Afdlin Shauki Minta Jangan Jadikan Kes Low Yat Isu Perkauman

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat masih belum reda apabila ramai pihak masih lagi keliru dengan kisah sebenar yang terjadi di pusat jualan barangan IT itu.

Afdlin Shauki

Sehubungan itu banyak pihak yang terkeliru mula mengaitkan agenda perkauman dalam isu tersebut, sedangkan ia tersasar daripada permasalahan sebenarnya.

Sehubungan itu pengarah, pelawak dan pelakon terkenal Afdlin Shauki bangkit menyuarakan pendapat mengharapkan agar orang ramai berhenti mengaitkan insiden ini dengan isu racism.

Menzahirkan pesanan itu menerusi sebuah video yang dikongsikannya Afdlin berkata, “Jangan jadikan isu di Low Yat sebagai isu perkauman. Ia bukan isu perkauman. Ia adalah pada saya kes jenayah, jadi jangan gabungkan perkauman dalam kes ini.”

“Kita orang Malaysia kita duduk bersama. Cina, India, Melayu, bangsa-bangsa lain kita semua bersaudara.”

“Ini bukan pasal isu perkauman, kita bagi polis betulkan benda ni ya,” katanya dalam video berkenaan.

Sebelum ini menurut laporan awal, satu pergaduhan melibatkan pembeli dan sebuah premis telefon bimbit tercetus kira-kira jam 7.50 malam, kelmarin.

Pergaduhan dikatakan berpunca apabila seorang pelanggan berasa tertipu apabila sebuah telefon bimbit jenis Oppo yang baru dibelinya bermasalah.

Bagaimanapun dalam laporan terbaharu, hasil siasatan pihak polis mendapati sebenarnya lelaki itu dikatakan telah mencuri telefon bimbit sehingga menyebabkan dia ditangkap oleh staf di premis tersebut.

Apa yang penting dalam hal ini, diharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan isu perkauman yang mana kita tahu ianya adalah satu perkara yang sangat sensitif buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon