Firefly Tak Bagus, Afdlin Shauki Ditinggal Pesawat

Pelawak dan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki mengkritik syarikat penerbangan Firefly sebagai “tak bagus” gara-gara ditinggalkan pesawatnya, Ahad lalu.

Afdlin Shauki

Menerusi perkongsian di Facebook, Afdlin mendakwa terpaksa berbuka puasa di lapangan terbang Senai bersama rakan pelawak, Johan kerana terkandas di sana.

Apa yang membuatkan Afdlin tidak puas hati adalah, pesawat Firefly yang sepatut dinaikinya bersama Johan berlepas 10 minit lebih awal daripada masa yang diberikan.

Sedangkan ketika penerbangan ke Johor pada sebelah paginya, Afdlin dan Johan dikatakan terpaksa menunggu pesawat syarikat tersebut yang mengalami kelewatan.

Berikut luahan hati Afdlin Shauki yang muatnaik di Facebook peribadi miliknya:

Afdlin Shauki [2]

“Hari ni aku baru tahu yang Firefly tu adalah Airline yang tak bagus. Tak pernah aku naik flight yang terbang awal dari masanya.Kita dah check in awal dan dia terbang 10 minit. So sekarang kita tersadai di airport Senai.. buka kat airport je. Wowwwweee juneeejuice!!! Pagi tadi kita tunggu flight kau Firefly pasal flight kau delay.. sekarang kau boleh belah awal??? Tak masuk akai betui laaaa!!!”

Pelik juga.. secara logiknya memang jarang sangat ada syarikat penerbangan mahu pun bas ekspres sekalipun yang bertolak awal dari jadual sepatutnya tanpa memaklumkan kepada pelanggan mereka kan?

Afdlin Shauki [3]

Lebih naya, Afdlin mendakwa terpaksa mengeluarkan wang bagi membeli tiket penerbangan yang baharu untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas itu, sebagaimana dalam komennya kepada peminat di atas. –Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon