Marsha Tak Terdesak Untuk Berkahwin Lagi

Pelakon jelita Marsha Milan Londoh mengakui dirinya belum terdesak untuk berkahwin lagi dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr S kerana mahu masa yang menentukannya.


"Biarlah masa yang yang menentukan. Rancangan untuk memeluk agama Islam belum difikirkan buat masa ini walaupun ada yang tahu teman lelaki saya beragama Islam.

"Untuk menukar agama bukan sesuatu yang mudah. Isu agama sangat sensitif. Memang saya ada belajar tentang agama Islam tetapi itu hanya sebahagian dan secara umum sahaja," katanya kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, Marsha berkata dia tidak mahu terburu-buru kerana bimbang ia akan dijadikan isu, namun tidak akan menolak jika jodohnya sudah tiba.

"Kalau jodoh itu datang secara tiba-tiba. Kita terima sahaja. Yang penting, saya selesa dengan situasi sekarang dan kekasih tidak memaksa.

"Memang saya pernah cakap sudah lama merancang untuk berkahwin tetapi banyak sebab membuatkan saya menangguhkan dahulu hasrat itu.

"Saya juga belum bertanya keluarga untuk berkahwin dengan lelaki Islam. Saya kena lalui semua itu dahulu baru fikir untuk fasa seterusnya." -Tupai

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon