11 Perkara Menarik Tentang Elizabeth Tan

PENYANYI Elizabeth Tan, kini telah turut melebarkan sayap dalam bidang lakonan, malah kini lakonan adalah keutamaannya.

1. Elizabeth Tan atau nama lengkapnya Elizabeth Tan Su Mei merupakan selebriti kelahiran Kuala Lumpur dan mesra disapa sebagai Lizzy.

2. Lizzy merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Andrew Tan merupakan bekas peserta Malaysian Idol musim pertama.

3. Sebelum dikenali ramai, Lizzy sering memuat naik video di laman YouTube yang menyaksikannya menyanyikan kembali lagu-lagu penyanyi popular tanah air dengan petikan Ukulele termasuk lagu Havoc yang berjaya menarik perhatian ramai.

4. Lizzy kemudiannya memilih untuk menjadi artis di bawah label Faithful Music, milik Faizal Tahir dan menghasilkan EP pertamanya, Maafkan Aku (2014).

5. Knock Knock (2014) merupakan lagu pertama yang memperkenalkan nama Lizzy dalam industri muzik tanah air. Diikuti lagu Setia (2015) dan Tabah (2016), Darling (2017).

6. Selain tampil dengan lagu-lagu Melayu, Lizzy juga menghasilkan single berbahasa Inggeris, Are You Leaving Now, hasil ciptaan Audi Mok dan liriknya tulisannya sendiri.

7. Lakonan pertama Lizzy menerusi filem komedi Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium (2015), arahan Mamat Khalid. Diikuti dengan filem Busker (2018).

8. Pada tahun 2017, Lizzy kembali aktif dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa buah drama seperti My Darling, Inspektor Daniel, Mencintaimu Mr Photographer, Gerak Khas dan lain-lain.

9. Lizzy bakal tampil dengan filem keduanya, Misteri Dilaila, arahan Syafiq Yusof yang menyaksikan gandingannya dengan aktor popular Zul Ariffin.

10. Bakat nyanyiannya turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik (2015).

11. Turut berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan pernah mengacarakan acara Festival Filem Malaysia ke-29 bersama-sama Zizan Razak, Elizad Sharifudin dan Thanuja Ananthan. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon