan, anak dan bekas bini diabaikan)

Reply
avatar

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon