Saharul Ridzwan Jual Tudung Labuh Patuh Syariah

PELAKON Saharul Ridzwan mengakui jadual kerja pada bulan Ramadan tahun ini agak sibuk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kesibukan itu bukan hanya kerana komitmennya kepada dunia lakonan, tetapi pelakon Kau Aku Kita ini juga sibuk dengan perniagaan tudung yang baharu dusahakan pada awal Ramadan lalu.

Menariknya tudung berlabel Qaabila yang diambil bersempena nama isterinya, Qaabila Deena Emir ini, bukanlah tudung yang mengutamakan fesyen sebagaimana yang sedia ada di pasaran, tetapi merupakan tudung labuh yang patuh syariah.

“Ketika mula berbincang untuk buka bisnes isteri saya cenderung untuk jual kosmetik.

"Namun saya fikir saya nak buat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai secara keseluruhannya.

“Jadi idea jual tudung tu datang, namun bukan tudung biasa yang sudah berlambak di pasaran tetapi tudung labuh.

“Isteri tanya saya, dapat sambutan ke nanti kalau jual tudung yang tak fesyen.

"Namun saya katakan pada dia, saya yakin ada yang mahu membeli kerana ia tudung labuh yang patuh syariah,” kata Saharul.

Keyakinan itu terbukti apabila pada hari pertama tudung tersebut dilancarkan menerusi jualan atas talian, ia habis terjual dalam masa tidak sampai satu jam.

“Pada hari pertama saya hanya ada 70 helai tudung sahaja sebagai permulaan, namun tak sangka sambutan yang diterima sangat luar biasa.

“Bayangakan dalam masa tidak sampai satu jam, lebih 500 mesej masuk untuk order.

"Saya dan isteri memang sangat terkejut dengan sambutan yang diterima.

“Kami anggap ia sebagai permulaan yang baik dan sekarang aktif melibatkan diri dengan membuak booth di acara-acara jualan bersempena Ramadan dan Aidilfitri,” kata Saharul.

Menyentuh tentang penggunaan nama isterinya sebagai jenama tudung, kata Saharul, ia memang kehendaknya sendiri yang mahukan nama itu kekal diwarisi selepas ini.

“Saya melihat potensi dalam perniagaan tudung labuh ini dan mahu ia berterusan bukan hanya pada Ramadan sahaja.

“Saya nak bila saya tiada nanti, nama ini akan diwarisi dan nama perniagaan akan diuruskan serta menjadi milik isteri.

“Jadi amat bertepatanlah namanya saya abadikan sebagai jenama tudung labuh yang kami usahakan ini,” kata Saharul. -sinar online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon