Anak pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana dikhabarkan bakal mempunyai sebuah program tv sendiri.
Populariti Lara Alana kini kian memuncak berikutan dia kini sudah berjaya mengumpul sebanyak lebih 1.5 juta pengikut di laman sosial Instagram yang dikendalikan oleh bapanya.
Mengulas lanjut mengenai program tv tersebut, Awal memetik portal Rotikaya berkata, “Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program tv dengan konsep keibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan”.
Awal tidak merasakan ia adalah satu tindakan kurang bagus untuk anaknya didedahkan menerusi kaca televisyen kerana berpendapat peminat boleh melihat sendiri bagaimana caranya Lara dibesarkan oleh kedua ibu bapanya.
“Saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa di luar sana,” katanya lagi.
Sebelum ini, Lara juga pernah didedahkan dengan menghadiri majlis sosial seperti Anugerah Meletop Era yang diadakan pada hujung minggu lalu dan menjadi penyampai anugerah dalam majlis itu.
Kini, kelibat Lara juga boleh ditonton menerusi iklan komersil Yakult yang turut dibintangi oleh kedua ibu bapanya. -Mynewshub.cc

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon