Ude Tegur Intan Asyik Muat Naik Status Anak Di Media Sosial

SUAMI kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid menegur bekas isterinya, Intan Liana Saleh di Instagram miliknya.

Menurut Ude, dia berharap Intan berhenti daripada memuat naik status mengaitkan anak mereka di media sosial kerana posting berbaur simpati itu akan menimbulkan kemarahan netizen terhadap dirinya.

“Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta 'makcik bawang' buat dosa banyak-banyak.

“Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian.

"Segala bagai, kerana apa? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!” tulisnya.

Tambah lelaki berusia 30 tahun ini, dia terpaksa menegur di laman sosial selepas tegurannya sebelum ini tidak diendahkan bekas isterinya itu.

Katanya, teguran secara terbuka itu mungkin membuat Intan lebih faham dan untuk kebaikan semua pihak.

“Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni.

"Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa.

“Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak,” katanya.

Malah pemuzik bebas itu turut meminta masyarakat berhenti mencaci dirinya.

“Cukup-cukuplah bulan baik ni tak payah nak maki-maki mencabar kesabaran orang.

"Banyak kerja lebih baik korang boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun, status tersebut sudah dipadamkan selepas hampir sejam dimuat naik.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu. -astroawani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon