Juara program realiti Akademi Fantasia (AF) yang pertama dari Singapura, Sufi, bukan sahaja kian ligat bertapak sebagai penyanyi di Malaysia, malah kini bergelar tauke restoran sup tulang merah pula.
Restoran milik Sufi sendiri atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid itu yang dikenali sebagai De’ Tulang Merah, terletak di Jalan Kuchai Lama di ibu negara dan sudah dibuka kepada orang ramai sejak seminggu lalu.
Penyanyi berusia 25 tahun itu dilaporkan berkata, beliau sendiri pernah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sebelum menjadi artis sepenuh masa apabila dinobatkan sebagai pemenang AF musim 12 pada 2015 lalu.
Bahkan, beliau sebenarnya minat dengan perniagaan restoran sejak dulu lagi. “Alhamdulillah hasrat itu akhirnya tercapai dan pembukaan restoran berkenaan sebagai persediaan masa depan saya,” katanya kepada mStar Online.
Sufi berkata restoran itu diusahakan dengan rakan kongsinya, Edaman, anggota kumpulan Qanda. Sup tulang merah Singapura sememangnya sudah menjadi tarikan kepada ramai artis Malaysia jika berkunjung ke Singapura.
Antara artis yang sebelum ini dikatakan menjadikan jamuan sup tulang merah sebagai kegiatan wajib kalau berada di Singapura, termasuklah Awie dan Ella. Kedai sup tulang merah yang biasa mereka serbu terletak di Beach Road.
Faktor tarikan populariti dan keenakan warisan makanan sup tulang merah Singapura inilah yang mahu juga dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh Sufi selaku tauke kedai makanan tersebut.
“Jadi selepas ini artis-artis Malaysia tidak perlu lagi bersusah-payah ke sana, kerana di KL pun sudah ada sup berkenaan. Rempah sup tulang merah itu pula memang dibawa khas dari Singapura.
“Insya-Allah kalau tiada komitmen kerja seni, memang saya akan habiskan masa di restoran. Di kedai ini pula, saya tidak menganggap diri ini artis, sebaliknya saya juga boleh jadi pelayan dan juruwang,” jelas Sufi.
Sementara itu, mStar Online melaporkan, Sufi juga bakal tampil dengan album single terbaharunya dalam masa terdekat ini, namun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut. –Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon