Yuna Terkilan, Dihalau Keluar Dari Kedai Mekap Di Pavilion

Rasa macam tak percaya campur simpati tatkala mendengar apa yang diceritakan oleh penyanyi Yuna Zarai tentang pengalamannya ketika membeli-belah di Pavilion, Kuala Lumpur.


Apa tidaknya, hanya kerana ingin memenuhi permintaan peminat untuk bergambar, penyanyi Terukir Di Bintang ini telah diarah keluar ketika berada di sebuah kedai alat solek berjenama.

“Saya diarah keluar dari kedai MAC Pavilion ketika sedang mencari barang hanya kerana peminat ingin bergambar bersama saya,” tulis Yuna yang disertakan dengan simbol thumb down.

Geram dengan hal tersebut, Yuna meluahkan perasaan tidak puas hatinya melalui akaun Twitter dan mendapat reaksi ramai sejak semalam.


Pada masa sama, beberapa netizen mendedahkan pernah menerima nasib yang sama dengan penyanyi itu dan mendakwa mereka tidak mendapat layanan sepatutnya sebagai seorang pelanggan.

Difahamkan, ketika itu Yuna sedang meluangkan masa bersama ibunya untuk membeli belah di Pavilion. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon