'Hubungan Saya Dengan Janna Nick Okey' - Ayda Jebat

KUALA LUMPUR: Pelakon Ayda Jebat tidak terasa apabila namanya dikaitkan oleh netizen sebagai individu di sebalik pendedahan aktres Janna Nick yang mendakwa ada selebriti bersikap 'plastik' semata-mata untuk mendekatinya.

Ayda sebaliknya menjelaskan dia sendiri tidak tahu menahu mengenai pendedahan Janna itu malah menegaskan hubungan mereka tiada sebarang masalah.

"Saya tidak tahu pun Janna ada bercakap mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu sama ada perlu terasa atau tidak kerana saya tiada kaitan apa-apa kalau orang mengatakan dia bercakap tentang saya."

Ayda memberitahu tidak tahu menahu mengenai luahan Janna.

"Saya rasa tidak, kerana hubungan kami okay sahaja," katanya.

Ayda ditemui pada majlis Previeu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima pada malam Rabu.

Netizen mengaitkan Ayda ekoran dia membuat kemunculan dalam program Melodi pada Ahad lalu sebelum Janna memuat naik luahannya di InstaStory pada sebelah malam hari sama.

Janna bagaimanapun tidak pernah menyebut nama sesiapa dan tidak akan mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, Ayda berkata, ketika membuat kemunculan di Melodi mereka berinteraksi seperti biasa dan tiada sebarang masalah timbul.

Malah kata Ayda, mereka sempat berbincang mengenai produk telefon yang diwakilinya untuk dipromosi dalam program itu memandangkan Janna juga adalah duta untuk jenama lain.

"Semasa di Melodi pun kami seperti biasa sahaja malah sempat buat latihan disebabkan saya perlu mempromosikan jenama telefon yang saya wakili.

"Janna pula tidak boleh mempromosikan jenama itu kerana dia adalah duta untuk jenama lain jadi kami buat latihan agar keadaan tidak kekok ketika siaran langsung.

"Semuanya berjalan seperti biasa sahaja. Sebelum ini pun saya pernah lima ke tujuh kali bertemu dengannya termasuk di rumah penerbit, Sheila Rusly.

"Kami pernah makan bersama malah Janna juga pernah datang ke set penggambaran saya dan saya pun pernah buat perkara sama," jelasnya. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon