Dituduh Pengkhianat India, Priyanka Chopra Mohon Maaf

BINTANG drama Quantico, Priyanka Chopra membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyentuh sentimen pengganas India dalam salah satu episod drama itu.

"Saya memohon maaf atas sentimen yang dipaparkan dalam episod terbaharu Quantico.

"Saya tidak akan dan tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan ini dan saya benar-benar memohon maaf.

"Saya berbangga menjadi warganegara India dan tidak akan sesekali berubah," tulisnya di laman sosial Twitternya.

Episod The Blood if Romeo yang ditayangkan pada awal Jun lalu menyaksikan Priyanka yang melakonkan watak Alex Parrish, seorang ejen FBI yang cuba menghalang seorang pengganas dari India dan secara tidak langsung mengungkit sejarah lampau dengan negara Pakistan.

Kandungan episod drama itu telah mencetuskan ketengangan di media sosial dan hingga ada yang menyifatkan penerbit drama itu kurang sensitif.

Sehubungan itu, ABC Studuios dan penerbit Quantico turut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Quantico kini memasuki musim ketiga dan difahamkan musim terakhir tayangan drama bersiri popular itu.

ABC mohon maaf adegan pengganas Hindu dalam 'Quantico'

Studio televisyen Amerika Syarikat (AS) ABC telah mengekuarkan permohonan maaf kepada peminat drama Quantico dari negara India, selepas salah satu episod memaparkan kumpulan nasionalis India cuba menyalahkan Pakistan atas insiden serangan keganasan.

Plot berkaitan aktiviti pengganas itu mencetuskan kemarahan terhadap aktres Bollywood, Priyanka Chopra, yang memainkan watak utama dalam siri itu.

“Episod itu telah menjentik pelbagai emosi, kebanyakannya secara tidak adil ditujukan kepada Priyanka Chopra, yang bukan penulis skrip mahupun pengarahnya,” ujar kenyataan ABC.

Chopra, 35, yang mula mencipta nama dalam dunia Bollywood India, disanjungi kerana kemampuannya memanjangkan kerjaya di Hollywood.

Dalam siri Quantico, Chopra memegang watak sebagai ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang beralih menjadi ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Selepas episod kontroversi itu disiarkan, Priyanka berdepan dengan serangan dan kritikan dalam talian dari India, dengan sesetengahnya menyeru memboikot aktres itu dan semua produk yang diwakilinya.

Sementara itu, ada pihak yang mahu kerajaan India memadamkan adegan melibatkan watak Chopra menunjukkan seutas rantai manik Hindu sebagai bukti bahawa suspek yang mahu meledakkan bom di New York adalah seorang nasionalis India.

“Mitos pengganas Hindu, sebuah cerita palsu, memasuki televisyen Amerika, dengan ‘bantuan’ Priyanka Chopra.

"Adakah ada sebarang aktres yang mengkhianati Pakistan atau Islam, sama seperti dia mengkhianati India dan Hindu?” ujar seorang cendekiawan Hindu yang berpangkalan dari Amerika Syarikat, David Frawley.

ABC, dalam kenyataannya memberitahu, Chopra tiada kena-mengena dalam penghasilan jalan cerita siri itu.

"Rancangan itu memaparkan antagonis dari pelbagai etnik dan latar belakang, namun dalam kes ini kami sangat kecewa kerana ia sudah melibatkan isu politik rumit.

Kami tidak bermaksud untuk mencetuskan kemarahan sesiapa,” kata ABC dalam kenyataan tersebut pada Jumaat. -astroawani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon