PENGARAH dan pelakon Erma Fatima tidak terlintas untuk mencari teman hidup selepas rumah tangga yang dibina bersama Bade Azmi berkecai tahun 2017 lalu.
Menyifatkan tiada individu mahu mendekatinya, Erma tidak peduli melayari hidup sebagai ibu tunggal bersama kelima-lima anaknya.
"Saya sudah tua, tak ada sesiapa yang berani dekat. Susah untuk mula balik dan nak faham orang baharu.
"Cukuplah ada anak-anak sebagai peneman kerana merekalah syurga hidup saya sekarang. Saya tidak mahu menyusahkan diri cari pengganti kerana bukan senang mencari orang yang memahami.
"Setakat ini, tiada mana-mana lelaki pun yang berani mendekati," katanya ketika ditemui pada satu acara di damansara baru-baru ini.
Erma dan Bade berkahwin pada 30 November 1991 dan mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 16, dan Nurain, 12. -aa
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon