Syaiful Zero Rancang Nikah Gantung Aidilfitri Ini

Seperti semua maklum, salah seorang ahli kumpulan Zero, Saiful pernah mengumumkan akan mengakhiri zaman bujangnya selepas berakhir program final Maharaja Lawak Mega 2014 beberapa bulan lalu.


Bagaimanapun, hasrat tersebut ditunda atas alasan ingin menfokuskan terhadap kerjaya terlebih dahulu.

Tup-tup adik kepada Syaiful iaitu Sharif memberitahu, abangnya merancang untuk bernikah terlebih dahulu pada Aidilfitri ini namun menangguhkan majlis resepsi memandangkan rumah mereka di Sabah terlibat dalam kebakaran pada Jun lalu.

“Ibu kami tinggal sementara di sini. Kami akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum kembali ke Sabah untuk majlis pernikahan Syaiful di sana.

“Perkara ini bukanlah sesuatu yang dapat dijangka. Tindakan yang diambil Syaiful itu adalah sebaiknya buat masa ini memandangkan kerja pembaikan rumah hanya boleh dilakukan selepas raya,” ujarnya.

Menurut Sharif, ibu dan empat adik kini tinggal bersama mereka di Kota Damansara, Selangor kerana mereka tidak sanggup melihat keluarga tinggal di penempatan sementara. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon